Thursday 21 December 2017

December 21, 2017 0

GOUT: GEJALA, PUNCA DAN LANGKAH PENCEGAHAN

Alhamdulillah. Tamat sudah kelas Gout bersama Cikgu Haida dalam Team Bintang malam ni. Sedar atau tak, penyakit gout ni boleh menyerang sesiapa sahaja, tak kira lelaki mahupun wanita, tua atau pun muda.
Semuanya berisiko untuk mendapatnya.

Jadi, jom Biey kongsikan serba sedikit mengenai penyakit gout, simptom, dan cara mengawal simptom-simptomnya.

APA ITU PENYAKIT GOUT?

Gout adalah sejenis penyakit yg disebabkan oleh asid urik yg berlebihan. Asid urik merupakan sejenis bahan kumuhan yg berasal dari protein yg dipanggil purin. Biasanya asid urik ini akan dibuang bersama air kencing(urine). Tetapi, bagi penyakit gout, asid urik yg berlebihan tidak dapat dikeluarkan menyebabkan ia terkumpul disendi-sendi.

Biasanya asid urik akan masuk ke dalam darah dan pergi ke buah pinggang lalu di tapis dan di buang melalui air kencing. 

Jika badan terlalu banyak menghasilkan purine tetapi tidak dikeluarkan kandungan asid urik akan jadi tinggi yang dipanggil sebagai 'hyperuricemia'.

Bacaan normal bagi asid urik
- 2mg/dl - 4mg/dl

Berjaga jaga
- melebihi 7mg/dl utk lelaki
- melebih 6mg/dl utk wanita

Bahaya
- melebihi 10mg/dl

GEJALA/ SIMPTOM PENYAKIT GOUT

Antara gejala yang boleh dikenal pasti apabila diserang penyakit gout adalah:
  • bengkak pada sendi (biasanya ibu jari kaki/tangan, pergelangan kaki, lutut, siku)
  • merah dan berasa panas dibahagian tersebut
  • rasa berdenyut pada bahagian tersebut
  • bengkak yang kadang kala kelihatan seperti ada kapur berwarna putih
  •  rasa sakit yang teramat sangat
PUNCA PENYAKIT GOUT

Antara punca penyakit gout adalah:

➡ Gaya hidup yg tidak sihat = kurang bersukan/ pergerakkan.

➡ Obesiti = biasanya berat badan yg melebih 66kg lebih berisiko mendapat penyakit gout.

➡ Penyakit, tahap kesihatan & ubat = penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes, jantung biasanya akan mempengaruhi kandungan darah dalam badan dan ia turut mempengaruhi kandungan asid urik dalam darah yg boleh menyebabkannya tidak dapat diproses dengan semulajadi.

➡ Genetik = 1/4 pesakit datang dari keluarga yang ada penyakit Gout

➡ Pemakanan yang tidak sihat & seimbang = mereka yg terlalu suka makan makanan yg  mengandungi bahan tiruan, makanan yg tinggi asid urik juga adalah penyumbang utama penyakit.

LANGKAH PENCEGAHAN

Gout boleh sembuh sekiranya kita benar-benar mengambil langkah berikut :-

1. Pemakanan
❌ Elakkan makan 
- organ dalaman haiwan, ikan bilis, kembung & sardin
- daging cincang/daging proses/ makan daging secara berlebihan
- makanan yg bercengkerang spt ketam, udang, kerang

❌ Kurangkan makan
- asparagus, cendawan, bayam
- semua jenis kekacang
- roti jagung & bijirin
- makanan proses

2. Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik

3. Kawal berat badan

4. Minun air dengan kadar yang banyak untuk membantu proses penyingkiran asid urik.

5. Bersenam

APAKAH SUPPLEMEN YANG DICADANGKAN UNTUK MEMBANTU PESAKIT GOUT?

1. Vivix 

Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakan pembentukan mitochandria di dalam sel, melambatkan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel.

2. Alfafa Complex

Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pesakit memerlukan pengambilan air yang banyak untuk tujuan detoks.

3. Omega Guard

Minyak ikan yang mengandungi Omega 3. Ia adalah bagus untuk mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.

4. Performance Drink

Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang mencukupi agar tidak berlaku dehidrasi.




Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Gout Shaklee ni, boleh hubungi Biey segera.

