Tuesday, 28 November 2017

November 28, 2017 0

KISAH VIVIX YANG MEMBANTU PESAKIT BUAH PINGGANG YANG MENJALANI DIALISIS SIHAT SEMULA

Assalamualaikum semua. 
Hari ni Biey ingin berkongsi satu kisah yang menyayat hati bagaimana Vivix telah membantu seorang pesakit buah pinggang berpangkat ibu yang menjalani dialisis.
Testimony Credit kepada : FB Hawatif Ali & S2U Families
Kisah PANJANG! Kejayaan – VIVIX
Baca habis untuk testimoni best ini!
————————————–
Satu hari saya tergerak hati untuk singgah dan ziarah seorang makcik yang dikhabarkan sakit teruk. Kali terakhir saya jumpa semasa perkahwinan anak beliau, masa tu dia boleh berjalan dengan baik dan dikhabarkan semakin pulih dari masalah Gout. Saya singgah dan masuk rumahnya. Kelihatan seorang perempuan terbaring mengiring, dibelakangnya ada kipas angin untuk mengeringkan luka dibelakang badan akibat baring terlalu lama.
Ya Allah, teruknya makcik ni. Makcik ini adalah asnaf miskin, terlantar atas sebab menderita sakit buah pinggang kesan daripada terlalu kerap mengambil suntikan dan pain-killer untuk melegakan sakit Gout.
Keadaan beliau amat lemah, hanya mampu terbaring, makan bubur dan bersuap, terpaksa didukung untuk ke tandas dan ke mana-mana sahaja. Keadaannya semakin teruk disebabkan kesan dialisis yang menyebabkan badan beliau semakin lemah, kurang selera makan, mudah demam dan selsema.
Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu, saya datang ziarah lagi. Tapi niat untuk hantar Nutriferon untuk anak dan cucu lelakinya yang kerap demam dan selsema. Beliau hanya mampu beli 5 paket dan saya beri beberapa paket tambahan untuk kegunaan beliau.
Saya masuk ke rumah dan lihat makcik dah begitu kurus, lemah dan tidak bermaya. Dalam perbualan kali ini, sambil menitiskan air mata.

“Man, tolonglah makcik ini. Carikan ubat untuk sakit makcik ni. Makcik dah tak tahan, sakit sangat. Tolonglah Man.”
Jawap saya – InsyaAllah, saya akan ikhtiarkan. Kalau ada nanti saya bagi tahu makcik. Sebelum balik, dipesannya sekali lagi. “Man, tolong makcik pasal ubat tu ya.” InsyaAllah – jawab saya.
Saya terfikir, saya nak bagi makcik sebotol VIVIX. Tapi dengan keadaan kewangan yang begitu, saya tak rasa makcik ni mampu membeli sebotol VIVIX yang berharga RM4++. Akhirnya Allah buka jalan, dan Alhamdulillah saya mampu belikan sebotol VIVIX untuk makcik ni. Saya hantar VIVIX sebelum Ramadhan, tahun 2015. Masa ni, keadaan makcik sangat lemah.
Dia didukung oleh anaknya untuk membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hatta duduk pun dia tidak mampu. Hanya mampu terbaring. Saya beri penerangan pada anak-anaknya tentang VIVIX, ini sebagai ikhtiar. Moga ALLAH permudahkan urusan yang lain. Makan satu sudu setiap hari dan saya berpesan pada makcik, jika doktor tanya cakap makcik sekarang makan buah-buahan je. Makcik setuju dan mengangguk lemah. Saya terpaksa beredar sebab ada urusan lain.
Sejak dari itu, saya tak berkesempatan untuk menghubungi anak-anaknya untuk bertanya khabar. Sepatutnya, saya datang ziarah selepas 2 minggu tetapi, masa tidak mengizinkan. Akhirnya saya sempat datang sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, tahun 2015.
Ada beberapa orang yang menginfakkan duit raya dan saya serahkan kepada beliau. Ketika itu saya lihat makcik sedang duduk di atas kerusi. Saya hanya serahkan duit tanpa borak panjang. Selepas solat hari raya Aidilfitri, saya singgah untuk bertanya khabar. Alangkah terkejutnya saya bila saya lihat makcik tengah sarapan pagi dan beliau memegang pinggan dan makan sendiri.
Keadaannya 100% berbeza dengan apa yang saya jumpa sebelum puasa. Beliau bercerita, dia dapat rasakan semakin sihat, bertenaga dan tidak lagi rasa sakit-sakit badan, demam, selsema serta mampu berdiri dan berjalan dengan bantuan anak-anaknya. Perbualan kami tak lama, sekadar 10 minit sahaja. Selepas itu saya pun pulang kerumah.
Atas pelbagai urusan, saya tidak dapat datang beraya bersama keluarga. Habis Syawal, saya balik ke kampung dan mak bercerita. Dia ada berjumpa makcik ni dalam satu majlis di kawasan kampung dan makcik ni cakap pada mak saya.
“Alhamdulillah Hajjah. Ubat yang Aman bagi tu mujarab sangat. Sekarang dah mampu keluar rumah, jalan sana-sini dan tidak lagi menahan sakit.”

