Monday, 20 November 2017

November 20, 2017 0

SAYA GUNA, SAYA JUAL DAN SAYA BANTU

Sebenarnya Biey tak pernah terfikir pun nak buat bisnes Shaklee ni dulu.

Memang ada la survey nak buat bisnes online lepas berhenti kerja tahun lepas. Tapi belum decide nak buat bisnes online apa.

Tapi kalau dah jodoh tak kemana orang kata. Masa mengandung dulu Biey ada masalah KEJANG KAKI. Ya Allah... Sakitnya.. 😭

Hampir setiap malam kena bangun dan kejutkan suami untuk urut kaki. Memang menangis bila kena tu.

Jadi, nak dipendekkan cerita, Biey nampak satu iklan tentang OSTEMATRIX Shaklee bagi mengatasi lenguh-lenguh badan, kejang kaki dan boleh diambil sebagai pengganti susu.

Jadi, Biey pun kontek senior Biey masa dekat UiTM dulu yang sekarang dah jadi upline Biey iaitu kak NorDiana Omar untuk tanya pasal produk Shaklee ni.

Sembang punya sembang, Biey berminat nak cuba ESP dan Ostematrix tu. Masa beli tu Biey belum register jadi ahli lagi.

Lepas dah cuba sendiri Ostematrix tu Biey perasan "Eh eh, kejang kaki Biey dah takde la.." Biey dah tak payah nak kejut suami bangun tengah-tengah malam lagi dah. Biey juga perasan SAKIT PINGGANG Biey pun dah makin berkurang. Maklum la bila kandungan makin membesar, pasti sakit pinggang tu akan lebih terasa..😀

Selain itu, lepas Biey consume ESP, Biey perasan yang rambut Biey dah tak banyak gugur. Happynya rasa 😗.
Kalau sebelum tu, memang bersepah rambut Biey dekat bantal dan lantai. Stress pun ada.

Hmmm tak boleh jadi ni... Bagus juga produk Shaklee ni. Biey sendiri dah rasa kesan dia. Dah la bukan sembarangan produk. Bahan-bahan dia semua SEMULAJADI dan siap ada LANDMARK STUDY lagi.

Lepas fikir punya fikir dan bincang dengan suami, why not Biey cuba buat bisnes Shaklee je? 

Well.. Biey sendiri dah cuba dan rasa sendiri kesannya, so why not Biey share dengan orang ramai kan?

So, pada 30 Ogos 2016, secara rasminya Biey jadi seorang Pengedar Shaklee yang sah. Dan alhamdulillah sampai sekarang Biey masih seorang Pengedar Shaklee yang aktif.

InsyaAllah Biey akan terus buat bisnes Shaklee ni untuk bantu orang ramai sihat dengan Shaklee dan jana pendapatan dengan buat bisnes Shaklee ni.

Jadi, kepada adik-adik, akak atau ibu yang sedang mencari bisnes online yang tak perlu keluarkan modal yang besar, Biey nak ajak korang untuk sama-sama usahakan bisnes Shaklee dengan Biey ni.




MAKE A FIRST MOVE NOW!!!!

BIEY
nabieylahazhar@gmail.com
November 20, 2017 0

CARA BERKESAN HILANGKAN JERAGAT DEGIL TANPA PERLU RAWATAN LASER

Assalamualaikum selamat pagi..

Hari ni Biey rasa nak berkongsi mengenai jeragat la. Maklumlah ada lagi 2 tahun nak masuk angka 30. Risau jugak kalau nanti jeragat mula bertapa dekat muka 😅



Maklumlah, kulit Biey dulu bukannya sihat sangat. Macam-macam produk Biey guna nak bagi cantik, flawless, putih punya pasal. Akibatnya nanti tak fikir pun.

Sekarang baru ada kesedaran nak jaga kulit betul-betul. Nasib baik. Hehehe..

Sebelum tu, jom lihat dulu apa punca terjadinya jeragat ni.


1. Berpunca dari sinar UV

Sinar UV ni boleh merosakkan kulit kita..sebab ada radikal bebas..sinar UV ini bukan sahaja menyebabkan jeragat malah boleh menyebabkan kanser kulit.