BIEY

CALL/SMS/WHATSAPP


Tuesday 28 November 2017

November 28, 2017 0

KISAH VIVIX YANG MEMBANTU PESAKIT BUAH PINGGANG YANG MENJALANI DIALISIS SIHAT SEMULA

Assalamualaikum semua. 
Hari ni Biey ingin berkongsi satu kisah yang menyayat hati bagaimana Vivix telah membantu seorang pesakit buah pinggang berpangkat ibu yang menjalani dialisis.
Testimony Credit kepada : FB Hawatif Ali & S2U Families
Kisah PANJANG! Kejayaan – VIVIX
Baca habis untuk testimoni best ini!
————————————–
Satu hari saya tergerak hati untuk singgah dan ziarah seorang makcik yang dikhabarkan sakit teruk. Kali terakhir saya jumpa semasa perkahwinan anak beliau, masa tu dia boleh berjalan dengan baik dan dikhabarkan semakin pulih dari masalah Gout. Saya singgah dan masuk rumahnya. Kelihatan seorang perempuan terbaring mengiring, dibelakangnya ada kipas angin untuk mengeringkan luka dibelakang badan akibat baring terlalu lama.
Ya Allah, teruknya makcik ni. Makcik ini adalah asnaf miskin, terlantar atas sebab menderita sakit buah pinggang kesan daripada terlalu kerap mengambil suntikan dan pain-killer untuk melegakan sakit Gout.
Keadaan beliau amat lemah, hanya mampu terbaring, makan bubur dan bersuap, terpaksa didukung untuk ke tandas dan ke mana-mana sahaja. Keadaannya semakin teruk disebabkan kesan dialisis yang menyebabkan badan beliau semakin lemah, kurang selera makan, mudah demam dan selsema.
Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu, saya datang ziarah lagi. Tapi niat untuk hantar Nutriferon untuk anak dan cucu lelakinya yang kerap demam dan selsema. Beliau hanya mampu beli 5 paket dan saya beri beberapa paket tambahan untuk kegunaan beliau.
Saya masuk ke rumah dan lihat makcik dah begitu kurus, lemah dan tidak bermaya. Dalam perbualan kali ini, sambil menitiskan air mata.

“Man, tolonglah makcik ini. Carikan ubat untuk sakit makcik ni. Makcik dah tak tahan, sakit sangat. Tolonglah Man.”
Jawap saya – InsyaAllah, saya akan ikhtiarkan. Kalau ada nanti saya bagi tahu makcik. Sebelum balik, dipesannya sekali lagi. “Man, tolong makcik pasal ubat tu ya.” InsyaAllah – jawab saya.
Saya terfikir, saya nak bagi makcik sebotol VIVIX. Tapi dengan keadaan kewangan yang begitu, saya tak rasa makcik ni mampu membeli sebotol VIVIX yang berharga RM4++. Akhirnya Allah buka jalan, dan Alhamdulillah saya mampu belikan sebotol VIVIX untuk makcik ni. Saya hantar VIVIX sebelum Ramadhan, tahun 2015. Masa ni, keadaan makcik sangat lemah.
Dia didukung oleh anaknya untuk membolehkan dia bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Hatta duduk pun dia tidak mampu. Hanya mampu terbaring. Saya beri penerangan pada anak-anaknya tentang VIVIX, ini sebagai ikhtiar. Moga ALLAH permudahkan urusan yang lain. Makan satu sudu setiap hari dan saya berpesan pada makcik, jika doktor tanya cakap makcik sekarang makan buah-buahan je. Makcik setuju dan mengangguk lemah. Saya terpaksa beredar sebab ada urusan lain.
Sejak dari itu, saya tak berkesempatan untuk menghubungi anak-anaknya untuk bertanya khabar. Sepatutnya, saya datang ziarah selepas 2 minggu tetapi, masa tidak mengizinkan. Akhirnya saya sempat datang sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri, tahun 2015.
Ada beberapa orang yang menginfakkan duit raya dan saya serahkan kepada beliau. Ketika itu saya lihat makcik sedang duduk di atas kerusi. Saya hanya serahkan duit tanpa borak panjang. Selepas solat hari raya Aidilfitri, saya singgah untuk bertanya khabar. Alangkah terkejutnya saya bila saya lihat makcik tengah sarapan pagi dan beliau memegang pinggan dan makan sendiri.
Keadaannya 100% berbeza dengan apa yang saya jumpa sebelum puasa. Beliau bercerita, dia dapat rasakan semakin sihat, bertenaga dan tidak lagi rasa sakit-sakit badan, demam, selsema serta mampu berdiri dan berjalan dengan bantuan anak-anaknya. Perbualan kami tak lama, sekadar 10 minit sahaja. Selepas itu saya pun pulang kerumah.
Atas pelbagai urusan, saya tidak dapat datang beraya bersama keluarga. Habis Syawal, saya balik ke kampung dan mak bercerita. Dia ada berjumpa makcik ni dalam satu majlis di kawasan kampung dan makcik ni cakap pada mak saya.
“Alhamdulillah Hajjah. Ubat yang Aman bagi tu mujarab sangat. Sekarang dah mampu keluar rumah, jalan sana-sini dan tidak lagi menahan sakit.”

