Showing posts with label nutriferon. Show all posts
Showing posts with label nutriferon. Show all posts

Wednesday, 20 June 2018

CARA TINGKATKAN SISTEM IMUN SUPAYA KEKAL SIHAT






Sistem imun ialah sistem pertahanan yang ada pada tubuh manusia yang berfungsi untuk menjaga manusia dari benda-benda yang asing bagi tubuh manusia tersebut.

Simptom-simpton Imun Lemah

Adakah kerap demam, sakit tekak atau selesema?

  1. Alahan kepada sesuatu bahan, makanan atau persekitaran?
  2. Terdapat jangkitan kuman?
  3. Alami luka yang susah dan lambat sembuh?
  4. Alami keletihan walaupun sudah cukup rehat?

Penyebab Sistem Imun Lemah

  1. Selalu terdedah kepada radikal bebas.
  2. Asap dan habuk dalam udara yang kita sedut tanpa disedari.
  3.  Makanan yang kita makan sudah berkurangan zat dan nutrien.
  4. Obesiti
  5. Stress
  6. Kurang rehat/ tidur

TIPS MENGUATKAN SISTEM  IMUN

  1. Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi supaya badan dapat kumpul tenaga pada waktu rehat.5-7 jam tidur pada waktu malam pun dah cukup tapi lebih baik 8-10 jam setiap malam.
  2. Belajar untuk kawal stress.
  3.  Pengambilan makanan seimbang setiap hari dan tidak skip meals.
  4.  Buat rutin senaman. Senaman ringan pun boleh.Dalam 15 minit utk melancarkan peredaran darah dan membuang toksin.
  5. Minum air kosong lebih banyak.Sekurang2nya 3 liter sehari.
  6. Jaga pengambilan multivitamin untuk menampung nutrien yang kurang dalam badan kita.
  7.  Ambil makanan yang kaya dengan anti oksidan.
CARA TINGKATKAN SISTEM IMMUNE DENGAN SET IMMUNE  PROTECTION SHAKLEE

Terdapat set Immune Protection Shaklee untuk membantu dan membina sistem tubuh kita melawan serangan patogen dan penyakit.

FUNGSI:

1.NUTRIFERON

-Campuran botani yang diperbuat daripada biji labu, biji plantago, Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.

-Dirumus khas untuk mengaktifkan Interferon didalam tubuh badan supaya dapat meningaktkan lagi sistem imuniti badan ke tahap yang lebih tinggi secara semulajadi.

-Bagus untuk melawan alahan, alergik dan semua penyakit.


2.VITAMIN C PLUS

-Membantu sel darah putih menentang virus, menghalang alahan dan membantu penyerapan zar besi ke dalam darah dengan lebih baik.


3.GARLIC COMPLEX

-Alisin dalam bawang putih merupakan bahan aktif yang mampu meningkatkan sistem ketahanan badan kerana sifatnya yang anti-bakteria dan antibiotik semulajadi.


4.VIVIX

-Membantu tubuh badan melawan penyakit.

-Bioflavonoid yag ada dalam ramuan membantu sistem imun tubuh dengan meningkatkan paras antioksida dan mengalang virus yang merosakkan dinding sel. 

5. CarotoMax
Perlindungan antioksidan hadiah dari alam semula jadi.



Sunday, 27 May 2018

KANSER PAYUDARA TAHAP 2 BERANSUR PULIH SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5
TESTIMONI 25 : SYA NORIZAH
.

[KANSER PAYUDARA TAHAP 2 BERANSUR PULIH SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE]
.
Ubat kanser payudara tahap 4
Alhamdulillah wa syukurillah...
Inilah cinta hati sya dan adik beradik, satu satunya keberkatan doa yang kami ada sehingga sekarang. Disebalik senyumannya, siapa sangka mak merupakan cancer survivor... disebalik seraut wajah yang mulus itu juga terselit pelbagai kedukaan dalam memikul tanggungjawab sebagai emak dan ayah kepada kami 4 beradik..terutama buat adik bongsu kami yang sekolah lagi 
.

Oktober 2012 merupakan detik paling getir apabila mak kehilangan kekasih hatinya secara mengejut.. siapalah kite sebagai hamba untuk mempersoalkan ajal dan maut.. hanya doa menjadi iringan... hamba redho ya Allah...
Tidak setakat itu, mak diuji sekali lagi apabila disahkan menghidap kanser payudara tahap 2 seusai habis idahnya.
.