Sebelum pulang ke Seremban, kami sekeluarga singgah ke rumah makcik. Memang kehidupan makcik sekeluarga berubah setelah memakan sebotol VIVIX. Kesihatannya semakin baik, luka kesan dialisis di leher telah ditukar semula di tangan. Luka juga semakin cepat kering. Doktor bagi tahu, bacaan darah beliau dah cantik, badan bertenaga, makin sihat dan kuat.
Baru-baru ini saya berjumpa anak lelakinya dan dia bercerita yang kesihatan maknya semakin baik dan positif.
Inilah kisah VIVIX buat asnaf miskin yang menderita sakit buah pinggang. Alhamdulillah, saya bantu mana yang mampu. Kini beliau masih mengambil VIVIX dan ESP. ESP diminum setiap pagi untuk beliau lebih bertenaga dan Alhamdulillah tiada kesan sampingan kepada buah pinggang dan gout.
Asalnya makcik ini kerap mengambil suntikan dan pain-killer kerana masalah gout. Alhamdulillah, dengan asbab sebotol VIVIX, ia membantu bukan sahaja kesihatan tapi kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. Kini, makcik mampu tersenyum gembira dan ceria menghitung hari untuk menerima menantu. InsyaAllah.
Secara jujurnya, tiada apa yang lebih menggembirakan Biey apabila mengetahui keadaan pesakit atau pelanggan Biey bertambah baik daripada yang sebelumnya selepas mengambil suplimen. Biey doakan makcik ni dan customer Biey yang lain akan diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik selepas ini.
Bagi yang ingin tahu lebih lanjut mengenai Vivix dan order Vivix yang tengah promosi sekarang boleh hubungi Biey segera.
BIEY 013-9255188 atau tekan je link di bawah untuk direct whatsapp Biey.
November 28, 2017 0

SAKIT SINUS SEMBUH SERTA MIGRAIN DAN GASTRIK SEMAKIN BERKURANGAN SEJAK AMALKAN VIVIX

Sempena bulan ni merupakan bulan promosi Vivix, Biey suka sangat untuk berkongsi Shaklee Effect daripada mereka yang begitu setia dengan Shaklee daripada dulu sampai sekarang.  

Jom ikuti kisah beliau..

--------------------------------------------------------

Assalamualaikum wbt.

Saya Ayu Adyani Abdul Rahman berumur 33 tahun, dan berasal dari Kota Bharu. Saya bekerja sebagai guru dan memiliki 3 orang anak. Saya ingin berkongsi pengalaman saya menghidap penyakit sinus, migrain dan gastrik di tahap kritikal.

Antara simptom yang saya hadapi ialah bersin yang berpanjangan, bengkak muka dan migrain yang teruk sehingga muntah-muntah.
Saya juga kerap mengambil cuti sakit akibat daripada penyakit-penyakit ini. Saya telah menghidap penyakit ini sejak dari bangku sekolah lagi.

Untuk mengatasi masalah ini, saya kerap kali berjumpa dengan doktor, mengambil pain killer, PCM dan yang sewaktu dengannya. Saya juga pernah berjumpa dengan pakar neuro akibat masalah migrain yang teruk. Doktor memberi saya ubat-ubatan, pain killer dan ubat sinus pula perlu kerap diambil ketika sinus menyerang.

Saya mula megenali Shaklee selepas kelahiran anak yang ketiga ketika hadir ke sebuah kelas nutrisi anjuran Shaklee. Pakar nutrisi dalam kelas telah menjelaskan serba sedikit tentang kepentingan pengambilan supplemen tambahan Shaklee. Pulang dari kelas nutrisi, saya mula membuat kajian tentang Vivix, polifenol, resveratrol, dan juga antioxidant.