Sebelum pulang ke Seremban, kami sekeluarga singgah ke rumah makcik. Memang kehidupan makcik sekeluarga berubah setelah memakan sebotol VIVIX. Kesihatannya semakin baik, luka kesan dialisis di leher telah ditukar semula di tangan. Luka juga semakin cepat kering. Doktor bagi tahu, bacaan darah beliau dah cantik, badan bertenaga, makin sihat dan kuat.
Baru-baru ini saya berjumpa anak lelakinya dan dia bercerita yang kesihatan maknya semakin baik dan positif.
Inilah kisah VIVIX buat asnaf miskin yang menderita sakit buah pinggang. Alhamdulillah, saya bantu mana yang mampu. Kini beliau masih mengambil VIVIX dan ESP. ESP diminum setiap pagi untuk beliau lebih bertenaga dan Alhamdulillah tiada kesan sampingan kepada buah pinggang dan gout.
Asalnya makcik ini kerap mengambil suntikan dan pain-killer kerana masalah gout. Alhamdulillah, dengan asbab sebotol VIVIX, ia membantu bukan sahaja kesihatan tapi kehidupan yang lebih ceria dan bahagia. Kini, makcik mampu tersenyum gembira dan ceria menghitung hari untuk menerima menantu. InsyaAllah.
Secara jujurnya, tiada apa yang lebih menggembirakan Biey apabila mengetahui keadaan pesakit atau pelanggan Biey bertambah baik daripada yang sebelumnya selepas mengambil suplimen. Biey doakan makcik ni dan customer Biey yang lain akan diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik selepas ini.
Bagi yang ingin tahu lebih lanjut mengenai Vivix dan order Vivix yang tengah promosi sekarang boleh hubungi Biey segera.
BIEY 013-9255188 atau tekan je link di bawah untuk direct whatsapp Biey.
November 28, 2017 0

SAKIT SINUS SEMBUH SERTA MIGRAIN DAN GASTRIK SEMAKIN BERKURANGAN SEJAK AMALKAN VIVIX

Sempena bulan ni merupakan bulan promosi Vivix, Biey suka sangat untuk berkongsi Shaklee Effect daripada mereka yang begitu setia dengan Shaklee daripada dulu sampai sekarang.  

Jom ikuti kisah beliau..

--------------------------------------------------------

Assalamualaikum wbt.

Saya Ayu Adyani Abdul Rahman berumur 33 tahun, dan berasal dari Kota Bharu. Saya bekerja sebagai guru dan memiliki 3 orang anak. Saya ingin berkongsi pengalaman saya menghidap penyakit sinus, migrain dan gastrik di tahap kritikal.

Antara simptom yang saya hadapi ialah bersin yang berpanjangan, bengkak muka dan migrain yang teruk sehingga muntah-muntah.
Saya juga kerap mengambil cuti sakit akibat daripada penyakit-penyakit ini. Saya telah menghidap penyakit ini sejak dari bangku sekolah lagi.

Untuk mengatasi masalah ini, saya kerap kali berjumpa dengan doktor, mengambil pain killer, PCM dan yang sewaktu dengannya. Saya juga pernah berjumpa dengan pakar neuro akibat masalah migrain yang teruk. Doktor memberi saya ubat-ubatan, pain killer dan ubat sinus pula perlu kerap diambil ketika sinus menyerang.