Waktu itu, bagaikan dihempap langit runtuh apabila benjolan sebesar 20sen di bahagian dada kiri disahkan positive sel kanser...Al maklumlah mak memang tiada masalah kesihatan yang lain. Mak kelihatan tenang menerima kebenaran itu.. namun disebalik ketenangan wajahnya tetap terselit kesedihan dan kehampaan.
.

Hanya Allah sahaja mengetahui apa yang dialami beliau.. hendak mengadu, hilang sudah tempat mengadu.. pada anak2? kekuatan perlu ditunjukkan agar tidak menyedihkan anak2 pula.betapa kuatnya semangatmu mak.jagakan mak buat kami Ya Allah.
.

Setelah beberapa rawatan dan ujian dilakukan di beberapa hospital dan keputusan adalah tetap sama... 
.

Akhirnya akur dengan qada qadar Allah, mak bersetuju menjalani pembedahan mastektomi sepenuhnya di bahagian dada kiri...sedih hati kami melihat keadaan mak.. Ya Allah kuatkan mak dalam menghadapi ujianMu..
Setelah itu, bermula lah episod mencabar buat mak selepas pembedahan...
.

Dari pemakanan, luka pembedahan, aktiviti harian semua kami jaga.. diperkenalkan dengan shaklee buat mak selepas pembedahan adalah ostematrix bagi penyembuhan luka dengan baik.. alhamdulillah elok dan cantik lukanya.
.

Apabila mula kemoterapi dan radiotherapy keadaan mak makin lesu.. rambut da mula gugur, otot2 dan sendi tak berapa nak kuat sehinggakan terpaksa solat duduk.. tiada nikmat Allah yang dapat kite dustakan..
.

Dimasukkan ke wad kerana tdak cukop darah.. sungguh2 diuji.. ampunkan mak Ya Allah... ada juga mulut2 bawang kata2 mak yang agak keterlaluan. 
.

Setelah habis kemoterapi dan radiotherapy sebanyak 15 sesi..
Masa tu bufday mak tak silap masa tu.. hadiahkan mak vivix... terharu mak kata.. sebab kami sayang mak tau... selepas tu mak ikhtiar dengan mencuba full set kanser. almaklum la kan immunity rendah dan kesan dari rawatan pula buat mak lemah dan pucat. 
.

Alhamdulillah mak saya kuat dan mak dapat hadapinya. Sekarang setelah 6 tahun mengamalkan set kanser, doktor sahkan mak bebas kanser.terima kasih Allah.
.

Sehingga sekarang mak sayang sangat2 pada vivixnye tu. Tanpa vivix mak tak happy katanya.. hihi doakan mak sihat ye semua.. tak kenal maka tak cinta tau.
.

Mak kata sharing2 ni boleh bamtu orang yang senasib dengannye... terima kasih shaklee bawa harapan baru buat mak.

Kredit to: Supermom Shaklee Story

----------------------------------------------------

Alhamdulillah. Syukur. Asbab konsisten dengan Set Kanser Shaklee selama 6 tahun, akhirnya mak cik sembuh daripada kanser dengan izin Allah.

Bagi yang tercari-cari ikhtiar untuk penyakit kanser, Biey cadangkan anda cuba Set Kanser Shaklee ni.





Hubungi Biey sekarang.

BIEY
nabieylahazhar@gmail.com

Monday, 20 November 2017

November 20, 2017 0

ALTERNATIF LAIN BAGI PENYAKIT KANSER PROSTAT

Alhamdulillah.. Selesai sudah perkongsian malam ilmu malam ni oleh Master Iera Zul yang bertajuk Kanser Prostat, gejala dan rawatan. 

Bila dah diskas pasal kanser prostat ni terus Biey teringat dekat arwah atuk. Arwah dulu adalah penghidap kanser prostat. Arwah memang seorang yang sangat kuat melawan penyakit ni. Dan Biey sangat bangga dengan arwah.

Jadi, malam ni jom Biey kongsikan serba sedikit dengan anda semua apa itu kanser prostat.



Prostat merupakan sistem reproduksi lelaki dimana terdapat kalenjar prostat yang menghasilkan air mani yang mengandungi sperma.

Kanser kalenjar prostat adalah kanser yang terjadi apabila sel yang terdapat di prostat termutasi, membahagi dan tumbuh secara tidak terkawal. Ia boleh merebak ke tempat lain di dalam tubuh dan mampu memusnahkan tisu normal yang lain.

Kalau nak tahu, di Malaysia, ia menduduki tempat ke-6 di dalam carta 10 kanser paling lazim berlaku kepada lelaki.

