Wednesday 14 February 2018

MY BIGGEST TURNING POINT

Dalam banyak-banyak peristiwa, peristiwa yang paling Biey ingati adalah bila mana mak cik yang paling disayangi kami sekeluarga meninggal dunia akibat KANSER OVARI.


Walaupun Biey tak berkesempatan untuk jaga dia semasa hayatnya, tapi Biey memang ikuti setiap perkembangan arwah.

Perubahan demi perubahan yang berlaku apabila arwah disahkan menghidap kanser. Pelbagai rawatan yang arwah cuba. Daripada hospital hinggalah cara tradisional. Arwah usaha juga untuk ikhtiar mengubati penyakitnya. Arwah pantang dengar kalau ada orang berkongsi pasal ubat, pasti nak cuba.

Dan kalau nak tahu, sebenarnya Biey sangat-sangat kagum dengan semangat beliau. Walaupun sakit tetap juga bertahan untuk melawan penyakitnya.

Dari saat itu juga, Biey rasa bersyukur sangattt dengan setiap nikmat yang Allah kurniakan iaitu NIKMAT SIHAT. Bila sihat, semuanya kita boleh. Tapi bila kita sakit, walaupun ada duit banyak, tetap tak boleh beli sihat tu.

Jadi, daripada situ, Biey nekad untuk lebih menghargai KESIHATAN. Daripada sekarang kena jaga kesihatan betul-betul. Lakukan senaman, pemakanan yang sihat dan suplimen secara bijak.

"HEALTH IS REAL WEALTH"

P/s: Gambar diambil semasa arwah pergi menunaikan haji di Mekah sebelum beberapa bulan meninggal dunia.

#tsunamishaklee
#tsunami2018
#ohsem22

No comments:

Post a Comment