Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, 20 November 2017

November 20, 2017 0

RESEPI MACARONI & CHEESE PALING WALLAH!!!

Assalamualaikum hai... 

Lama Biey tak bersiaran. Acah-acah busy la konon 😜. Semalam buka Facebook nampak kawan sekerja dulu post makaroni dan cheese yang dia masak untuk anak dara dia. Macam sedap je dia masak, macam terliur je..

Last Biey makan macaroni dan cheese ni masa kerja dulu. Masa tengah mengandung 5 bulan. Berjanggut jugak tunggu makaroni tu. Tapi sebab nak rasa punya pasal, tunggu jelah. Nasib baik, rasa dia not bad. Boleh bagi 4 bintang. Haha 🤣

Disebabkan Biey rasa teringin, kiranya Biey letak dalam entry dulu laa. Kot nanti mood rajin mai, boleh je tengok resepi ni balik. Kikiki..

Jom la kita baca macam mana nak buat makaroni dan cheese yang wallah ni.

Bahan-bahan:

200mg makaroni direbus
1 sudu besar mentega
2 ulas bawang putih | dicincang
80gm isi ayam | dipotong dadu
1 cawan susu segar
1/2 cawan krim masakan
1/2 kiub stok ayam
1/2 sudu serbuk parsli
2 sudu besar keju parmesan
1 keping keju cheddar
Garam dan lada secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih sehingga kuning.
2. Kemudian masukkan ayam, serbuk parsli dan stok ayan sehingga menjadi separuh masak.
3. Tuangkan susu segar, krim masakan dan keju parmesan sehingga ia mendidih.
4. Setelah itu, masukkan makaroni sehingga semua bahan bertukar menjadi pekat.
5. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.
6. Setelah masak, masukkan ke dalam mangkuk diikuti dengan susunan keju cheddar dan bakar selama 2 minit sehingga keju cheddar cair.
7. Sedia untuk dihidangkan. Yeay!!!

Harapnya, Biey rajin la cuba resepi ni ek. Jangan simpan resepi ni jadi pekasam dah laa..

Selamat mencuba korang! 😊



Tuesday, 10 October 2017

October 10, 2017 0

TELUR JUICY SPICY VIRAL, SIAPA YANG TENGOK MESTI RASA NAK CUBA BUAT

First time Biey dengar resepi telur juicy spicy ni. Katanya viral dalam bulan lepas. Maaf la hampa oiii.. Cheq baru tahu. Nampak sangat tak ambil port pun pasal gosip, apa yang viral ni semua 😝😝

Ini pun secara tak sengaja terjumpa resepi ni. Jadi apa lagi? Jom la kita cuba buat. Sejauh mana sedapnya resepi telur juicy spicy ni. Heheh...

Sebenarnya tak susah pun. Alaa goreng telur macam yang biasa kita buat tu. Bila-bila pun boleh buat. Resepi ini merupakan perkongsian daripada facebook Hani Pembor. Katanya khas untuk penggemar telur.

BAHAN-BAHAN TELUR JUICY SPICY

Telur
Kicap
Cili potong
Limau Nipis

CARANYA:

1. Telur tu goreng lembik-lembik. Biasa orang rebus 3 suku pun boleh, tapi resepi kali ni gorenv lagi boommm.. Serius.

2. Letak kicap. Saya pakai kicap manis Jalen.

3. Letak cili potong.

4. Perah asam limau nipis.

Last...

Gaul-gaul sikit. Masuk mulut telur dengan cili sekali. Kecur air liur tengok lime tu! Memang juicy, hot spicy.

Rasa dia memang pergiiiii!! Cannot describe. Rasalah sendiri. Suami saya mula-mula tak nak, sebab dia memang tak suka makan telur, tapi sekali suruh rasa. Nak lagi pulak, tak cukup 3 biji. 😅





Perggghhhh... Tengok gambar dia pun dah buat Biey telan air liur ni. Oh my! Oh my!!! Esok nak cuba buatlah.

Selamat mencuba korang!!!


Kredit To: FB Hani Pembor-


Monday, 9 October 2017

October 09, 2017 1

RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE YANG MUDAH LAGI SENANG

Assalamualaikum hai...

Dah banyak hari tekak ni teringin nak makan spaghetti bolognese. Tapi tak nak beli. Biey nak buat sendiri.

Tapi, bila entah nak buatnya.. Haha.. Nak buat pun kena fikir banyak kali sebab husben tak berapa suka spaghetti. Tapi mana tahu kot isteri dia buat sendiri dia jadi suka. Ye tak? Air tangan isteri la katakan.

Sebelum nak buat kenalah cari resepi dulu. Betul tak? So, Biey pun mulalah menggoogle resepi spaghetti bolognese ni. Kalau boleh cari yang mudah dan simple je tapi rasanya sedap. Haha.. Aci tak? Ok jom, Biey share resepi dengan korang.

BAHAN-BAHAN

1. 300gm spaghetti - direbus dengan garam dan sedikit minyak hingga lembut. Toskan
2. Satu tin sos tomato spaghetti tradisional (Brand Kimball)
3. Daging burger Ramly
4. 1 labung bawang holand - didadu 
5. 3 ulang bawang putih - dicincang
6. 1 sudu besar cili kisar (optional-kalau tak suka pedas sila abaikan)
7. 3 sudu besar sos cili
8. Garam dan gula secukup rasa
9. 3 sudu besar minyak zaitun
10. Grated Parmesan cheese untuk tabur

CARA MEMBUATNYA:

1. Panaskan minyak zaitun/ minyak masak, tumiskan bawang besar, bawang putih sebentar hingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging burger yang dipotong dadu. Masak hingga daging empuk.

3. Masukkan sos spaghetti dan sos cili.

4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.

5. Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan dan tabur Parmesan cheese. Hidangkan.



Nampak senang kan? Boleh la nak cuba buat ni. Jom kita buat sama-sama 😊

SELAMAT MENCUBA!!!

Kredit To: Syok Resepi

Sunday, 27 August 2017

August 27, 2017 0

RESIPI AYAM MASAK KICAP HALIA YANG SEDAP DAN MENYELERAKAN

Asal ada ayam je, mesti fikir nak masak ayam kicap. Macam tak ada resepi lain dah.

Bagi anda atau anak-anak anda yang suka makan ayam masak kicap halia ni, boleh la cuba resepi ni.

************************************





RESIPI AYAM MASAK KICAP HALIA  

Bahan-bahan:
Isi Ayam
Cili kering kisar
Bawang besar/merah/putih/halia dikisar
Halia dihiris
Bawang besar dihiris.  
Cili Besar Dihiris
Tomato
Kicap Manis
Kicap Pekat
Sos Tiram
Kiub Ayam
Sedikit Garam.  

Cara memasaknya: 

Tumis bawang dan halia yg dikisar, (bwg besar dan sedikit bwg putih, halia dalam setengah jengkal), bila dah naik bau, masukkan isi ayam.

Biarkan sehingga separuh masak. 

Kemudian, masukkan kicap pekat, kicap manis dan sos tiram, sedikit garam. Biarkan sampai naik minyak menandakan kuah sudah sebati dengan ayam, dan masukkan bahan2 lain seperti hirisan bawang, cili besar dan hirisan halia (jika ada sayur, masukkan sekali).

Kalau nak goreng ayam terlebih dulu pun boleh, dan cara memasak kuahnya sama.

Mana-mana pun boleh. Ikut selere masing-masing.

Perggghhh.. Terus tergoda tengok gambar ayam masak kicap halia ni.

Selamat mencuba ya!

#GempakBintang
#Gempakssp