Ramai tak sedar  kes kanser ni sebab hampir 80% lelaki yang datang mendapatkan rawatan sudah berada di tahap 3 dan 4, iaitu tahap dimana pesakit sukar diselamatkan.

Sebabnya kanser ini tak menunjukkan simptom yang khusus, rasa malu dan ego yang ada pada lelaki sampai sanggup menderita dari dapatkan rawatan.

Simptom Kanser Prostat

Sebenarnya, tiada gejala khusus untuk kanser prostat. Namun, gejala berikut mungkin menunjukkan adanya kanser prostat iaitu :

- Rasa sakit atau pedih ketika membuang air kecil
- Terdapat darah dalam air kencing
- Kerap membuang air kecil, terutama di malam hari
- Mengalami kesukaran ketika hendak mula membuang air kecil
- Sukar menahan aliran air kencing
- Mengalami aliran air kencing yang lemah atau terhenti-henti
- Terasa hendak buang air kecil tetapi tidak boleh kencing
- Rasa sakit di belakang pinggang, pinggul, atas paha, bahu atau tulang lain
- Lambat ereksi ketika bersama

Faktor Risiko Kanser Prostat

#1 – Umur : Seseorang yang berusia melebihi 50 tahun mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk terkena kanser prostat. Namun begitu, ia tidak bermakna anda yang berusia kurang daripada 50 tahun tidak akan terkena kanser ini.

#2 – Sejarah Keluarga : Risiko untuk mendapat kanser prostat adalah lebih tinggi kepada lelaki yang bapanya atau adik beradiknya telah mengalami kanser prostat.

#3 – Diet: Lelaki yang mengamalkan diet pemakanan yang kaya lemak tepu haiwan, kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu seharian mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kanser prostat.

Kaedah Rawatan Yang Dicadangkan

#1 – Pemantauan

Tidak semua pesakit kanser prostat perlu menjalani rawatan serta merta.

Terdapat sel kanser yang tumbuh secara perlahan-lahan dan mungkin mengambil masa 10 tahun atau lebih sebelum menimbulkan masalah atau merebak.

Doktor hanya akan mengawasi perkembangan pesakit dan memeriksanya dari semasa ke semasa

#2 – Pembedahan

Jika tumor tertumpu pada prostat, pembedahn membuang keseluruhan prostat biasanya akan dilakukan bagi menghalang kanser berulang dan menjadi lebih teruk.

Kesan sampingan dari rawatan ini adalah hilang kawalan pada pundi kencing, mati pucuk dan perubahan ukuran panjang zakar

#3 – Terapi Radiasi

Terapi ini bertujuan memusnahkan sel kanser dan merencatkan pertumbuhan sel kanser tersebut.

Sel kanser yang berkembang dengan pantas lebih mudah dimusnahkan oleh radiasi berbanding sel normal yang terletak bersebelahan dengan sel kanser tersebut.

Diantara kesan sampingannya adalah cirit birit, gangguan pada fungsi usus, keinginan membuang air kecil yang lebih kerap, rasa lesu, rektum tidak selesa, pedih atau sakit, mati pucuk, dan lemah kawalan kencing.

#4 – Terapi Hormon

Rawatan ini adalah untuk kanser yang telah merebak jauh keluar prostat. Ia tidak bertujuan untuk menyembuhkan kanser tetapi ia mungkin dapat membantu mengecutkan kanser tersebut atau melenyapkan gejala untuk kebanyakan lelaki.

Rawatan dengan hormon boleh diberikan beberapa bulan sebelum radioterapi atau pembedahan untuk membantu rawatan susulan yang dilakukan supaya menjadi lebih berkesan.

Di antara kesan sampingannya adalah hilang nafsu seks, peningkatan berat badan, tubuh kadang-kala berasa panas, mati pucuk, osteoporosis, tetek membengkak, cecair tertahan di dalam tubuh dan mood berubah-ubah

#5 – Kemoterapi

Ia adalah kaedah penggunaan ubat yang kuat untuk menyerang sel kanser. Sesetengahnya disuntik secara langsung ke dalam vena atau otot, manakala yang lain diambil melalui mulut.

Diantara kesan sampingan rawatan ini adalah cirit-birit, loya, keguguran rambut, muntah-muntah, darah cair, fungsi tulang sumsum terjejas.

Kehidupan Selepas Rawatan Kanser

#1 – Jaga pemakanan

Pastikan anda mendapat keperluan kalori yang mencukupi. Makan makanan yang tinggi protein dan minum banyak air.

Selain itu, ambil vitamin dalam kuantiti yang mencukupi dan buat temujanji dengan pakar diet.