So seeloknya before keluar rumah pakai la sunblock..

2. Kehamilan

Sesetengah ibu hamil akan alami masalah kulit. Antaranya kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat. Ada yg lps bersalin masalah2 akan hilang tapi ramai juga ibu yang terus mengalami masalah ini termasuk jeragat.

3. Hormon Tidak Stabil

Hormon tidak stabil (% hormon estrogen atau progestron yg tak normal) pun boleh jadi punca masalah jeragat.

Especially bila nak dekat menopous tu..
Sbb tu kalau kita perasan wanita2 40an-50an plg ramai ada jeragat...

4. Pengambilan Ubat-ubatan

Ini merupakan punca jeragat yang jarang berlaku la. Tapi tetap ada..Ada sesetengah ubat boleh beri side efek pada keupayaan kulit. Sebab dia melambatkan penghasilan sel kulit yang baru..means kulit yg dah sepatutnya mati..dan digantikan baru tetap ada dekat muka..last2 jadi la tompok2 jeragat tu.

5. Pewangi

Bahan pewangi dan kosmetik boleh menyebabkan tindak balas dgn kulit dan boleh menyebabkan jeragat.

6. Hypotiroid

Bagi pesakit hypotiroid, ini berlaku disebabkan paras hormon tiroid yg rendah.

Jadi, antara cara untuk atasi masalah jeragat degil ini adalah dengan menggunakan Set Jeragat Degil Shaklee.



Jadi, kepada anda yang mempunyai masalah jeragat yang degil, dah macam-macam produk dah guna untuk hilangkan jeragat tersebut tapi tak berjaya, Biey cadangkan anda cuba SET JERAGAT DEGIL SHAKLEE ni.

Kalau anda berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai set ini, boleh la hubungi Biey. InsyaAllah Biey akan berikan konsultasi yang terbaik.

BIEY
CALL/SMS/WHATSAPP
November 20, 2017 0

ALTERNATIF LAIN BAGI PENYAKIT KANSER PROSTAT

Alhamdulillah.. Selesai sudah perkongsian malam ilmu malam ni oleh Master Iera Zul yang bertajuk Kanser Prostat, gejala dan rawatan. 

Bila dah diskas pasal kanser prostat ni terus Biey teringat dekat arwah atuk. Arwah dulu adalah penghidap kanser prostat. Arwah memang seorang yang sangat kuat melawan penyakit ni. Dan Biey sangat bangga dengan arwah.

Jadi, malam ni jom Biey kongsikan serba sedikit dengan anda semua apa itu kanser prostat.



Prostat merupakan sistem reproduksi lelaki dimana terdapat kalenjar prostat yang menghasilkan air mani yang mengandungi sperma.

Kanser kalenjar prostat adalah kanser yang terjadi apabila sel yang terdapat di prostat termutasi, membahagi dan tumbuh secara tidak terkawal. Ia boleh merebak ke tempat lain di dalam tubuh dan mampu memusnahkan tisu normal yang lain.

Kalau nak tahu, di Malaysia, ia menduduki tempat ke-6 di dalam carta 10 kanser paling lazim berlaku kepada lelaki.

Ramai tak sedar  kes kanser ni sebab hampir 80% lelaki yang datang mendapatkan rawatan sudah berada di tahap 3 dan 4, iaitu tahap dimana pesakit sukar diselamatkan.

Sebabnya kanser ini tak menunjukkan simptom yang khusus, rasa malu dan ego yang ada pada lelaki sampai sanggup menderita dari dapatkan rawatan.

Simptom Kanser Prostat

Sebenarnya, tiada gejala khusus untuk kanser prostat. Namun, gejala berikut mungkin menunjukkan adanya kanser prostat iaitu :

- Rasa sakit atau pedih ketika membuang air kecil
- Terdapat darah dalam air kencing
- Kerap membuang air kecil, terutama di malam hari
- Mengalami kesukaran ketika hendak mula membuang air kecil
- Sukar menahan aliran air kencing
- Mengalami aliran air kencing yang lemah atau terhenti-henti
- Terasa hendak buang air kecil tetapi tidak boleh kencing
- Rasa sakit di belakang pinggang, pinggul, atas paha, bahu atau tulang lain
- Lambat ereksi ketika bersama

Faktor Risiko Kanser Prostat

#1 – Umur : Seseorang yang berusia melebihi 50 tahun mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk terkena kanser prostat. Namun begitu, ia tidak bermakna anda yang berusia kurang daripada 50 tahun tidak akan terkena kanser ini.

