Wednesday 25 October 2017

October 25, 2017 0

PROTEIN SOYA PILIHAN TERBAIK UNTUK IBU YANG SIBUK!






Seorang ibu mempunyai pelbagai tanggungjawab. Selain daripada menguruskan keluarga dan kerjaya, mereka sering kali mengabaikan diri mereka dan sebaliknya fokus kepada yang lain. 

Komitmen sebegini menjejaskan pengambilan makanan mereka kerana mereka sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau tidak makan sebarang makanan langsung. Ia adalah amat penting bagi seorang ibu untuk mengambil minuman protein soya kerana ia dapat memberikan mereka tenaga untuk menjalani rutin seharian. 

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana protein soya dapat membantu golongan ibu. 

1. Meningkatkan Seri Kulit


Untuk kulit yang berseri, berikan kulit anda protein yang berkualiti tinggi lengkap dengan kesemua amino asid perlu. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda. Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit.

2. Menguatkan Rambut dan Kuku


Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurangan nutrien, terutamanya protein. Kekurangan asid amino, perlu menyebabkan bahan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh.

3. Menyokong Kehamilan Yang Sihat


Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat.

4. Melegakan Ketidakselesaan Perut


Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan pengambilan makanan diabaikan dimana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih hati, perut kembung atau gastritis, sekiranya dibiarkan berlarutan. Protein soya yang mudah disediakan dan berkhasiat memberikan si ibu hidangan yang cepat pada bila-bila masa, di mana jua. Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut anda sihat.

5. Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu
 
Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir. Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lancar.

Banyak betul manfaat protein soya terbaik di dunia ni kan? Memang rugi sangat-sangat siapa yang belum cuba. Kepada yang belum cuba, belum terlambat lagi untuk anda cuba sekarang.

Macam mana nak dapatkannya? Boleh hubungi Pengedar Sah Shaklee anda yang berdekatan. Nak lagi senang order je dengan Biey.

Bulan ni memang bulan terbaik untuk borong ESP sebab dengan pembelian 4 tong ESP, anda akan dapat 5% diskaun tau... Bulan ni je tau.. Bulan ni dah tak ada dah.

Jangan lambat, nanti menyesal 😜



CALL/SMS/WHATSAPP



nabieylahazhar@gmail.com
October 25, 2017 0

JOM KENALI PERKEMBANGAN KEMAHIRAN DIRI SI KECIL

Banyak perubahan yang mula dilalui oleh si kecil berumur satu tahun. Dia kini bukan lagi bayi dan banyak perkara yang perlu ibu bapa lakukan demi menyokong pertumbuhan dirinya.

Bersiap-sedialah anda berdua untuk melalui pengalaman melayan kerenah anak yang berusia satu hingga dua tahun ini. Akan ada pelbagai perkembangan diri yang bakal dia tunjuk. Oleh itu, jangan terlepas pandang dan peluang untuk bersama-sama dengannya melalui pengalaman pertama dalam sesuatu kemahiran yang mula dikuasainya.




BERAT BADAN

Perkembangan pertama yang harus anda perhatikan daripada anak yang menginjak usia setahun adalah berat badannya. Pada usia satu tahun, dia sepatutnya mencapai berat badan tiga kali ganda daripada berat lahir. Perlu anda tahu bahawa setelah kenaikan berat badan yang cukup pesat pada tahun pertama kehidupannya, pada tahap usia ini, berat badannya akan melalui proses pertambahan yang sedikit lambat lantaran terlalu banyak aktiviti-aktiviti yang mahu diterokai oleh dirinya yang sedang belajar ini.

KEMAHIRAN MOTORIK

Sewajarnya, kemampuan bergerak si kecil pada usia sebegini berkembang pesat. Anda harus perhatikan sama ada dia sudah mampu berdiri sendiri atau dapat melangkahkan kakinya buat pertama kali. Jangan kecewa jika dia belum menunjukkan kemahiran ini tetapi terus sokong dan rangsang anak anda sehingga dia mampu melakukannya. Jika sehingga umur 18 bulan, tiada perkembangan yang dapat dilihat, segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

KEMAHIRAN KENDIRI

Perkembangan diri yang lainnya yang patut dilihat ialah apakah dia sudah dapat makan menggunakan jari-jemarinya sendiri atau membolak-balik setiap helaian buku. Untuk kemahiran yang lebih kukuh, anda boleh merangsangnya dengan bermain mengangkat ganggang telefon mainan atau menyikat rambutnya sendiri. Walaupun mungkin dia belum dapat melakukannya dengan sempurna, ia sudah memadai kerana dia akan belajar untuk menyempurnakannya dalam sedikit masa lagi.

KEMAHIRAN SOSIAL

Daripada segi psikologi, anak pada usia ini adalah pemalu dan takut bila berada di sekitar orang asing yang tidak dikenalinya. Jangan rimas bila dia menangis bila anda berada jauh daripadanya. Biarpun begitu, anak anda kini memiliki beberapa orang yang menjadi kegemarannya yang dia rasa selesa bersama.

Pada masa yang sama dia juga sudah memiliki benda-benda kesukaan seperti mainan, kain, bantal atau selimut sehingga sering kali dia meragam bila barang kesukaannya itu tidak berada berhampirannya saat dia berasa cemas atau takut kepada individu tertentu.

KEBOLEHAN KOMUNIKASI

Menginjak ke usia satu tahun, anak anda sepatutnya mengerti dan dapat memberi tindak balas kepada setiap permintaan anda. Dia juga seharusnya sudah tahu menggunakan bahasa isyarat yang biasanya akan memperlihatkan beberapa gerakan tertentu demi menunjukkan keinginannya seperti menggelengkan kepala atau melambaikan tangannya sebagai tanda selamat tinggal.