#2 – Bersenam

Senaman sangat penting untuk bekas pesakit kanser.

Anda boleh mulakan dengan berjalan selama 10 minit setiap hari, kemudian berjalan dengan laju selama sejam, 6 kali seminggu.

#3 – Berinteraksi dengan pasukan penjagaan kesihatan

Pastikan anda hadir pada temujanji susulan

#4 – Berhenti merokok

#5 – Tangani stress

#6 – Luangkan masa untuk berseronok dengan ahli keluarga dan kenalan

Selain daripada mencuba pelbagai kaedah rawatan oleh doktor, kita juga boleh mencadangkan kepada pesakit untuk cuba ikhtiar dengan suplimen.

Di antara nutrisi yang membantu pesakit kanser prostat adalah :

Vivix




Asid Elagik membantu menghalang kanser prostat dan membantu meningkatkan imun sistem pesakit kanser prostat terutama mereka yang telah menjalani rawatan radiasi atau kemoterapi.

Ia juga mengandungi resveratrol dan polyphenols yang sangat bagus dengan fungsi anti radang, antioksidan, anti tumor dan antimikrobial.

Nutriferon




Meningkatkan imun sistem dengan cara mendorong penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh.

Jadi, jangan pernah pandang ringan jika ada bapa atau pak cik atau atuk kita yang mengalami simptom-simptom seperti di atas, eloklah kita jumpa doktor segera.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi Biey.


BIEY 
CALL/SMS/WHATSAPP

Friday, 18 August 2017

August 18, 2017 0

CARA PALING MUJARAB NAIKKAN PLATELET DARAH BAGI DEMAM DENGGI

Demam denggi adalah salah satu penyakit yang dikategorikan sebagai bahaya dan berjangkit.

Bila keadaan ini berlaku, selalunya platelet darah pesakit deman denggi akan menurun. Jadi, antara cara untuk menaikkan platelet darah adalah: 

1. Minum air suam/ air masak dengan banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

2. Reneh sup ketam dan diberikan ketika perlu

3. Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar demam denggi dengan menumbuk daun betik yang matang sehingga lumat dan ambil jusnya.

4. Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Ia dipercayai membantu menyejukkan badan.

5. Cuba ikhtiar dengan suplemen tambahan iaitu Set Demam Denggi Shaklee.

Performance Drink- mengembalikan dan menstabilkan kandungan air dalam badan dan mengelakkan dehidrasi

Nutriferon- Immune booster yang membantu menguatkan antibodi untuk melawan virus denggi.

Berminat untuk order? Boleh menghubungi mengikut medium berikut.

BIEY
CALL/SMS/WHATSAPP
nabieylahazhar@gmail.com
August 18, 2017 0

RAWATAN BERKESAN UNTUK BENGKAK TONSIL

Dua minggu lepas anak saudara Biey kena warded disebabkan demam disebabkan bengkak tonsil.

Tapi, alhamdulillah bengkak tonsil dia makin surut selepas ikhtiar dengan satu suplemen ni.

Antara tanda-tanda apabila tonsil bengkak adalah:

1. Sakit tekak
2. Tonsil yang membengkak dan merah.
3. Sakit apabila mahu menelan
4. Disertai dengan demam jika badan tak tahan sakit.
5. Batuk
6. Sakit kepala
7. Selalu cepat letih dan penat

Sebenarnya, Biey perasan sangat dengan anak saudara yang seorang ni. Dia mesti akan tak sihat, selalu deman setiap bulan. Kalau perasan tanda ini ada dalam tanda-tanda di atas ☝🏻

Selain daripada makan ubat antibiotik yang diberikan oleh doktor, Biey juga suggest dekat kakak untuk cuba berikan Nutriferon kepada dia.



Alhamdulillah. Nampak perubahan. Bengkak tonsil dia makin SURUT.

Jadi, jika ada anak-anak yang selalu kena bengkak tonsil, boleh cuba ikhtiar dengan Nutriferon juga.

Hubungi Biey untuk pesanan.

CALL/SMS/WHATSAPP
nabieylahazhar@gmail.com

Wednesday, 14 June 2017

SUPLIMEN PENGGALAK IMUN YANG BERKESAN

Asal demam je cari panadol
Asal selesema je cari panadol

Tau tak panadol tu tak elok untuk kesihatan jangka panjang kita? 
Tahu tak painkiller yang kita ambil boleh membebankan buah pinggang?

Apa kata gantikan panadol dan painkiller dengan Nutriferon. Kalau nak tahu, Nutriferon adalah penggalak imunisasi atau immune booster yang dihasilkan daripada bahan semulajadi.