Saya mula megenali Shaklee selepas kelahiran anak yang ketiga ketika hadir ke sebuah kelas nutrisi anjuran Shaklee. Pakar nutrisi dalam kelas telah menjelaskan serba sedikit tentang kepentingan pengambilan supplemen tambahan Shaklee. Pulang dari kelas nutrisi, saya mula membuat kajian tentang Vivix, polifenol, resveratrol, dan juga antioxidant.

Saya mula mengamalkan Vivix sejak kelas nutrisi tersebut dan mengambil sekurang-kurangnya 2 sudu sehari dan kadang-kadang lebih kerana rasanya yang enak. Antara produk Shaklee yang turut saya ambil ialah ESP, Vitalea, Garlic Complex, B Complex, Omega Guard, Vitamin C, Alfafa, Ostematrix, Lecithin, Herblax, GLA Complex dan juga Vitamin E.

Di awal pengambilan supplemen-supplemen ini, saya mengalami "healing crisis" yang agak teruk seperti muka menjadi sembap, pening dan demam yang teruk selama seminggu. Setelah beberapa minggu, saya mula perasan jerawat batu mulai kecut, muka semakin OK, parut-parut semakin pudar dan tidak lagi didatangi selesema.

Kini setelah 2 tahun, Alhamdulillah saya tidak lagi didatangani sinus dan tiada lagi rekod MC akinay sinus. Migrain dan gastrik saya juga semakin berkurang dan bebas daripada PCM dan pain killer. Yeayy!! Dah dua tahun tak sentuh PCM. Saya masih lagi konsisten mengamalkan supplemen-supplemen ini dan sudah tak terkira berapa bilangan Vivix yang telah saya ambil.

Pesanan saya kepada anda ialah jaga kesihatan sebaik mungkin dan berikhtiarlah dengan cara yang paling selamat. Amalkan makan supplemen sebelum datang penyakit yang tidak diundang. Saya sangat berpuas hati dan berazam untuk membantu mereka yang ada masalah sama dengan saya untuk ikhtiar dengan Vivix dan supplemen lain juga. Kesihatan adalah nikmat yang perlu disyukuri dan dijaga! Bila sihat apa yang kita lakukan akan menjadi lebih bererti dan cemerlang!

Terima kasih Allah kerana telah menemukan saya dengan produk yang hebat ini. TQ juga kepada pakar nutrisi yang memberi penerangan dan terima kasih juga kepada encik suami yang banyak memberi sokongan. 

Credit To: Supermom Shaklee Story




Syukur kepada Allah kerana asbab ikhtiar dengan Vivix dan suplemen yang lain, akhirnya beliau dah bebas daripada penyakit beliau.

Jadi, kepada yang mengalami masalah yang serupa atau hampir sama dengan kisah yang dikongsikan, boleh la cuba ikhtiar dengan Vivix.

Hubungi Biey segera sebelum terlambat.

BIEY
CALL/SMS/WHATSAPP
November 28, 2017 0

10 TIP UNTUK MAK AYAH YANG NAK ANAK PINTAR DAN BERPERIBADI TINGGI





Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita nak yang terbaik untuk anak. Tak kiralah daripada segi peribadi, akhlak mahupun sahsiah diri mereka. 


Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, 10 tip untuk menjadikan anak lebih pintar dan berperibadi tinggi ini boleh diamalkan oleh ibu ayah yang mahukan anak cemerlang.

Pemakanan Sihat

Berikan makanan yang halal dan bernutrisi (toyyiban). Makanan yang natural dan dimasak sendiri. Galakkan mereka minum air mineral dan makan sayur/buah. Elakkan makanan yang mempunyai kalori yang tinggi (manis) seperti kek, coklat dan minuman dalam kotak.

Berkomunikasi

Banyaklah berkomunikasi dengan mereka. Bicara dengan penuh emosi. Jangan malu untuk berkomunikasi dengan cara mereka. Bercakap dengan nada, mimik muka, ketawa dan suara-suara yang mencuit hati mereka.

Bermain Dengan Anak

Bermain dengan mereka. Mereka ibarat anak-anak singa yang memerlukan pergerakan fizikal untuk menguatkan otot-otot tubuh mereka. Kita perlu pantau, dan bukan hanya berada di sisi. Memerhatikan keselamatan dan melihat perkembangan mereka. Mereka juga perlukan permainan minda. Soal jawab dengan mereka dan kita akan kagum dengan jawapan mereka. Kita bukan mahu jawapan yang betul, tetapi jawapan yang logik pada tahap pemikiran mereka.