Perkembangan lainnya dalam konteks bahasa pula adalah dia mulai dapat memberikan intonasi terhadap celoteh yang diucapkannya. Apa yang menarik, dia berusaha untuk mengikut apa sahaja yang anda perkatakan. Jadi, banyakkan berbual-bual dengannya demi mengembangkan kemahiran berkomunikasi dan berbahasanya.

KEMAHIRAN KOGNITIF

Pada usia satu tahun pun, anak anda sudah boleh mula belajar, berfikir dan menyelesaikan masalah yang bersesuaian dengan tahap umurnya. Jika bermain cari dan sembunyi umpamanya, dia sudah mampu menemui benda yang anda sembunyikan daripada penglihatannya.

Dia juga mampu mengeksploitasi benda secara menyeluruh seperti menggoyang, memukul atau melempar benda yang dipegangnya. Jangan terperanjat jika dia sudah pun mampu menyimpan mainan di dalam bekas simpanan mainan atau mengeluarkan mainan itu sendiri.




PERANAN IBU BAPA

Ibu harus terus mendampingi si kecil pada tahap usia ini. Hal ini terutamanya untuk memastikan perkembangan bahasanya meningkat dari semasa ke semasa. Usahakan untuk memahami perasaannya dengan membantu dia mengembangkan emosinya. Lakukan kegiatan seperti membacakan buku, bermain ba-ba-cak, cari dan sembunyi ataupun permainan-permainan yang lainnya.

Semasa dia bertambah aktif, sediakan tempat bermain yang selesa di dalam rumah supaya dia boleh melakukan eksplorasi. Amati apa sahaja kegiatan yang disukainya dan berikan kebebasan untuk dia menggunakan seluruh kemahiran diri untuk belajar.

Jangan lupa, berikan pujian jika berjaya melakukan sesuatu dengan menggunakan usahanya sendiri. Dalam pada itu, walaupun masih kecil untuk memahami peraturan, anda boleh menunjukkan perilaku mana yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Saturday 21 October 2017

October 21, 2017 0

BERSALIN SEBELUM DUE DATE. PANDUAN UNTUK MAMA SUPAYA TAK PANIK



Kelahiran boleh berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja. Lebih-lebih lagi bagi kehamilan yang sihat dan kandungan sudah melewati 37 minggu.

Seelok-eloknya sentiasa bawa bersama buku rekod pemeriksaan kehamilan dan beg hospital yang berisi kelengkapan bersalin apabila kandungan menghampiri tarikh jangkaan bersalin.

Bagi kes yang melibatkan sakit tiba-tiba ketika memandu di jalan raya atau ketika berseorangan di rumah, beberapa langkah perlu dilakukan untuk memastikan proses kelahiran yang selamat.

1. Sekiranya ibu terbabit sedang memandu, maka dia perlulah berhenti di tempat yang selamat seperti di lorong kecemasan, stesen minyak, atau tempat rehat R&R atau mana-mana yang terdekat.

2. Minta bantuan orang ramai untuk menghubungi talian kecemasan Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 bagi mendapatkan bantuan kecemasan, diikuti dengan ahli keluarga yang terdekat.

3. Jika tidak ada orang lain bersama, hubungi 999 sendiri dan ikut arahan paramedik MERS dengan tenang. Paramediks MERS memerlukan maklumat akan lokasi ibu bagi memudahkan bantuan kecemasan disalurkan.

4. Bagi ibu yang berseorangan di rumah, cuba berbaring di atas katil atau permukaan yang rata. Tinggikan kepala dengan bantal. Dengar arahan paramedik MERS dengan teliti.

5. Pastikan ibu menarik nafas yang dalam dan perlahan di antara kontraksi.

Tanda-tanda kelahiran amat dekat

Ibu perlu tahu tanda-tanda ini supaya boleh mengenal pasti bahawa kelahiran akan berlaku dan tidak sempat untuk ke hospital. Pada kebiasaanya bagi anak pertama, kelahiran akan mengambil masa lebih lama manakala bagi kelahiran anak kedua dan seterusnya akan berlaku lebih cepat.
  • Kontraksi yang kerap iaitu antara dua hingga empat tiga minit sekali.
  • Gesaan untuk meneran atau rasa ingin buang air besar
  • Air ketuban keluar dengan banyak secara tiba-tiba.
  • Ibu dapat lihat atau sentuh kepala bayi pada bahagian kemaluan.
Lima keperluan asas perlu ada

Selain segera mendapatkan bantuan kecemasan, sekiranya masih sempat, sediakan peralatan asas bagi memastikan kelahiran lebih mudah dikendalikan.
  1.  Sediakan alas tempat perbaringan seperti plastik alas meja atau hamparan kain yang tebal. Ini kerana proses kelahiran akan melibatkan pengeluaran lendir dan darah yang banyak dan alas tersebut memudahkan proses membersihkan kelak.
  2. Cadar, selimut, kain batik atau tuala yang bersih dan kering.
  3. Sekiranya tiada kain, kertas atau surat khabar kering juga boleh digunakan.
  4. Kain lampin untuk menyambut bayi dan kain untuk membalutnya.
  5. Air suam yang diletakkan dalam besen yang bersih. Ia diperlukan untuk membuang kekotoran lendir pada bayi dan mencuci tangan.
Tips Elak Panik dan Bersedia Segera

Ibu perlulah berkeyakinan diri untuk melalui proses bersalin walau pun terpaksa melakukannya seorang diri atau tanpa sempat ke hospital. Bersalin adalah proses semulajadi bagi seorang wanita. Jika kedudukan bayi betul dan sudah berada di bahagian rongga pelvis, kelahiran akan mudah dan tidak mengambil masa yang lama.

Walaupun begitu, pastikan faktor kebersihan dititikberatkan untuk mengelakkan jangkitan kuman kepada ibu dan anak. Ibu perlu mencuci bahagian intim dengan air atau dengan sabun dan air sebelum proses kelahiran. Suami, ibu atau sesiapa sahaja yang akan menyambut bayi juga perlu bersih.