Saya mula mengamalkan Vivix sejak kelas nutrisi tersebut dan mengambil sekurang-kurangnya 2 sudu sehari dan kadang-kadang lebih kerana rasanya yang enak. Antara produk Shaklee yang turut saya ambil ialah ESP, Vitalea, Garlic Complex, B Complex, Omega Guard, Vitamin C, Alfafa, Ostematrix, Lecithin, Herblax, GLA Complex dan juga Vitamin E.

Di awal pengambilan supplemen-supplemen ini, saya mengalami "healing crisis" yang agak teruk seperti muka menjadi sembap, pening dan demam yang teruk selama seminggu. Setelah beberapa minggu, saya mula perasan jerawat batu mulai kecut, muka semakin OK, parut-parut semakin pudar dan tidak lagi didatangi selesema.

Kini setelah 2 tahun, Alhamdulillah saya tidak lagi didatangani sinus dan tiada lagi rekod MC akinay sinus. Migrain dan gastrik saya juga semakin berkurang dan bebas daripada PCM dan pain killer. Yeayy!! Dah dua tahun tak sentuh PCM. Saya masih lagi konsisten mengamalkan supplemen-supplemen ini dan sudah tak terkira berapa bilangan Vivix yang telah saya ambil.

Pesanan saya kepada anda ialah jaga kesihatan sebaik mungkin dan berikhtiarlah dengan cara yang paling selamat. Amalkan makan supplemen sebelum datang penyakit yang tidak diundang. Saya sangat berpuas hati dan berazam untuk membantu mereka yang ada masalah sama dengan saya untuk ikhtiar dengan Vivix dan supplemen lain juga. Kesihatan adalah nikmat yang perlu disyukuri dan dijaga! Bila sihat apa yang kita lakukan akan menjadi lebih bererti dan cemerlang!

Terima kasih Allah kerana telah menemukan saya dengan produk yang hebat ini. TQ juga kepada pakar nutrisi yang memberi penerangan dan terima kasih juga kepada encik suami yang banyak memberi sokongan. 

Credit To: Supermom Shaklee Story




Syukur kepada Allah kerana asbab ikhtiar dengan Vivix dan suplemen yang lain, akhirnya beliau dah bebas daripada penyakit beliau.

Jadi, kepada yang mengalami masalah yang serupa atau hampir sama dengan kisah yang dikongsikan, boleh la cuba ikhtiar dengan Vivix.

Hubungi Biey segera sebelum terlambat.

BIEY
CALL/SMS/WHATSAPP
November 28, 2017 0

10 TIP UNTUK MAK AYAH YANG NAK ANAK PINTAR DAN BERPERIBADI TINGGI





Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita nak yang terbaik untuk anak. Tak kiralah daripada segi peribadi, akhlak mahupun sahsiah diri mereka. 


Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, 10 tip untuk menjadikan anak lebih pintar dan berperibadi tinggi ini boleh diamalkan oleh ibu ayah yang mahukan anak cemerlang.

Pemakanan Sihat

Berikan makanan yang halal dan bernutrisi (toyyiban). Makanan yang natural dan dimasak sendiri. Galakkan mereka minum air mineral dan makan sayur/buah. Elakkan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi (manis) seperti kek, coklat dan minuman dalam kotak.

Berkomunikasi

Banyaklah berkomunikasi dengan mereka. Bicara dengan penuh emosi. Jangan malu untuk berkomunikasi dengan cara mereka. Bercakap dengan nada, mimik muka, ketawa dan suara-suara yang mencuit hati mereka.

Bermain Dengan Anak

Bermain dengan mereka. Mereka ibarat anak-anak singa yang memerlukan pergerakan fizikal untuk menguatkan otot-otot tubuh mereka. Kita perlu pantau, dan bukan hanya berada di sisi. Memerhatikan keselamatan dan melihat perkembangan mereka. Mereka juga perlukan permainan minda. Soal jawab dengan mereka dan kita akan kagum dengan jawapan mereka. Kita bukan mahu jawapan yang betul, tetapi jawapan yang logik pada tahap pemikiran mereka.

Cuba bertanya “Kenapa kentut kita busuk?” Tentu kita dapat jawapan yang mencuit hati kita.