Cuba bertanya “Kenapa kentut kita busuk?” Tentu kita dapat jawapan yang mencuit hati kita.

Layan Anak

Menyanyi bersama mereka. Dalam perjalanan yang jauh bersama keluarga kita boleh nyanyi bersama-sama, sama ada lagu kanak-kanak, lagu nasyid atau lagu patriotik. Mereka pasti mengenangkan pengalaman ini apabila mereka dewasa.

“Lagu ini lagu kesukaan bapa saya. Kami pernah nyanyi bersama-sama dalam kereta. Itu saat manis yang saya ingat. Selepas itu ayah saya sentiasa sibuk dan tiada lagi masa untuk saya”

Ajar Ilmu Baru

Bawa anak berjalan dan ajarkan ilmu baru. Ajak ke tepi rumah dan tunjukkan tumbuhan/haiwan kecil yang tidak pernah dia lihat. Berjalan di waktu malam, dan bertanyakan “mengapa bulan itu bulat?” Temani anak menonton TV. Bila anak menonton TV, luang masa bersama mereka walaupun hanya cerita kartun. Luangkan sedikit masa 10-15 minit untuk melayan emosi mereka ketika menonton.

Sebut Perkataan Baik-baik

Ucapkan perkataan yang baik-baik saja di hadapan mereka. Tegur mereka jika mereka menggunakan perkataan yang buruk. Selalu sebutkan perkataan “terima kasih, saya sayang awak” apabila dia melakukan perkara yang baik walaupun kecil. Ajar mereka dengan minta mengulangi perkataan baik depan kita.

Peluk Dan Cium

Selalu memeluk dan mencium anak. Peluk dan cium mereka paling kurang sehari sekali. Apabila kita baru balik rumah dan mereka telah tidur, peluk dan cium mereka juga. Jadikan rutin hidup. Mulakan dari kecil. Anak yang sentiasa dipeluk dan dicium selalunya akan mengikut kata kita.

Beri Perhatian  

Dengar rintihan mereka dan beri perhatian. Apabila mereka takut, kita dengar dan bantu. Tidak semua kanak-kanak akan memberikan respon yang serupa. Ada kanak-kanak yang menjadi kuat bila dibiarkan, ada kanak-kanak yang semakin lemah.

Kenalpasti Kebolehan Anak

Perhatikan kebolehan anak dan apa bakat dan kekuatan dia. Ada anak yang cemerlang dalam akademik, ada yang cemerlang dalam kemahiran pertukangan, ada yang cemerlang dalam komunikasi, ada yang cemerlang dalam sukan. Jangan memaksa anak untuk memenuhi cita-cita kita. Tetapi bantu anak memenuhi cita-cita mereka.

Ajar Lebih Dari Satu Bahasa

Perkenalkan lebih dari satu bahasa. Bercakap dengan mereka dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Arab, french, Spain etc. Mereka mudah mengingat perkataan-perkataan itu. Otak mereka seperti sponge.

Yang terakhir selalu doakan anak untuk menjadi manusia yang terbaik. Baca doa depan mereka supaya mereka dapat dengar.

Kecerdasan anak-anak tidak hanya bergantung kepada faktor genetik, tetapi cara kita mendidik mereka. Semoga bermanfaat.

Credit to : Pa & Ma

Sunday 26 November 2017

November 26, 2017 0

9 PANDUAN PEMAKANAN BUAT KANAK-KANAK OBES

Kanak-kanak yang daripada kecil sudah dibiasakan dengan amalan pemakanan yang tidak sihat sehingga menyebabkan berat badannya berlebihan berkemungkinan besar menjadi individu yang obes. Seterusnya, dia cenderung untuk mengalami masalah kesihatan di masa hadapan.

Pelbagai masalah kesihatan akan timbul disebabkan obesiti ni. Antaranya ialah penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, strok dan beberapa jenis penyakit kanser.

Dalam usaha memastikan anak tidak membesar sebagai seorang obes, anda perlu bersama-sama dengannya menjaga corak pemakanan hariannya. Berikut adalah apa yang patut anda lakukan bermula daripada hari ni!

1. Terap tabiat pemakanan sihat

Amalan pemakanan sihat perlu dimulakan sejak daripada awal. Langkah bijak ini mampu membantu anak anda memahami bahawa makanan yang berkhasiat sahaja perlu diambil setiap hari kerana ia penting untuk tahap kesihatan yang baik dan berpanjangan.