Ibu tidak perlu meneran bagi kes kelahiran seperti ini. Sebaik-baiknya jangan meneran. Beberapa teknik pernafasan boleh dilakukan seperti menarik nafas yang dalam dan perlahan atau pernafasan "penting", iaitu bernafas dengan kuat dan cepat. Ia juga dapat mengelakkan koyakan pada tisu-tisu lembut, melengahkan masa untuk persiapan dan mengelakkan kecederaan atau bayi terjatuh jika ibu masih belum dalam posisi yang membolehkannya menyambut bayi.

Bila si kecil sudah keluar!
  • Saat ini ibu atau orang yang menyambut bayi perlulah bersedia untuk mengampu kepala, bahu dan badan bayi dan dorongnya untuk mengelakkan koyakan teruk pada ibu. Berhati-hati kerana selalunya bayi licin.
  • Perhatikan kedudukan tali pusat. Longgarkan untuk mengelakkan ia mencerut leher atau badan bayi.
  • JANGAN POTONG TALI PUSAT UNTUK MENGELAKKAN JANGKITAN KUMAN
  • Lap seluruh badannya terutama pada bahagian mulut dan hidung yang mungkin mempunyai lendir dengan kain lembut seperti kain lampin.
  • Sambil mengelap, urut perlahan bahagian belakang bayi dan kaki untuk merangsang bayi menangis supaya dia boleh bernafas dengan baik.
  • Letakkan bayi di dada ibu (atau perut ibu jika tali pusat pendek) secara menangkup atau melekap untuk sentuhah kulit ke kulit. Selimutkan tubuh bayi untuk mengelakkan kesejukan.
  • Sambut uri keluar dan biarkan tali pusat tidak dipotong. Tunggu sehingga bidan memotongnya menggunakan peralatan steril.
  • Dapatkan posisi yang selesa untuk ibu boleh memulakan penyusuan kali pertama. Elakkan ibu kesejukan dengan membersihkn ibu dan kainnya yang basah.
  • Sementara menunggu kehadiran paramedik, duduk bersama dengan ibu dan bayi sepanjang masa untuk memastikan kedua-duanya dalam keadaan baik. Peralatan ibu dan bayi boleh disediakan kerana kemungkinan ibu dan bayi akan ditahan di hospital.

October 21, 2017 0

VITAMIN C SHAKLEE BUAT JERAWAT DAN PARUT JERAWAT HILANG TERUS!

Dalam banyak-banyak suplimen Shaklee yang Biey dah Biey cuba, Biey memang dah jatuh hati dengan Vitamin C. Sebelum kenal dengan Vitamin C, Biey adalah cuba beberapa jenis suplimen untuk cantik tapi rasanya memang berbeza sama sekali.

Vitamin C sangatlah bagus diambil kerana ia merupakan salah satu ANTIOKSIDAN terbaik . Sebab apa??? Sebabbb badan kita memang sangat memerlukan antioksidan bagi menentang radikal-radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran, asap rokok, dan sebagainya tanpa kita sedari.

Kalau nak tahu, radikal bebas ni sangatlah merbahaya hingga boleh merosakkan sel-sel dalam badan kita dan mendatangkan pelbagai penyakit. Haa termasuklah masalah jerawat ni.

Oleh sebab itulah, kita memerlukan perlindungan daripada antioksidan. Antara oksidan yang senang kita perolehi ialah Vitamin C.





Kalau anda perasan, dekat luar memang banyak sangat pilihan Vitamin C yang boleh anda dapati. Tapi jangan tersalah pilih. Pilihlah Vitamin C yang mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi.

Pilihan Biey sudah tentulah Vitamin C Shaklee. Kenapa Vitamin C Shaklee? Jom baca apa kelebihan Vitamin C Shaklee berbanding Vitamin C yang lain.

1) Vitamin C Shaklee adalah satu-satunya produk semulajadi yang diekstrak daripada jagung. Sebab itulah ia sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

2) Vitamin C juga istimewa kerana ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat-peringkat. 500mg akan dilepaskan setiap 5 jam supaya ia cukup sesuai dengan penggunaan badan kita dan juga bagi mengelakkan pembaziran. Wow!! Hebat kan?

3) Vitamin C Shaklee mengandungi 120mg bioflavonoid sitrus yang boleh meningkatkan lagi keberkesanan penggunaannya.

Jadi, sebab-sebab nilah yang buatkan Biey pilih Vitamin C Shaklee. Banyak dah kesan positif yang Biey dapat daripada Vitamin C ni. Antaranya:

1) Tiada lagi masalah gusi berdarah

2) Kulit semakin cerah dan warna kulit menjadi sekata

3) Jerawat semakin kurang tumbuh

4) Parut jerawat makin pudar

5) Kulit rasa makin licin dan halus

Jom baca apa kata mereka yang lain pula.











Haa tengoklah sendiri. Masih tak percaya lagi dengan keberkesanan Vitamin C Shaklee? Kalau macam tu, Biey syorkan anda sendiri cuba dan nilaikannya sendiri.

Bagi yang mempunyai masalah kulit berjerawat, parut jerawat cubalah Vitamin C Shaklee. Anda pasti takkan menyesal.

Anda akan sangat untung kerana sebotol Vitamin C boleh tahan daripada 3 hingga 6 bulan penggunaan. Jimat kan?

Nak lagi untung, jom daftar sebagai ahli Shaklee sekarang. Anda akan memperoleh diskaun pembelian hampir 25%.

Nak order sekarang? Boleh hubungi Biey melalui nombor di bawah atau terus sahaja klik link whatsapp.

BIEY
www.wsap.my/60139255188




Wednesday 18 October 2017

October 18, 2017 0

NAK LEBATKAN RAMBUT BAYI, CUBALAH BUAT 6 PETUA PALING MUDAH INI



Ada bayi yang lahir dengan rambut lebat dan hitam. Ada pula yang lahir rambut nipis dan sedikit. Biasanya lepas lahir, bayi akan dicukurkan rambutnya sehingga botak dan kebiasaannya dalam tempoh sebulan rambut barunya akan tumbuh semula.