Layan Anak

Menyanyi bersama mereka. Dalam perjalanan yang jauh bersama keluarga kita boleh nyanyi bersama-sama, sama ada lagu kanak-kanak, lagu nasyid atau lagu patriotik. Mereka pasti mengenangkan pengalaman ini apabila mereka dewasa.

“Lagu ini lagu kesukaan bapa saya. Kami pernah nyanyi bersama-sama dalam kereta. Itu saat manis yang saya ingat. Selepas itu ayah saya sentiasa sibuk dan tiada lagi masa untuk saya”

Ajar Ilmu Baru

Bawa anak berjalan dan ajarkan ilmu baru. Ajak ke tepi rumah dan tunjukkan tumbuhan/haiwan kecil yang tidak pernah dia lihat. Berjalan di waktu malam, dan bertanyakan “mengapa bulan itu bulat?” Temani anak menonton TV. Bila anak menonton TV, luang masa bersama mereka walaupun hanya cerita kartun. Luangkan sedikit masa 10-15 minit untuk melayan emosi mereka ketika menonton.

Sebut Perkataan Baik-baik

Ucapkan perkataan yang baik-baik saja di hadapan mereka. Tegur mereka jika mereka menggunakan perkataan yang buruk. Selalu sebutkan perkataan “terima kasih, saya sayang awak” apabila dia melakukan perkara yang baik walaupun kecil. Ajar mereka dengan minta mengulangi perkataan baik depan kita.

Peluk Dan Cium

Selalu memeluk dan mencium anak. Peluk dan cium mereka paling kurang sehari sekali. Apabila kita baru balik rumah dan mereka telah tidur, peluk dan cium mereka juga. Jadikan rutin hidup. Mulakan dari kecil. Anak yang sentiasa dipeluk dan dicium selalunya akan mengikut kata kita.

Beri Perhatian  

Dengar rintihan mereka dan beri perhatian. Apabila mereka takut, kita dengar dan bantu. Tidak semua kanak-kanak akan memberikan respon yang serupa. Ada kanak-kanak yang menjadi kuat bila dibiarkan, ada kanak-kanak yang semakin lemah.

Kenalpasti Kebolehan Anak

Perhatikan kebolehan anak dan apa bakat dan kekuatan dia. Ada anak yang cemerlang dalam akademik, ada yang cemerlang dalam kemahiran pertukangan, ada yang cemerlang dalam komunikasi, ada yang cemerlang dalam sukan. Jangan memaksa anak untuk memenuhi cita-cita kita. Tetapi bantu anak memenuhi cita-cita mereka.

Ajar Lebih Dari Satu Bahasa

Perkenalkan lebih dari satu bahasa. Bercakap dengan mereka dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Arab, french, Spain etc. Mereka mudah mengingat perkataan-perkataan itu. Otak mereka seperti sponge.

Yang terakhir selalu doakan anak untuk menjadi manusia yang terbaik. Baca doa depan mereka supaya mereka dapat dengar.

Kecerdasan anak-anak tidak hanya bergantung kepada faktor genetik, tetapi cara kita mendidik mereka. Semoga bermanfaat.

Credit to : Pa & Ma

Sunday, 26 November 2017

November 26, 2017 0

9 PANDUAN PEMAKANAN BUAT KANAK-KANAK OBES

Kanak-kanak yang daripada kecil sudah dibiasakan dengan amalan pemakanan yang tidak sihat sehingga menyebabkan berat badannya berlebihan berkemungkinan besar menjadi individu yang obes. Seterusnya, dia cenderung untuk mengalami masalah kesihatan di masa hadapan.

Pelbagai masalah kesihatan akan timbul disebabkan obesiti ni. Antaranya ialah penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, strok dan beberapa jenis penyakit kanser.

Dalam usaha memastikan anak tidak membesar sebagai seorang obes, anda perlu bersama-sama dengannya menjaga corak pemakanan hariannya. Berikut adalah apa yang patut anda lakukan bermula daripada hari ni!

1. Terap tabiat pemakanan sihat

Amalan pemakanan sihat perlu dimulakan sejak daripada awal. Langkah bijak ini mampu membantu anak anda memahami bahawa makanan yang berkhasiat sahaja perlu diambil setiap hari kerana ia penting untuk tahap kesihatan yang baik dan berpanjangan.

2. Tingkatkan pengetahuan makanan

Hal ini dapat anda lakukan dengan membaca bahan bacaan berkaitan  dan seterusnya berbincang dengan pakar kesihatan seperti doktor pakar kanak-kanak atau pakar dietetik.

