Berikut adalah antara manfaat-manfaar yang diperoleh jika ibu membenarkan si manja memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan.
1. Meningkatkan keyakinan diri
Apabila haiwan peliharaan bermain bersamanya, anak-anak akan berasa diri lebih dihargai. Dengan ini, keyakinan diri si kecil dipengaruhi oleh perasaan positif yang terbentuk oleh haiwan peliharaannya.
2. Prihatin kepada orang lain
Si kecil juga didedahkan dengan sikap bersimpati, menghormati pendapat dan perasaan orang lain serta bertimbang rasa. Mana tidaknya, jika kucing lapar, si kecil akan memberikan makanan dan minuman. Jika perilaku kucing nampak kelainan, si kecil tahu bahawa 'teman kesayangannya' sakit.
3. Mendidik
Anak yang diberi kebenaran untuk menjaga haiwan peliharaan dari kecil dilihat lebih berkeyakinan diri, pandai berkongsi, bekerjasama, bersifat berbelas kasihan, lembut hati dan sentiasa sedia kongsi kegembiraan.
4. Terapi emosi
Terapi emosi yang sangat baik untuk si cilik. Ini kerana ia memelihara seekor kucing umpama memiliki seorang sahabat yang baik dan setia. Malah ia akan lebih membuatkan suasana yang menyeronokkan buat si cilik apabila melayan kerenahnya.
5. Sikap tanggungjawab
Biarpun penjagaan kucing dilakukan oleh ibu bapa, namun ia mengajar anak anda erti sikap tanggungjawab. Anak anda akan menyedari bahawa haiwan peliharaan memerlukan penjagaan sama seperti yang diperlukan oleh manusia.
6. Menyemai sikap kasih sayang
Haiwan peliharaan adalah cara terbaik untuk menyemai sikap kasih sayang terhadap makhluk lain dalam diri kanak-kanak. Mana tidaknya, setiap pagi bangun tidur atau ke tadika akan memeluk dan mencium kucing tersayang. Pengalaman ini memberikan kesan positif kepada sikapnya.
Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada anjing dan kucing sukat mendapat alahan berbanding mereka yang tidak memiliki haiwan peliharaan di rumah.
No comments:
Post a Comment