#2 – Sejarah Keluarga : Risiko untuk mendapat kanser prostat adalah lebih tinggi kepada lelaki yang bapanya atau adik beradiknya telah mengalami kanser prostat.

#3 – Diet: Lelaki yang mengamalkan diet pemakanan yang kaya lemak tepu haiwan, kurang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu seharian mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kanser prostat.

Kaedah Rawatan Yang Dicadangkan

#1 – Pemantauan

Tidak semua pesakit kanser prostat perlu menjalani rawatan serta merta.

Terdapat sel kanser yang tumbuh secara perlahan-lahan dan mungkin mengambil masa 10 tahun atau lebih sebelum menimbulkan masalah atau merebak.

Doktor hanya akan mengawasi perkembangan pesakit dan memeriksanya dari semasa ke semasa

#2 – Pembedahan

Jika tumor tertumpu pada prostat, pembedahn membuang keseluruhan prostat biasanya akan dilakukan bagi menghalang kanser berulang dan menjadi lebih teruk.

Kesan sampingan dari rawatan ini adalah hilang kawalan pada pundi kencing, mati pucuk dan perubahan ukuran panjang zakar

#3 – Terapi Radiasi

Terapi ini bertujuan memusnahkan sel kanser dan merencatkan pertumbuhan sel kanser tersebut.

Sel kanser yang berkembang dengan pantas lebih mudah dimusnahkan oleh radiasi berbanding sel normal yang terletak bersebelahan dengan sel kanser tersebut.

Diantara kesan sampingannya adalah cirit birit, gangguan pada fungsi usus, keinginan membuang air kecil yang lebih kerap, rasa lesu, rektum tidak selesa, pedih atau sakit, mati pucuk, dan lemah kawalan kencing.

#4 – Terapi Hormon

Rawatan ini adalah untuk kanser yang telah merebak jauh keluar prostat. Ia tidak bertujuan untuk menyembuhkan kanser tetapi ia mungkin dapat membantu mengecutkan kanser tersebut atau melenyapkan gejala untuk kebanyakan lelaki.

Rawatan dengan hormon boleh diberikan beberapa bulan sebelum radioterapi atau pembedahan untuk membantu rawatan susulan yang dilakukan supaya menjadi lebih berkesan.

Di antara kesan sampingannya adalah hilang nafsu seks, peningkatan berat badan, tubuh kadang-kala berasa panas, mati pucuk, osteoporosis, tetek membengkak, cecair tertahan di dalam tubuh dan mood berubah-ubah

#5 – Kemoterapi

Ia adalah kaedah penggunaan ubat yang kuat untuk menyerang sel kanser. Sesetengahnya disuntik secara langsung ke dalam vena atau otot, manakala yang lain diambil melalui mulut.

Diantara kesan sampingan rawatan ini adalah cirit-birit, loya, keguguran rambut, muntah-muntah, darah cair, fungsi tulang sumsum terjejas.

Kehidupan Selepas Rawatan Kanser

#1 – Jaga pemakanan

Pastikan anda mendapat keperluan kalori yang mencukupi. Makan makanan yang tinggi protein dan minum banyak air.

Selain itu, ambil vitamin dalam kuantiti yang mencukupi dan buat temujanji dengan pakar diet.

#2 – Bersenam

Senaman sangat penting untuk bekas pesakit kanser.

Anda boleh mulakan dengan berjalan selama 10 minit setiap hari, kemudian berjalan dengan laju selama sejam, 6 kali seminggu.

#3 – Berinteraksi dengan pasukan penjagaan kesihatan

Pastikan anda hadir pada temujanji susulan

#4 – Berhenti merokok

#5 – Tangani stress

#6 – Luangkan masa untuk berseronok dengan ahli keluarga dan kenalan

Selain daripada mencuba pelbagai kaedah rawatan oleh doktor, kita juga boleh mencadangkan kepada pesakit untuk cuba ikhtiar dengan suplimen.