3. Beri pilihan makanan sihat

Sediakan pelbagai pilihan makanan di rumah. Cara ini akan membantu anak anda belajar bagaimana membuat pilihan yang sihat. Anda boleh berbincang dengan pakar dietetik sekiranya kurang pasti tentang cara betul untuk memilih dan menyediakan hidangan makanan buat seisi keluarga. Sementara itu perlu anda tahu, sebahagian besar makanan dalam diet harian perlu datang daripada kumpulan bijirin.

Kumpulan susu dan daging perlu diambil secara sederhana. Makanan yang tinggi lemak dan gula pula harus diambil dalam kuantiti yang sedikit. Lemak pula tidak harus dihadkan dalam diet anak tetapi ada baiknya kurangkan jumlah pengambilannya.

4. Kurangkan lemak

Makanan yang mengandungi lemak harus dimakan dengan sederhana. Cara yang baik dalam mengawal kalori anak anda tanpa menghadkan nutrien lain ialah dengan menghadkan makanan bergoreng, menyediakan hidangan ayam tanpa kulit dan menggunakan daging tanpa lemak.

5. Galakkan makan secara perlahan.

Seorang kanak-kanak sangat mudah untuk berasa lapar. Apabila anda mengajarnya untuk makan secara perlahan-lahan, ia akan membantu dirinya untuk kekal rasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

6. Libatkan anak

Ketika membeli dan menyediakan makanan, libatkan sekali anak anda. Dengan melakukan aktiviti sebegini, anda boleh mengenalpasti makanan kegemarannya lantas dapat mengajarnya tentang pemakanan sihat.

7. Rancang waktu snek

Memakan snek secara berterusan boleh menyebabkan anak makan secara berlebihan. Walau bagaimanapun pengambilan snek secara berjadual tidak akan menganggu selera nakannya. Untuk itu, sediakan snek sihat tanpa buah-buahan segar, buah-buahan kering, kekacang dan lain-lain untuk sesi makan pagi dan minum petang.

8. Tunjukkan teladan yang baik

Tunjukkan teladan yang baik kepada anak anda dengan menyediakan pelbagai pilihan makanan sihat. Dalam pada itu, anda sendiri perlu kekal aktif agar dapat mengajarnya tentang gaya hidup sihat.

9. Hadkan pengambilan makanan tertentu

Kanak-kanak tidak patut dipaksa untuk mengehadkan pengambilan makanannya bagi menurunkan berat badan melainkan di atas pemantauan pakar dietetik. Adalah berbahaya sekiranya pemakanannya dihadkan tanpa ada pengetahuan yang tepat kerana ia boleh menganggu pertumbuhan dan tumbesarannya.

Saturday, 25 November 2017

November 25, 2017 0

RASA LETIH SEBAB MENYUSU, 4 MAKANAN TAMBAH TENAGA INI IBU BOLEH AMALKAN

Ibu rasa letih sebab menyusu bayi? Ya ada benarnya. Secara logik, ibu berkongsi makanan dengan bayi ketika menyusukan kerana segala sesuatu yang ibu makan bertukar menjadi susu untuk bayi anda. Itulah sebabnya mengambil makanan berkhasiat dan bervariasi bukan sahaja penting ketika ibu hamil, tetapi juga ketika sedang menyusu.

Tetapi perkara ini lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Apabila ibu menyusu selama berjam-jam, peluang untuk mengambil diet seimbang bukanlah keutamaan lagi. 

4 makanan yang membantu ibu-ibu mengurangkan rasa letih badan.

1) Oat

Cuba ibu tambahkan oat dalam diet harian. Selain kandungan serat yang tinggi, oat juga menyediakan magnesium, protein dan fosforus, tiga nutrien yang secara langsung mempengaruhi tahap tenaga, menjadikannya sebagai makanan ideal untuk memerangi keletihan.

Oat juga merupakan sumber vitamin B1 (tiamin), yang berperanan penting dalam penghasilan tenaga oleh badan.

2) Yogurt

Teksturnya yang lembut, membuatkan yogurt diproses dengan cepat menjadi tenaga berbanding makanan padat. Ia mengandungi probiotik – bakteria baik yang membantu mempertahankan ekosistem usus agar sentiasa sihat dengan melindunginya dari patogen dan membantu tubuh menyingkirkan bakteria berbahaya.