Tetapi ada juga yang jenis lambat tumbuh rambut, sampai ulang tahun pertama masih lagi berambut nipis dan halus. Kalau anak lelaki, mungkin kita tak kisah tapi kalau anak perempuan, ibu pun mulalah risau sebab tak boleh hendak hias rambut anak dengan reben dan hairband.

Mungkin boleh guna salah satu petua berikut untuk lebatkan rambut bayi anda. Mana tahu ada yang sesuai.

1. Buah keras

Goreng buah keras tanpa minyak sehingga minyaknya keluar sendiri. Kemudian tumbuk buah keras dan sapukan pada rambut bayi. Biarkan beberapa saat supaya minyak buah keras meresap ke dalam kulit kepala bayi. Kemudian bilas rambut anak dengan air bersih. Lakukan dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

2. Minyak zaitun

Minyak zaitun juga dapat membantu menghitam dan melebatkan rambut anak.

3. Kacang hijau

Kacang hijau merupakan makanan sumber protein yang sangat baik bagi tubuh. Untuk melebatkan dan menghitamkan rambut pada anak, caranya rebus kacang hijau dan berikan pada bayi sebagai minuman (sesuai untuk bayi berusia enam bulan ke atas sahaja).

Minuman kacang hijau ini juga sangat baik untuk membantu pertumbuhan rambut bayi dan menghaluskan kulitnya.

4. Madu

Madu kaya akan kandungan nutrisi yang sangat bermanfaat kepada badan. Anda boleh memberikan madu kepada anak-anak sebagai salah satu menjaga sistem kekebalan badannya. Selain itu, madu juga dapat digunakan untuk menebalkan serta menghitamkan rambut pada anak-anak.

Caranya sapukan madu pada rambut dan kulit kepala anak dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu bilas rambut anak dengan syampu dan air bersih supaya hilang lekit madu.

5. Air kelapa

Kita sedia maklum tentang kebaikan air kelapa untuk kesihatan tubuh badan. Kandungan antioksidan pada air kelapa mampu menjadikan badan lebih sihat dan mencegah pelbagai penyakit. Selain itu, air kelapa juga bagus untuk rambut.

Gunakan air kelapa untuk mencuci rambut dan kulit kepala anak anda. Lakukan secara rutin setiap pagi dan petang. Hasilnya rambut anak akan lebih hitam dan lebat.

6. Lidah buaya

Lidah buaya sememangnya tidak asing digunakan untuk merawat rambut supaya lebih lebat dan hitam berkilau. Gunakan gel lidah buaya pada rambut dan kulit kepala anak. Sapukan setiap hari di rambut anak anda, kemudian bilas dengan air dan syampu. Cara ini cukup efektif untuk menyuburkan dan menghitamkan rambut anak.

Semoga petua berikut membantu untuk melebatkan rambut si comel anda.

Kredit To: Pa & Ma




Monday 16 October 2017

October 16, 2017 0

10 MASALAH KESIHATAN BAYI BARU LAHIR DAN CARA ATASINYA




Saat kelahiran bayi yang dikandung sememangnya ditunggu oleh setiap ibu bapanya. Dalam suka, kadang kala terpalit duka di mana anak yang baru lahir mengalami masalah kesihatan ringan.

Bagi ibu bapa baru ataupun yang sudah punyai anak yang ramai pun, sangat penting untuk anda mengetahui serba sedikit tentang masalah-masalah kesihatan yang biasa terjadi kepada bayi baru lahir.

Bukan sekadar mengambil tahu tentang penyakit itu, anda juga perlu faham apa patut dilakukan agar bayi lekas sihat.

#1 KOTORAN PADA MATA BAYI

Tidak semua bayi lahir dengan keadaan yang bersih. Ada segelintir bayi yang mengeluarkan selaput putih kekuningan di hujung matanya. Kotoran mata yang biasa disebut sebagai tahi mata ini boleh menyebabkan bayi tidak selesa apabila sukar membuka matanya.

#2 RUAM PADA KULIT

Ruam pada kulit adalah hal yang sangat biasa terjadi pada bayi. Hal ini disebabkan kulit bayi masih sensitif. Ruam itu mungkin berlaku diakibatkan oleh suhu yang terlalu panas di persekitarannya. Jika bayi mengalami ruam, jangan digunakan bedak bayi yang biasa disapu ke kulitnya setiap kali selepas mandi. Hindari juga pakaian tebal atau berlapis dan pastikan pengudaraan di sekitarnya nyaman.

#3 SESAK NAFAS

Sesak nafas sehingga muka bayi boleh bertukar kebiru-biruan boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya seperti tersedak, jangkitan, pembesaran kelenjar thymfus dan kelainan pada trakea. Namun, penyebab yang paling lazim adalah kemasukan udara melalui mulut semasa bayi sedang menyusu. Jika penyebab terakhir yang membuat bayi sesak nafas, anda perlu kerap sendawakan bayi selepas menyusu.

#4 MUNTAH

Muntah terjadi kerana bayi terlalu kenyang, tersedak atau ada lendir di dalam perutnya. Cara mengatasi masalah ini adalah dengan mendukungnya menghadap ke belakang. Pastikan kedudukan dada bayi selari dengan bahu anda. Setelah itu, tepuk punggungnya dengan lembut. Namun, jika dia muntah berterusan dan berlebihan, segera bawa dia ke doktor kerana mungkin ia petanda awal alahan terhadap sesuatu.

#5 DEMAM

Demam pada bayi jangan dibuat main. Jika suhu bayi masih di bawah 37•C, memberikannya susu sudah memadai. Namun, jika demam sudah mencapai angka 38•C, lap tubuhnya dan bahagian kepala dengan tuala yang dibasahi air. Jangan selimutkan atau sarungkan pakaian berlapis ketika dia demam. Sebaliknya, berikan pakaian yang tipis dan lembut. Jika tangan dan kaki bayi terasa sejuk, pakaikan mitten dan booties atau stokin.