Di antara nutrisi yang membantu pesakit kanser prostat adalah :

Vivix




Asid Elagik membantu menghalang kanser prostat dan membantu meningkatkan imun sistem pesakit kanser prostat terutama mereka yang telah menjalani rawatan radiasi atau kemoterapi.

Ia juga mengandungi resveratrol dan polyphenols yang sangat bagus dengan fungsi anti radang, antioksidan, anti tumor dan antimikrobial.

Nutriferon




Meningkatkan imun sistem dengan cara mendorong penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh.

Jadi, jangan pernah pandang ringan jika ada bapa atau pak cik atau atuk kita yang mengalami simptom-simptom seperti di atas, eloklah kita jumpa doktor segera.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi Biey.


BIEY 
CALL/SMS/WHATSAPP

November 20, 2017 0

CARA DETOKS PALING BERKESAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN





Alhamdulillah..
Baru je habis kelas online dengan Mak Bintang dalam group rahsia kami.

Tajuk malam ni memang bestttt iaitu "Macam Mana Nak Detoks".

Adakah anda dah cuba bersenam tapi tak kurus?
Dah kawal makan tak kurus?
Haa kalau nak tahu, itu tandanya badan anda banyak toksin. Jeng jeng jeng...

Tapi sebelum Biey share panjang lebar tentang detoks ni, anda tahu tak apa itu detoks? Pernah dengar kan perkataan detoks ni? Tapi tahu tak apa maksud detoks ni?

Ok. Meh Biey share. Detoks kalau ayat mudah  difahami adalah satu proses kita buang toksin dalam badan kita.

Mana datangnya toksin ni? Kalan nak tahu, toksin ni datang daripada pelbagai sumber. Antaranya daripada racun perosak, racun serangga, asap rokok, asap kenderaan, bahan pengawet, bahan perasa dan juga makanan tambahan. Badan kita juga menghasilkan toksin dan ini menujukkan semua orang menpunyai toksin. Akibatnya, toksin ni boleh mengaktifkan sel-sel kanser dalam badan kita.

TANDA-TANDA BADAN BANYAK TOKSIN

1. Cepat rasa letih
2. Asyik mengantuk
3. Nafas berbau
4. Sembelit
5. Sensitif bau
6. Sakit otot
7. Masalah pada kulit
8. Berat susah nak turun

Jadi, dalam banyak-banyak cara detoks yang ada sekarang, Biey sangat mengesyorkan anda cuba detoks cara Shaklee.

Fungsi Set Detoks Shaklee

1. Alfafa Complex

Mencuci darah, hati dan usus. 
Alfalfa ini sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan tubuh badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

2. Herb-Lax

Mencuci perut dan usus
Membersihkan najis yang tersekat dan meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama atau tersekat. 
Sangat disyorkan pada mereka yang mempunyai masalah sembelit.

3. Peppermint Ginger Plus

Rumusan empat jenis herba. Selain jintan manis dan jintan hitam, ia juga mengandungi pudina dan halia – herba tradisional yang telah digunakan sejak berkurun lamanya untuk melegakan tubuh.

4. DTX Complex

DTX Complex bertindak sebagai detoksifikasi untuk menyahtoksik bahan beracun dari hati seperti dadah dan bahan bernitrogen bagi memastikan seluruh organ berfungsi secara normal. Apabila fungsi hati terganggu, timbunan toksik dalam badan akan menyerang organ yang lain.

5. Vivix

Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.
Berfungsi sebagai detoksfikasi sel.

Antara kebaikan yang anda akan peroleh daripada Detoks Shaklee ini adalah:




Jom tengok apa kata mereka yang sudah amalkan Detoks Shaklee.










Apa tunggu lagi? Jom mula berdetoks sekarang!

Boleh hubungi Biey untuk pertanyaan lanjut dan rancangan pemakanan 7 hari yang eksklusif.

CALL/SMS/WHATSAPP





November 20, 2017 0

RESEPI MACARONI & CHEESE PALING WALLAH!!!

Assalamualaikum hai... 