2. Tingkatkan pengetahuan makanan

Hal ini dapat anda lakukan dengan membaca bahan bacaan berkaitan  dan seterusnya berbincang dengan pakar kesihatan seperti doktor pakar kanak-kanak atau pakar dietetik.

3. Beri pilihan makanan sihat

Sediakan pelbagai pilihan makanan di rumah. Cara ini akan membantu anak anda belajar bagaimana membuat pilihan yang sihat. Anda boleh berbincang dengan pakar dietetik sekiranya kurang pasti tentang cara betul untuk memilih dan menyediakan hidangan makanan buat seisi keluarga. Sementara itu perlu anda tahu, sebahagian besar makanan dalam diet harian perlu datang daripada kumpulan bijirin.

Kumpulan susu dan daging perlu diambil secara sederhana. Makanan yang tinggi lemak dan gula pula harus diambil dalam kuantiti yang sedikit. Lemak pula tidak harus dihadkan dalam diet anak tetapi ada baiknya kurangkan jumlah pengambilannya.

4. Kurangkan lemak

Makanan yang mengandungi lemak harus dimakan dengan sederhana. Cara yang baik dalam mengawal kalori anak anda tanpa menghadkan nutrien lain ialah dengan menghadkan makanan bergoreng, menyediakan hidangan ayam tanpa kulit dan menggunakan daging tanpa lemak.

5. Galakkan makan secara perlahan.

Seorang kanak-kanak sangat mudah untuk berasa lapar. Apabila anda mengajarnya untuk makan secara perlahan-lahan, ia akan membantu dirinya untuk kekal rasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

6. Libatkan anak

Ketika membeli dan menyediakan makanan, libatkan sekali anak anda. Dengan melakukan aktiviti sebegini, anda boleh mengenalpasti makanan kegemarannya lantas dapat mengajarnya tentang pemakanan sihat.

7. Rancang waktu snek

Memakan snek secara berterusan boleh menyebabkan anak makan secara berlebihan. Walau bagaimanapun pengambilan snek secara berjadual tidak akan menganggu selera nakannya. Untuk itu, sediakan snek sihat tanpa buah-buahan segar, buah-buahan kering, kekacang dan lain-lain untuk sesi makan pagi dan minum petang.

8. Tunjukkan teladan yang baik

Tunjukkan teladan yang baik kepada anak anda dengan menyediakan pelbagai pilihan makanan sihat. Dalam pada itu, anda sendiri perlu kekal aktif agar dapat mengajarnya tentang gaya hidup sihat.

9. Hadkan pengambilan makanan tertentu

Kanak-kanak tidak patut dipaksa untuk mengehadkan pengambilan makanannya bagi menurunkan berat badan melainkan di atas pemantauan pakar dietetik. Adalah berbahaya sekiranya pemakanannya dihadkan tanpa ada pengetahuan yang tepat kerana ia boleh menganggu pertumbuhan dan tumbesarannya.

Saturday 25 November 2017

November 25, 2017 0

RASA LETIH SEBAB MENYUSU, 4 MAKANAN TAMBAH TENAGA INI IBU BOLEH AMALKAN

Ibu rasa letih sebab menyusu bayi? Ya ada benarnya. Secara logik, ibu berkongsi makanan dengan bayi ketika menyusukan kerana segala sesuatu yang ibu makan bertukar menjadi susu untuk bayi anda. Itulah sebabnya mengambil makanan berkhasiat dan bervariasi bukan sahaja penting ketika ibu hamil, tetapi juga ketika sedang menyusu.

Tetapi perkara ini lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Apabila ibu menyusu selama berjam-jam, peluang untuk mengambil diet seimbang bukanlah keutamaan lagi. 

4 makanan yang membantu ibu-ibu mengurangkan rasa letih badan.

1) Oat

Cuba ibu tambahkan oat dalam diet harian. Selain kandungan serat yang tinggi, oat juga menyediakan magnesium, protein dan fosforus, tiga nutrien yang secara langsung mempengaruhi tahap tenaga, menjadikannya sebagai makanan ideal untuk memerangi keletihan.

Oat juga merupakan sumber vitamin B1 (tiamin), yang berperanan penting dalam penghasilan tenaga oleh badan.