#6 JANGKITAN TALI PUSAT

Selepas tali pusat dipotong, luka bekas potongan itu perlu dijaga dengan baik sehingga kering. Namun, ada bayi yang mengalami jangkitan pada tali pusatnya. Tanda jangkitan yang paling biasa ialah ruam, bengkak dan kadang kala keluar cecair jernih melekit mahupun nanah. Jika ia berlaku kepada bayi, segera dapatkan pemeriksaan doktor. Dalam masa yang sama, pastikan kebersihan tangan anda sebelum merawat tali pusatnya.

#7 CIRIT-BIRIT

Masalah lain yang sering dialami bayi baru lahir adalah cirit-birit. Penyebabnya mungkin terjadi kerana alahan kepada susu formula. Sebaik-baiknya berikan susu ibu. Susukannya dengan kerap. Jika masalah masih berlarutan dan disertai dengan kurang menyusu, muntah atau demam, segera ke klinik atau hospital berhampiran.

#8 SEMBELIT

Selain daripada cirit-birit, bayi juga mungkin boleh mengalami sembelit. Hal ini diakibatkan oleh pemberian susu formula atau pemberian makanan pejal. Jika bayi sudah melebihi umur enam bulan, pemberian buah-buahan seperti pisang atau pir akan membantu. Namun, jika bayi belum memasuki usia makan, hentikan pemberian susu formula sementara atau ganti produk susu yang lainnya.

#9 KEJANG

Kejang merupakan gangguan pada bayi yang harus diambil perhatian. Tanda-tandanya adalah mulut tertutup, gerakan tidak terkawal dan bola mata berputar-putar. Pertolongan pertama yang harus dilakukan adalah dengan membersihkan lendir di sekitar mulut dan hidung bayi. Jika suhu badan bayi panas, lap kain basah di bahagian lipatan paha, bawah lengan dan dahi. Jika disertai muntah, miringkan bayi agar muntah yang ada tidak ditelan semula. Segera ke klinik untuk pemeriksaan doktor untuk menghindari gangguan pada otak.

#10 JAUNDIS

Kulit bayi berwarna kuning adalah hal yang berlaku di sekitar umurnya tiga hingga lima hari. Hal ini disebabkan organ hatinya belum matang untuk memecahkan billirubin sehingga menyebabkan mata dan kulitnya kelihatan kuning. Untuk mengatasi masalah ini, kerap beri bayi susu ibu. Pada masa yang sama bawa dia berjumpa dengan doktor segera untuk pemeriksaan darah bagi mengetahui dengan jelas tahap billirubin di dalam tubuhnya.




Saturday 14 October 2017

October 14, 2017 0

KRIM AJAIB HILANGKAN RUAM SUSU PALING BERKESAN

Masa Biey berpantangkan BabyR dulu, risau bila muka dia habis merah-merah kena ruam susu. Makin hari makin banyak pulak. Ishhh.. Tak boleh jadi ni.




Lepas tu, sembang punya sembang dengan para ibu mereka cadangkan Biey cuba Herbal Blend Cream. Tanpa buang masa, Biey terus mintak suami belikan. Selepas tu, Biey terus sapukan di pipi si kecil tu.

Alhamdulillah, dengan izin Allah pipi gebu beliau kembali gebu selepas disapu dengan krim Herbal Blend. Happynya Biey 😊

Kalau nak tahu, krim Herbal Blend ni banyak gunanya. Bukan sahaja bagus untuk ruam susu, tapi juga bagus untuk menghilangkan kesan gigitan nyamuk, hilangkan jerawat dan sebagainya.

Apakah Khasiat Herbal Cream Shaklee ??

💕Melembutkan kulit yang kasar  ( di kawasan lutut dan tapak kaki/ tangan )
💕Membaiki kulit-kulit pecah ( tumit kaki )
💕Menyelesaikan masalah gatal-gatal kulit
💕Menghilangkan parut termasuk demam campak & chicken pox (selepas mandi dengan Basic H Shaklee -guna bersama-sama )
💕Menghilangkan ruam padi bayi ( melecet celah kangkang, leher ,pelipat kaki )
💕Menghilangkan ruam susu pada muka bayi

Banyak kan kebaikan Herbal Blend ni?

Jom kita tengok pula apa feedback ibu-ibu yang dah amalkan Herbal Blend ni.

TESTIMONI #1



TESTIMONI #2



TESTIMONI #3

TESTIMONI #4

TESTIMONI #5


Berminat untuk mencuba krim ajaib pelbagai guna ni? Boleh hubungi segera.

BIEY 

CALL/SMS/WHATSAPP


October 14, 2017 0

6 MANFAAT MEMELIHARA KUCING SEBAGAI HAIWAN KESAYANGAN SI MANJA






Kucing adalah haiwan yang begitu comel. Ia adalah antara haiwan peliharaan yang disukai oleh kanak-kanak selain arnab, ikan dan hamster. Telatah kucing yang nakal dan manja amat mencuit hati si kecil yang membuatkan ramai yang ingin peliharanya.

Berikut adalah antara manfaat-manfaar yang diperoleh jika ibu membenarkan si manja memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan.

1. Meningkatkan keyakinan diri

Apabila haiwan peliharaan bermain bersamanya, anak-anak akan berasa diri lebih dihargai. Dengan ini, keyakinan diri si kecil dipengaruhi oleh perasaan positif yang terbentuk oleh haiwan peliharaannya.

2. Prihatin kepada orang lain

Si kecil juga didedahkan dengan sikap bersimpati, menghormati pendapat dan perasaan orang lain serta bertimbang rasa. Mana tidaknya, jika kucing lapar, si kecil akan memberikan makanan dan minuman. Jika perilaku kucing nampak kelainan, si kecil tahu bahawa 'teman kesayangannya' sakit.