Kajian Universiti Toronto menunjukkan probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak.

Triptofan dikenali sebagai pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu merangsang tidur dan mempromosikan perasaan tenang, membantu mengatasi keletihan sama ada dari segi fizikal dan emosi.

3) Bayam

Sayur bayam sarat dengan kandungan nutrien penting yang membantu melenyapkan keletihan. Sayuran ini tidak hanya menjadi sumber terbaik daripada segi sumber zat besi, tetapi juga sangat kaya dengan magnesium dan kalium.

Zat besi memainkan peranan secara langsung dalam menghindari keletihan. Kadar zat besi yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan baik daripada aspek fizikal dan mental.

4) Kekacang dan biji-bijian

Biji labu, badam, kacang gajus dan kacang hazel mempunyai semua sumber magnesium yang membantu melawan keletihan otot.

Kandungan triptofan yang banyak ditemui dalam biji bijan, biji bunga matahari, biji labu, biji gajus, walnut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi yang secara langsung membantu meringankan keletihan fizikal.

Friday, 24 November 2017

November 24, 2017 0

UBAT SENGGUGUT YANG PALING BERKESAN TANPA PERLU MAKAN PIL PINK LAGI




Senggugut ketika haid memang satu masalah normal di kalangan wanita. Yang membezakannya adalah sama ada senggugut tu teruk atau pun tidak. Dan Biey adalah termasuk dalam golongan yang teruk tu.


Memang setiap kali datang bulan, Biey akan mengalami senggugut yang teruk. Tapi tahap teruk Biey belum la sampai tahap muntah-muntah, pitam semua tu. Yang tu lagi teruk.

Cara mengatasi senggugut yang paling senang atau ubat senggugut yang selalu Biey ambil untuk bantu Biey kurangkan sakit tu adalah dengan mengambil pil menstrual yang warna pink tu. Memang yang tu jelah peneman setia Biey.  

Ok. Sebelum Biey share panjang lebar mengenai senggugut ni, tahu tak senggugut tu apa? Ok. Senggugut ni adalah rasa sakit yang dialami sebelum atau semasa datang haid. Senggugut ni mungkin akan berlarutan 2-3 hari.

Terdapat dua punca senggugut iaitu:
  • Senggugut primari – badan menghasilkan hormon prostaglandin yang menyebabkan rahim mengecut lebih kuat dari biasa. Ia biasa berlaku pada wanita yang belum berkahwin. Kerap menyerang pada hari pertama dan kedua haid. Anggaran lebih daripada 60% wanita mengalami senggugut primer. 
  • Senggugut sekunder – Senggugut jenis ini berlaku pada wanita yang sudah berumur dan masih subur. Biasanya ia disebabkan oleh penyakit endometrium, cyst ovari, tumor, fibroid ( bengkak pada rahim ), ada jangkitan pada rahim dan mereka yang menggunakan alat pencegah kehamilan.

Bagi masalah Biey, Biey adalah senggugut primari. Alhamdulillah, lepas bersalin, senggugut Biey terus hilang. Kalau tak dulu, suamilah yang tahu macam mana keadaan Biey bila kena senggugut. Siap berguling-guling semua la menahan sakit. Cara lain nak bagi kurangkan sakit tu adalah sama ada tuam dengan air panas atau tekap saterika dekat perut. Memang rasa sakit tu berkurang.

Buat pengetahuan anda, simptom-simptom senggugut juga berbeza antara setiap individu. Antara simptom-simptom senggugut adalah:
  • Rasa stress, tegang, resah
  • Perubahan perasaan, menangis
  • Mudah marah, tertekan
  • Jerawat naik (perubahan hormon dalam badan) 
  • Badan rasa letih, lesu
  • Peningkatan nafsu makan (rasa nak makan makanan yang manis seperti kek)
  • Sakit kepala, pening2
  • Loya, muntah2 
  • Sakit otot, sendi, payudara
  • Sukar fokus 
  • Cirit-birit
Jadi, bila anda dah tahu punca senggugut anda, boleh la cuba ikhtiar dengan Set Senggugut Shaklee ni. InsyaAllah sangat membantu anda untuk keluar dari belenggu masalah senggugut yang teruk setiap bulan.



Berminat untuk dapatkan Set Senggugut Shaklee ni? Boleh la menghubungi Biey segera.

BIEY 013-9255188

Atau tekan link di bawah