2) Yogurt

Teksturnya yang lembut, membuatkan yogurt diproses dengan cepat menjadi tenaga berbanding makanan padat. Ia mengandungi probiotik – bakteria baik yang membantu mempertahankan ekosistem usus agar sentiasa sihat dengan melindunginya dari patogen dan membantu tubuh menyingkirkan bakteria berbahaya.

Kajian Universiti Toronto menunjukkan probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak.

Triptofan dikenali sebagai pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu merangsang tidur dan mempromosikan perasaan tenang, membantu mengatasi keletihan sama ada dari segi fizikal dan emosi.

3) Bayam

Sayur bayam sarat dengan kandungan nutrien penting yang membantu melenyapkan keletihan. Sayuran ini tidak hanya menjadi sumber terbaik daripada segi sumber zat besi, tetapi juga sangat kaya dengan magnesium dan kalium.

Zat besi memainkan peranan secara langsung dalam menghindari keletihan. Kadar zat besi yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan baik daripada aspek fizikal dan mental.

4) Kekacang dan biji-bijian

Biji labu, badam, kacang gajus dan kacang hazel mempunyai semua sumber magnesium yang membantu melawan keletihan otot.

Kandungan triptofan yang banyak ditemui dalam biji bijan, biji bunga matahari, biji labu, biji gajus, walnut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi yang secara langsung membantu meringankan keletihan fizikal.

Friday 24 November 2017

November 24, 2017 0

UBAT SENGGUGUT YANG PALING BERKESAN TANPA PERLU MAKAN PIL PINK LAGI




Senggugut ketika haid memang satu masalah normal di kalangan wanita. Yang membezakannya adalah sama ada senggugut tu teruk atau pun tidak. Dan Biey adalah termasuk dalam golongan yang teruk tu.


Memang setiap kali datang bulan, Biey akan mengalami senggugut yang teruk. Tapi tahap teruk Biey belum la sampai tahap muntah-muntah, pitam semua tu. Yang tu lagi teruk.

Cara mengatasi senggugut yang paling senang atau ubat senggugut yang selalu Biey ambil untuk bantu Biey kurangkan sakit tu adalah dengan mengambil pil menstrual yang warna pink tu. Memang yang tu jelah peneman setia Biey.  

Ok. Sebelum Biey share panjang lebar mengenai senggugut ni, tahu tak senggugut tu apa? Ok. Senggugut ni adalah rasa sakit yang dialami sebelum atau semasa datang haid. Senggugut ni mungkin akan berlarutan 2-3 hari.

Terdapat dua punca senggugut iaitu:
  • Senggugut primari – badan menghasilkan hormon prostaglandin yang menyebabkan rahim mengecut lebih kuat dari biasa. Ia biasa berlaku pada wanita yang belum berkahwin. Kerap menyerang pada hari pertama dan kedua haid. Anggaran lebih daripada 60% wanita mengalami senggugut primer. 
  • Senggugut sekunder – Senggugut jenis ini berlaku pada wanita yang sudah berumur dan masih subur. Biasanya ia disebabkan oleh penyakit endometrium, cyst ovari, tumor, fibroid ( bengkak pada rahim ), ada jangkitan pada rahim dan mereka yang menggunakan alat pencegah kehamilan.

Bagi masalah Biey, Biey adalah senggugut primari. Alhamdulillah, lepas bersalin, senggugut Biey terus hilang. Kalau tak dulu, suamilah yang tahu macam mana keadaan Biey bila kena senggugut. Siap berguling-guling semua la menahan sakit. Cara lain nak bagi kurangkan sakit tu adalah sama ada tuam dengan air panas atau tekap saterika dekat perut. Memang rasa sakit tu berkurang.

Buat pengetahuan anda, simptom-simptom senggugut juga berbeza antara setiap individu. Antara simptom-simptom senggugut adalah:
  • Rasa stress, tegang, resah
  • Perubahan perasaan, menangis
  • Mudah marah, tertekan
  • Jerawat naik (perubahan hormon dalam badan) 
  • Badan rasa letih, lesu
  • Peningkatan nafsu makan (rasa nak makan makanan yang manis seperti kek)
  • Sakit kepala, pening2
  • Loya, muntah2 
  • Sakit otot, sendi, payudara
  • Sukar fokus 
  • Cirit-birit
Jadi, bila anda dah tahu punca senggugut anda, boleh la cuba ikhtiar dengan Set Senggugut Shaklee ni. InsyaAllah sangat membantu anda untuk keluar dari belenggu masalah senggugut yang teruk setiap bulan.