3. Mendidik

Anak yang diberi kebenaran untuk menjaga haiwan peliharaan dari kecil dilihat lebih berkeyakinan diri, pandai berkongsi, bekerjasama, bersifat berbelas kasihan, lembut hati dan sentiasa sedia kongsi kegembiraan.

4. Terapi emosi

Terapi emosi yang sangat baik untuk si cilik. Ini kerana ia memelihara seekor kucing umpama memiliki seorang sahabat yang baik dan setia. Malah ia akan lebih membuatkan suasana yang menyeronokkan buat si cilik apabila melayan kerenahnya.

5. Sikap tanggungjawab

Biarpun penjagaan kucing dilakukan oleh ibu bapa, namun ia mengajar anak anda erti sikap tanggungjawab. Anak anda akan menyedari bahawa haiwan peliharaan memerlukan penjagaan sama seperti yang diperlukan oleh manusia.

6. Menyemai sikap kasih sayang

Haiwan peliharaan adalah cara terbaik untuk menyemai sikap kasih sayang terhadap makhluk lain dalam diri kanak-kanak. Mana tidaknya, setiap pagi bangun tidur atau ke tadika akan memeluk dan mencium kucing tersayang. Pengalaman ini memberikan kesan positif kepada sikapnya.

Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada anjing dan kucing sukat mendapat alahan berbanding mereka yang tidak memiliki haiwan peliharaan di rumah.




Friday 13 October 2017

October 13, 2017 0

JOM JADI AHLI




TAHNIAH!!!!!

Anda sudah membuat satu keputusan yang tepat dengan mendaftar sebagai ahli atau Pengedar Shaklee dan menjadi sebahagian daripada keluarga Crystal Empire.

Kami mengalu-alukan kedatangan anda.

HUBUNGI 013-9255188 sekarang!!!

Bagaimana Mendaftar Ahli atau Pengedar Shaklee?

Kelayakan Menjadi Ahli atau Pengedar Shaklee:-

1. Berumur 18 tahun dan ke atas.
2. Warganegara Malaysia dan bermastautin tetap
3. Masuk secara berpasangan (suami isteri) atau berseorangan


Terdapat DUA cara untuk mendaftar sebagai ahli atau pengedar shaklee iaitu;-

1. Daftar keahlian dengan RM65
2. Daftar keahlian dengan PERCUMA dengan pembelian RM700 atau bersamaan 200uv.
    (Daftar percuma, tidak perlu bayar RM65 dan nikmati Cash Bonus RM 32+- pada bulan              berikutnya)


Maklumat ahli atau pengedar shaklee yang diperlukan untuk pendaftaran;-

1. Nama Penuh (Seperti ic)
2. No. Kad Pengenalan
3. No. Handphone
4. Alamat Surat Menyurat (P.O.Box tidak digalakkan)
5. Email
6. Bank dan No. Akaun Bank (Untuk bayaran Cash Bonus)
7. Nama Penuh Pasangan (Suami)
8. No Kad Pengenalan Suami


Bayar dan saya akan daftarkan anda dengan SEGERA!

Butiran pembayaran;
Bank: Maybank
No. Akaun: 157167106468
Nama Pemilik Akaun: Nabilah Binti Azhar
Email: nabieylahazhar@gmail.com

Selepas membuat pembayaran, email/pm di facebook/whatsapp bukti pembayaran ke 013-9255188


Setelah pembayaran diterima, saya akan memproses pendaftaran anda.

MUDAH KAN?

Sertai kami SEKARANG!


October 13, 2017 0

GULA DALAM DARAH TURUN SETELAH AMALKAN VIVIX

Saya SEDIH😭

Sedih sangat bila ibu kena kencing kencing manis..
Kesian ibu terpaksa ulang alik ke hospital..

Yang paling tak best bila ibu kena cucuk insulin sendiri..
Kesian kaki ibu ada luka-luka kena cucuk jarum..
Tak sanggup saya nak tengok..

Ibu terpaksa kawal makan
Ibu dah KURUS!!!

Saya SEDIH😭

Suatu hari saya nampak iklan PENAWAR GULA TINGGI DALAM DARAH.

Tak tahu kenapa saya terus kontek nombor BIEY  013-9255188 untuk beli penawar tu.

Biey kata kat saya,penawar ni bukan UBAT tapi SUPLIMEN.
Saya tak kisah lah, asalkan ibu sihat.

Ibu cuba ambil penawar ni selama seminggu 
Bila ibu pergi check up, doktor TERKEJUT!!!

Doktor macam tak percaya bila gula dalam darah ibu dah jadi normal.
Sebelum ni asyik belas belas je.

Mustahil pesakit kronik macam ibu boleh dapat result bagus macam ni.

Alhamdulillah, penawar ni memang BERKESAN turunkan paras gula dalam darah.

Saya dah janji dengan ibu nak beli lagi penawar ni..
Saya nak ibu sihat..
Saya nak ibu nikmati hari-hari tua dengan gembira..
Saya tak sanggup kehilangan ibu macam mana yang berlaku pada ayah dulu..

Saya sanggup buat apa saja asalkan ibu SIHAT..

Kalau korang nak tahu, penawar ni namanya VIVIX..
Saya beli dari pengedar Shaklee namanya Biey..

Kalau korang nak order juga, boleh kontek je Biey..
Tolong doakan juga supaya ibu saya cepat sihat ye..

Jadi, kepada anda yang sedang mencari ikhtiar bagi membantu merawat gula dalam darah, boleh la hubungi Biey ni.




Bukan je servis bagus, tapi juga ramah dan sangat membantu.

Jangan lupa save no Biey ni tau. Nak senang boleh je whatsapp beliau.