Lama Biey tak bersiaran. Acah-acah busy la konon 😜. Semalam buka Facebook nampak kawan sekerja dulu post makaroni dan cheese yang dia masak untuk anak dara dia. Macam sedap je dia masak, macam terliur je..

Last Biey makan macaroni dan cheese ni masa kerja dulu. Masa tengah mengandung 5 bulan. Berjanggut jugak tunggu makaroni tu. Tapi sebab nak rasa punya pasal, tunggu jelah. Nasib baik, rasa dia not bad. Boleh bagi 4 bintang. Haha 🤣

Disebabkan Biey rasa teringin, kiranya Biey letak dalam entry dulu laa. Kot nanti mood rajin mai, boleh je tengok resepi ni balik. Kikiki..

Jom la kita baca macam mana nak buat makaroni dan cheese yang wallah ni.

Bahan-bahan:

200mg makaroni direbus
1 sudu besar mentega
2 ulas bawang putih | dicincang
80gm isi ayam | dipotong dadu
1 cawan susu segar
1/2 cawan krim masakan
1/2 kiub stok ayam
1/2 sudu serbuk parsli
2 sudu besar keju parmesan
1 keping keju cheddar
Garam dan lada secukup rasa

Cara-cara:
1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih sehingga kuning.
2. Kemudian masukkan ayam, serbuk parsli dan stok ayan sehingga menjadi separuh masak.
3. Tuangkan susu segar, krim masakan dan keju parmesan sehingga ia mendidih.
4. Setelah itu, masukkan makaroni sehingga semua bahan bertukar menjadi pekat.
5. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.
6. Setelah masak, masukkan ke dalam mangkuk diikuti dengan susunan keju cheddar dan bakar selama 2 minit sehingga keju cheddar cair.
7. Sedia untuk dihidangkan. Yeay!!!

Harapnya, Biey rajin la cuba resepi ni ek. Jangan simpan resepi ni jadi pekasam dah laa..

Selamat mencuba korang! 😊



Wednesday, 25 October 2017

October 25, 2017 0

PROTEIN SOYA PILIHAN TERBAIK UNTUK IBU YANG SIBUK!






Seorang ibu mempunyai pelbagai tanggungjawab. Selain daripada menguruskan keluarga dan kerjaya, mereka sering kali mengabaikan diri mereka dan sebaliknya fokus kepada yang lain. 

Komitmen sebegini menjejaskan pengambilan makanan mereka kerana mereka sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau tidak makan sebarang makanan langsung. Ia adalah amat penting bagi seorang ibu untuk mengambil minuman protein soya kerana ia dapat memberikan mereka tenaga untuk menjalani rutin seharian. 

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana protein soya dapat membantu golongan ibu. 

1. Meningkatkan Seri Kulit


Untuk kulit yang berseri, berikan kulit anda protein yang berkualiti tinggi lengkap dengan kesemua amino asid perlu. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda. Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit.

2. Menguatkan Rambut dan Kuku


Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurangan nutrien, terutamanya protein. Kekurangan asid amino, perlu menyebabkan bahan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh.

3. Menyokong Kehamilan Yang Sihat


Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat.

4. Melegakan Ketidakselesaan Perut


Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan pengambilan makanan diabaikan dimana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih hati, perut kembung atau gastritis, sekiranya dibiarkan berlarutan. Protein soya yang mudah disediakan dan berkhasiat memberikan si ibu hidangan yang cepat pada bila-bila masa, di mana jua. Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut anda sihat.

5. Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu
 
Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir. Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lancar.

Banyak betul manfaat protein soya terbaik di dunia ni kan? Memang rugi sangat-sangat siapa yang belum cuba. Kepada yang belum cuba, belum terlambat lagi untuk anda cuba sekarang.

Macam mana nak dapatkannya? Boleh hubungi Pengedar Sah Shaklee anda yang berdekatan. Nak lagi senang order je dengan Biey.

Bulan ni memang bulan terbaik untuk borong ESP sebab dengan pembelian 4 tong ESP, anda akan dapat 5% diskaun tau... Bulan ni je tau.. Bulan ni dah tak ada dah.

Jangan lambat, nanti menyesal 😜



CALL/SMS/WHATSAPP



nabieylahazhar@gmail.com