Thursday 25 January 2018

5 TIPS HILANGKAN PARUT JERAWAT DENGAN BERKESAN

Selain muka yang berjerawat, antara masalah lain yang selalu menjadi kerisauan kepada wanita adalah bagaimana untuk menghilangkan parut jerawat tersebut.

Pastinya terlalu banyak cara untuk menghilangkan parut jerawat tersebut. Daripada cara tradisional sampailah cara moden.

Tapi berkesan ke? Hari ni Biey akan kongsikan tips hilangkan parut jerawat paling berkesan.




1. Madu

Seperti yang kita semua tahu, madu sememangnya mempunyai banyak sangat khasiat. Selain bagus untuk kesihatan, madu juga menjadi salah satu pelembap yang sangat terkenal dalam bidang kecantikan. Madu bukan sahaja menjadikan wajah tampak bersinar dan cerah, tapi sangat membantu mengurangkan parut jerawat. Cara terbaik untuk mengurangkan parut jerawat ini adalah dengan menyapu madu pada bahagian jerawat di wajah anda. Urut wajah secara lembut dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air bersih.


2. Lidah buaya

Lidah buaya sangat terkenal dalam menghilangkan parut di wajah. Lidah buaya juga mempunyai bahan yang dapat mempercepatkan proses pembentukan kulit baharu dan ia dibuktikan dengan kajian saintifik. Caranya adalah dengan memotong lidah buaya tersebut dan sapukan lendir bahagian dalam lidah buaya ke parut jerawat.
Biarkan lendir kering sendiri dan meresap ke dalam kulit. Selepas itu, bolehlah bersihkan muka dengan menggunakan air suam.

3. Lemon

Lemon memang selalu disebut-sebut dan dipercayai mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Bukan sahaja bagus untuk tujuan detokfikasi, untuk kuatkan imun tapi juga lemon sangat membantu untuk membuang sel kulit mati, mencerahkan tona kulit, dan menjadikan kulit wajah lebih elastik. Selain itu, pati lemon juga membantu mengurangkan parut jerawat.

4. Minyak zaitun

Kalau perasan, minyak zaitun selalu jadi pilihan untuk mereka yang mementingkan kesihatan. Tapi, tahu tak yang minyak zaitun juga bagus untuk menghilangkan kesan jerawat. Caranya adalah dengan menyapu minyak zaitun di bahagian wajah yang berparut jerawat. Dengan penggunaan yang konsisten, ia bukan sahaja mengurangkan parut jerawat, tapi menjadikan wajah awet muda dan berseri.

5. Suplemen 

Selain mengamalkan tips di atas untuk menghilangkan parut jerawat, anda juga boleh mencuba suplemen untuk merawat dari dalam.
Suplemen yang dicadangkan adalah SET CANTIK SHAKLEE.

Ia terdiri daripada ESP, Vitamin C dan Vitamin E.



hilangkan parut jerawat dalam masa 3 hari, cara nak hilangkan jerawat dalam masa 1 hari, cara nak hilangkan jerawat dengan cepat


Kebaikan Set Cantik Shaklee:

  1. Membina sel-sel kulit baru
  2. Menjadikan kulit lebih gebu
  3. Membantu mengurangkan parut jerawat
  4. Membantu merangsang kolagen dalam badan
  5. Menjadikan kulit wajah cerah semulajadi 
Jika anda, berminat untuk mencuba Set Cantik Shaklee, jangan segan untuk menghubungi Biey segera.

CALL | SMS | WHATSAPP: 013-9255188

EMAIL: nabieylahazhar@gmail.com

Untuk respon yang lebih cepat, tekan link whatsapp http://bieyazhar.wasap.my/


No comments:

Post a Comment