BIEY 013-9255188

www.wsap.my/60139255188

Wednesday 11 October 2017

October 11, 2017 0

5 KEPENTINGAN PLASENTA






Plasenta merupakan organ tubuh sementara yang datang bersama janin, dan menghubungkan anda dengan janin di dalam rahim. Plasenta terdiri daripada 200 lebih pembuluh darah halus yang terbentuk sejak minggu pertama kehamilan. Bentuknya lengkap pada usia kehamilan 16 minggu. Peranannya tidak boleh dianggap mudah kerana keadaan kesihatan janin sangat bergantung kepada plasenta ini. Antara kepentingan plasenta adalah seperti berikut:


1. SUMBER NUTRISI JANIN

Plasenta menghantar zat gizi bagi proses pertumbuhan janin sejak minggu pertama hingga lahir. Plasenta mengolah bahan mentah makanan yang dibekalkan ibu sebelum mengalir ke tubuh janin. Seterusnya menghantar oksigen daripada ibu kepada janin.

2. MEMBUAT JANIN JADI LEBIH BERSIH

Plasenta menbantu membuang zat-zat sampah, seperti karbon dioksida dan air kencing dari tubuh janin.

3. MENJAGA DAYA TAHAN TUBUH BAYI

Vitamin yang dimakan oleh ibu akan masuk ke tubuh bayi melalui plasenta, sehingga bayi memperoleh kekebalan tubuh dan antibodi terhadap penyakit. Kekebalan tubuh itu dapat bertahab hingga usia bayi empat bulan setelah dilahirkan.

4. PENYARING ZAT BERBAHAYA

Zarah-zarah dari luar seperti zat toksik dan bakteria, akan ditahan oleh plasenta. Ia mampu membentuk pertahanan daripada jangkitan dan ubat-ubatan tertentu.

5. MENYEMBUHKAN PENYAKIT

Plasenta mengandungi sel induk darah tali pusat yang ketika ini disarankan untuk disimpan di bank tali pusat. Ia mampu membantu menyembuhkan penyakit bayi dan keluarganya, seperti penyakit kelainan darah dan beberapa jenis kanser.




October 11, 2017 1

CARA ATASI KEPUTIHAN PALING BERKESAN TANPA PANTY LINER LAGI





Keputihan di kalangan wanita adalah normal. Ia boleh terjadi kepada wanita yang belum berkahwin, sudah berkahwin mahupun wanita hamil.

Keputihan yang normal biasanya berwarna jernih ataupun keputih-putihan dan bersifat melekit. Ia tidak berbau busuk.  Ibu yang hamil lebih cenderung mengalaminya. Keputihan begini tidak perlu dirisaukan.
SEBAB ATAU FAKTOR BERLAKUNYA KEPUTIHAN

1. Ketidakseimbangan hormol.
2. Kurang menjaga kebersihan.
3. Kurang menjaga pemakanan.
4. Pemilihan material panties yang tidak sesuai.
5. Memakai panties dalam tempoh yang lama.

CARA MERAWAT KEPUTIHAN

Antaranya:

1. Elakkan memakai seluar dalam sebaik sahaja membuang air kecil kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman.

2. Gunakan tuala wanita jenis pakai basuh (cloth pad) semasa datang haid kerana ia bersifat semulajadi dan bebas kimia.

3. Gunakan pencuci wanita sebanyak 2 kali sehari sahaja setiap hari. Penggunaan yang kerap boleh menyebabkan PH pada faraj tidak seimbang.

4. Mengamalkan Set Keputihan Shaklee yang terdiri daripada:

GARLIC COMPLEX


Garlic Complex merupakan anti biotik dan anti kulat semulajadi yang berupaya menentang jangkitan kuman pada faraj dan membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.

Jika keputihan terlampau banyak, dicadangkan untuk masukkan 1 biji Garlic ke dalam faraj anda.


ALFAFA COMPLEX


Alfafa Complex merupakan raja tumbuhan yang kaya dengan klorofil yang bersifat antikulat. Di peringkat awal pengambilan, keputihan akan keluar lebih banyak daripada sebelumnya, tetapi teruskan seperti biasa sehingga ia berkurangan.

GLA COMPLEX


GLA Complex mampu menghalang bakteria daripada terus merebak dan menstabilkan hormon.

Cegahlah sekarang sebelum terlambat. Untuk mendapatkan konsultasi secara percuma atau sebarang tempahan, boleh hubungi Biey.

BIEY 
CALL/SMS/WHATSAPP
www.wsap.my/60139255188


Tuesday 10 October 2017

October 10, 2017 0

3 SEBAB TIDUR BERBANTALKAN LENGAN SUAMI LEBIH TENANG DAN DIULIT MIMPI






Tidur berbantalkan lengan suami lebih tenang dan lena? Betul ke? Fasa pertama perkahwinan iaitu 5 tahun pertama, tak mustahil nak tidur berbantalkan lengan suami. Mood bulan madu masih hangat, dakapan mesra masih menjadi satu kenikmatan.


Melepasi fasa pertama perkahwinan, berapa ramai pasangan suami isteri masih bertahan. Dengan tidur berbantalkan lengan suami? Rimas, ketiak suami bau masam.. hmm itu dah jadi satu kemestian isu berbangkit.

Jangan tak tahu, tidur berbantalkan lengan suami ada banyak kelebihan yang dalam tak sedar akan anda peroleh manfaatnya.

BAU PHERO (PHEROMONE) ITU SENJATA KETENANGAN WANITA

Statement ini bukan melampau. Tapi dah pun dibuktikan secara kajiannya, pada ketiak suami ada sejenis bau yang dipanggil phero. Fungsinya ia boleh mengaktifkan hormon isteri sehingga membuatkan mereka tenang dan lebih selesa.

Tapi pastikanlah suami anda mandi dulu malam sebelum tidur ya. Kalau tidak bukan phero yang keluar… pengsan lagi ada.