 

KENAPA PERLU AMBIL NUTRIFERON?

✅40 tahun kajian
✅beribu-ribu sebatian dan lebih 200 herba
✅satu-satunya interferon semulajadi di dunia
✅ditemui oleh Dr Yasuhiko Kojima dari Uni Tokyo tahun 1954
✅diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunilogi
✅satu formula ekslusif yang telah DIPATENKAN oleh shaklee
✅disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron.

Manfaat Nutriferon

❤️Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari. Kajian menunjukkan interferon mampu meransang dan mempertingkat sistem imun tubuh

❤️Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang meransang dan mengaktifkan immunoglobin utk melawan sel-sel tumor dan kanser

❤️Melindungi daripada influenza - melindungi tubuh daripada virus, mikrob termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza

❤️Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C - dengan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual dan muntah dll mslh pesakit.

❤️Membantu wanita ketika haid - terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endoktrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, insomnia dan mood swing

❤️Meringankan stress dan kelesuan serta melambatkan penuaan hasil daripada pengeluaran makrofag yg menjadikan kurangnya radikal bebas, virus dan kuman dalam badan - sel jadi lebih sihat

Jom gantikan panadol dan painkiller yang ada di rumah kita dengan NUTRIFERON. Dijamin selamat, berkesan, semulajadi dan tiada kesan sampingan.

Berminat dengan Nutriferon? Boleh hubungi Biey di 013-9255188


Friday, 5 May 2017

SUPLEMEN TERBAIK UNTUK MENAIKKAN ANTIBODI ANAK YANG LEMAH


 




Assalamualaikum. Saya Wan Zainab Binti Wan Muhammad. Ibu kepada 2 orang anak lelaki yang sedang membesar.


Saya ingin ceritakan kisah shaklee effect anak saya Muhammad Hud. Hud berusia 1 tahun 4 bulan sekarang dan sistem pertahanan beliau agak lemah. Seawal usia 2 bulan Hud sudah demam. Bukan sahaja demam tapi diikuti dengan batuk dan juga selesema. Hud mudah terima jangkitan daripada orang lain.

Hud paling kerap demam berbanding anak pertama. Saya perasan, bila demam Hud akan selsema dan juga batuk. Batuk hud pula berkahak dan mengganggu tidur beliau. Kesian Hud bila batuk.

Umur Hud 7 bulan, saya mula berikan Hud Omega Guard, Nutriferon dan Vitamin C. Alhamdulillah nampak perubahan yang mana selsema dan batuk cepat pulih. Saya tidak risau bila keadaan ini berulang dan saya akan sediakan suplemen saja untuk Hud.

Kadangkala jika Hud batuk-batuk, saya juga bawanya jumpa doktor dan doktor akan check paru-paru beliau. Alhamdulillah paru-paru Hud sihat cuma batuk-batuk biasa sahaja. Saya risau juga. Maklumlah, Pneumonia masa kini sangat berleluasa dalam kalangan bayi.

Baru-baru ini Hud selsema dan batuk. Seperti biasa saya cepat-cepat berikan Omega Guard, Nutriferon dan Vitamin C. Dalam masa 2-3 hari sudah nampak perubahannya.

Kesihatan Hud paling saya risau sebab badan beliau masih kecil dan dalam proses bina dan kuatkan antibodi untuk pertahanan penyakit. Jadi, tugas saya adalah berikan makanan yang terbaik untuk beliau.

Kini, ketiga-tiga suplemen ini adalah suplemen wajib untuk anak-anak saya. Hud sangat gemarkan ketiga-tiganya. Kalau makan Vitamin C, memang tak cukup 1 biji. Sangat senang ajar dia makan suplemen.

Saranan saya buat ibu-ibu di luar sana, berilah anak-anak anda makanan tambahan supaya badan mereka terlindung daripada sebarang penyakir bawaan Virus. Makanan sekarang ini tak sama dengan zaman macam nenek moyang kita dahulu.

Anak-anak kita perlukan suplemen untuk top up semula nutrisi yang hilang daripada makanan yang kita makan. Tambahan pula, kanak-kanak adalah insan yang suka memilih untuk makan.

Anak-anak kita adalah harta kita. Hargailah dan sayangilah mereka.

Kredit to: Supermom Shaklee Story

Berminat untuk dapatkan Set Menaikkan Antibodi anak ini?

BIEY

Call/ SMS/ WHATSAPP 013-9255188

Cod kawasan Machang dan sekitar.