Sunday, 4 December 2016

December 04, 2016 1

TIP UNTUK CLOSE DEAL

[I LIKE CLOSE DEAL CLASS] 

Sejak join bisnes Shaklee, macam-macam kelas yang upline buat. Antaranya kelas blog, kelas instagram, kelas close deal dan sebagainya.

Antara kelas yang paling Biey suka join adalah kelas close deal. Banyak input yang Biey dapat dalam kelas ni yang mana kita boleh terus apply dan dapat fast result.

Dalam kelas ini juga upline ada share mengenai tip untuk close deal. Antaranya adalah: 

(1) Istighfar (100 kali)

(2) Berdoa semoga dapat close deal

(3) Lazimkan diri buat solat dhuha, tahajud, solat taubat dan amalan sunat yang lain

(4) Hormat customer dan cuba layan mereka seperti kawan.

(5) Latih diri supaya jangan kejar sales semata-mata tapi ambil tahu tentang masalah yang dihadapi customer

(6) Jawab pertanyaan customer dengan ramah dan bersemangat

(7) Tawakal & yakin akan rezeki...

InsyaAllah kalau dah rezeki kita, pasti close deal punya. Bersangka baiklah dengan Allah.

Good luck & Happy Close Deal!!😘


Sunday, 27 November 2016

November 27, 2016 0

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WAHM VS SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR


Memegang title Working At Home Mom (WAHM) bukan senang seperti yang disangkakan.

Kalau dulu bila ada kerja hakiki, memang duk fokus yang tu je. Tambah pulak belum ada anak lagi masa tu.

Tapi sekarang kenalah bijak bahagikan masa untuk berShakli dan sebagai WAHM.

Biey akan make sure buat kerja rumah dulu. Bila dah settle semua, barulah boleh berbisnes dengan aman..😉

Setiap malam sebelum tidur, Biey akan pastikan Biey dah organise siap-siap apa nak buat esok.

Biey juga prepare TO DO LIST supaya apa yang nak dibuat tak tertinggal. Maklumlah bila dah jadi mak budak ni kan..

Nasib baik ada suami yang memahami. Sama-sama buat kerja rumah. Bila sama-sama dah faham tugas masing-masing insyaAllah kerja pun jadi mudah. Bak kata Wonderpets, "Apa yang penting... KERJASAMA!"


Monday, 21 November 2016

November 21, 2016 0

KENANGAN TERINDAH

Sedar tak sedar kita nak sampai ke penghujung tirai 2016. Tinggal beberapa hari je lagi nak masuk ke tahun 2017.

Rasa sayang pulak nak tinggalkan tahun ni sebab banyak sangat momen indah yang jadi dalam hidup Biey pada tahun 2016.

The sweetest moment yang paling Biey tak boleh lupa pada tahun 2016 ialah awal tahun ni kami dapat berita yang paling GEMBIRA. Selepas lebih kurang 2 tahun mengharap, Biey disahkan pregnant. Ya Allah.. Syukur sangat-sangat sebab inilah detik yang kami tunggu-tunggu selama ini. Dah la berpisah jarak jauh dengan suami. Lagi la sedih.

Memang tak tau nak gambarkan perasaan tu macam mana. Akhirnya Allah dengar juga doa kami. Rizqi adalah hadiah tak ternilai sempena hari jadi kami dan hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2 tahun.
Inilah momen yang paling Biey tak dapat lupakan.

Syukur ya Allah atas rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami. Semoga kami semua tak jadikan kami seorang yang lalai kepadaMu. Kepada semua yang masih belum dikurniakan zuriat, jangan putus asa. Teruskan berdoa kepada Allah.

Apa pula momen yang korang tak boleh dilupakan pada tahun ni? Jom la share sesama..