TANDA ISTERI MEMERLUKAN SUAMI SEBAGAI PELINDUNGNYA

Suami yang membenarkan isterinya tidur di atas lengannya dari malam sampai ke pagi tanpa merungut letih, memang suami yang hebat. Terserlah sifat pelindung dan penyayangnya terhadap isteri.

Suami anda lebih hebat andai tidak merungut malah merelakan lengannya dijadikan bantal walaupun sudah berkahwin lebih 15 tahun. Dia bukan sekadar romantis malah suami yang sukar anda temui di mana-mana. Jadi, jagalah baik-baik ya wahai isteri. Jangan sampai terlepas!

HINDARI KONFLIK SUAMI ISTERI

Anda yang tidur mendakap suami dan berbantalkan lengannya, berbahagialah sebagai pasangan suami isteri. Selain tidur yang lebih lena, hubungan kemesraan itu sebenarnya telah terikat dengan rapi.

Biarpun konflik melanda, anda sudah memahami pasangan dan tahu bagaimana mahu selesaikannya. Suami juga lebih selesa dengan sikap isteri yang lebih setia dan taat padanya. Bukankah mudah sebenarnya mahu menenangkan hati suami mahupun isteri yang sedang merajuk. Dakap saja pasangan dan tidurlah dalam posisi yang disarankan ini.

Jangan sesekali meletakkan usia perkahwinan sebagai halangan. Seharusnya semakin lama hidup bersama, semakin romantis pasangan suami isteri itu. Jika belum jumpa… carilah jalan perdamaian agar CINTA sentiasa subur dalam rumah tangga kalian. Melalui posisi tidur berbantalkan lengan suami ini pun boleh jadi langkah permulaan yang baik. 

Kredit Kepada: Mingguan Wanita

October 10, 2017 0

TELUR JUICY SPICY VIRAL, SIAPA YANG TENGOK MESTI RASA NAK CUBA BUAT

First time Biey dengar resepi telur juicy spicy ni. Katanya viral dalam bulan lepas. Maaf la hampa oiii.. Cheq baru tahu. Nampak sangat tak ambil port pun pasal gosip, apa yang viral ni semua 😝😝

Ini pun secara tak sengaja terjumpa resepi ni. Jadi apa lagi? Jom la kita cuba buat. Sejauh mana sedapnya resepi telur juicy spicy ni. Heheh...

Sebenarnya tak susah pun. Alaa goreng telur macam yang biasa kita buat tu. Bila-bila pun boleh buat. Resepi ini merupakan perkongsian daripada facebook Hani Pembor. Katanya khas untuk penggemar telur.

BAHAN-BAHAN TELUR JUICY SPICY

Telur
Kicap
Cili potong
Limau Nipis

CARANYA:

1. Telur tu goreng lembik-lembik. Biasa orang rebus 3 suku pun boleh, tapi resepi kali ni gorenv lagi boommm.. Serius.

2. Letak kicap. Saya pakai kicap manis Jalen.

3. Letak cili potong.

4. Perah asam limau nipis.

Last...

Gaul-gaul sikit. Masuk mulut telur dengan cili sekali. Kecur air liur tengok lime tu! Memang juicy, hot spicy.

Rasa dia memang pergiiiii!! Cannot describe. Rasalah sendiri. Suami saya mula-mula tak nak, sebab dia memang tak suka makan telur, tapi sekali suruh rasa. Nak lagi pulak, tak cukup 3 biji. 😅





Perggghhhh... Tengok gambar dia pun dah buat Biey telan air liur ni. Oh my! Oh my!!! Esok nak cuba buatlah.

Selamat mencuba korang!!!


Kredit To: FB Hani Pembor-


October 10, 2017 0

KEGUGURAN BERULANG BUKAN BERMAKNA TIADA REZEKI

Rasa tak best, tak lengkap, tak seronok kalau tak share dengan korang tentang kebaikan ESP ni. Mana taknya, ESP ni bukan sahaja diambil bagi wanita yang ingin menyelesaikan masalah kulit tapi juga bagi wanita yang sedang ikhtiar untuk hamil.

Tak percaya? Jom baca perkongsian daripada Kak Nur yang sudah beberapa kali mengalami keguguran berulang.




Dulu cinta pertama saya bersama Shaklee bermula dengan ESP. Pada 2013, saya mengalami keguguran berulang. Jadi my BFF pun suggest untuk try ESP untuk kembalikan kesihatan badan & rahim. 

Mula-mula tu teragak2 juga nak cuba. Tapi bila dengar banyak testimoni best so saya pun beli lah setong ESP. Bermula dari itu sehingga kini berpuluh-puluh tong ESP dah saya beli. Puas hati sangat dengan ESP. Dahlah besar tong dia tau! Boleh guna lama. 😘

Bagi masalah saya, minuman protein ESP ini telah membantu cepatkan penyembuhan luka dalam rahim saya yang baru lepas mengalami keguguran. Ia juga bantu untuk kuatkan kembali otot rahim. 

Badan pun rasa lebih bertenaga lepas minum ESP. Sebagai bonus, kulit pun menjadi semakin sihat. Gebu tau! 😉

Syukur atas kurniaNya, saya juga dapat hamil kembali selepas amalkan vitamin shaklee & kandungan pun sihat. Kini saya adalah ibu kepada 3 cahaya mata. 

Itulah kisah pertama saya mengenali Supplemen Shaklee. Sehingga kini saya adalah pengguna setia ESP serta lain2 produk Shaklee. Jatuh Cinta sangat! 😍

Jadi, kepada yang sedang ikhtiar untuk hamil, apa kata korang cuba ESP ni? Bila sel kita sihat, insyaAllah organ-organ pembiakan pun akan sihat. Mudah la nak lekat! InsyaAllah semuanya dengan izin Allah.

Nak dapatkan harga yang super jimat dan berbaloi-baloi? Meh order ESP dengan Biey sekarang.

Beli 4 dapat diskaun 5%.

Hubungi Biey sekarang untuk order.

CALL/SMS/WHATSAPP 
www.wsap.my/60139255188