Berminat untuk dapatkan Set Senggugut Shaklee ni? Boleh la menghubungi Biey segera.

BIEY 013-9255188

Atau tekan link di bawah






November 24, 2017 0

10 MITOS DAN FAKTA POPULAR MENGENAI KOLESTEROL DAN SAKIT JANTUNG





"KOLESTEROL MEMUDARATKAN BADAN ANDA!"

Mitos: Kenyataan ini mungkin mengejutkan tetapi kolesterol sebenarnya tidak memudaratkan. Malah ia merupakan  salah satu bahan yang dihasilkan oleh badan kita untuk memastikan kita kekal sihat. Tetapi terlalu banyak kolesterol dalam badan adalah memudaratkan kerana kolesterol boleh terkumpul dalam dinding arteri anda. Pengumpulan ini menyebabkan arteri anda mengeras dan menyempit secara beransur-ansur, seterusnya menyekat aliran darah ke jantung.

"PARAS KOLESTEROL TINGGI BERMAKNA ANDA MENGHADAPI RISIKO SAKIT JANTUNG"

Fakta: Jika terdapat terlalu banyak kolesterol dalam darah, anda menghadapi risiko sakit jantung dan penyakit kardiovaskular yang lebih tinggi.

"PARAS KOLESTEROL RENDAH SELALUNYA PETANDA YANG SIHAT"

Mitos: Tahap kolesterol darah yang tinggi meningkatkan risiko anda mengalami penyakit arteri koronari. Paras kolesterol yang lebih rendah umumnya lebih baik. Bagaimanapun, paras yang rendah kadangkala dikaitkan dengan pelbagai isu kesihatan lain. Jika paras kolesterol yang rendah berada di bawah kadar optimum yang disyorkan, dapatkan rundingan daripada doktor anda.

"ORANG YANG KURUS TIDAK MEMPUNYAI PARAS KOLESTEROL YANG TINGGI"

Mitos: Walaupun orang yang mempunyai berat badan berlebihan lebih cenderung menunjukkan paras kolesterol tinggi, namun orang yang kurus tidak semestinya rendah paras kolesterolnya. Pastikan anda memeriksa paras kolesterol anda dari masa ke semasa.

"ANDA PERLU BERPUASA SEBELUM MENJALANI UJIAN KOLESTEROL"

Mitos: Ujian darah membantu doktor mengesan masalah kesihatan tertentu dan menentukan sama ada badan anda berfungsi dengan baik. Doktor juga menggunakannya untuk menentukan sejauh mana sesuatu rawatan berkesan. Anda tidak perlu berpuasa sebelum menjalani semua ujian darah. Doktor akan memberitahu anda jika anda perlu berpuasa.

"BERTUKAR DARIPADA MENTEGA KEPADA MARJERIN AKAN MEMBANTU MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL SAYA"

Mitos: Seperti mentega, marjerin juga mempunyai kandungan lemak tinggi dan semua makanan berlemak perlu diambil secara sederhana jika paras kolesterol anda tinggi.

"OAT BOLEH MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL"

Mitos: Emping oat mengandungi serat larut yang membawa manfaat untuk mengurangkan paras kolesterol dalam aliran darah. Oat mengandungi bahan yang dinamakan beta-glukan iaitu serat yang larut air. Serat ini akan mencegah badan daripada menyerap jumlah kolesterol makanan yang berlebihan lantas menurunkan paras LDL. Maka, pengambilan oat secara kerap boleh diimbangi dengan pemakanan sihat lain demi menguruskan gaya hidup anda. Bagaimanapun, anda perlu berbincang dengan doktor untuk pilihan rawatan terbaik untuk menangani masalah yang dihadapi.

"ORANG YANG CERGAS TIDAK BOLEH MENGALAMI SAKIT JANTUNG"

Mitos: Walaupun anda mengamalkan gaya hidup sihat, kerap bersenam dan menjaga makan minum mempunyai faktor risiko sakit jantung tertentu yang lebih rendah, ini tidak bermakna anda langsung tidak perlu khuatir dan lepas tangan. Individu yang cergas daripada segi fizikal masih perlu memeriksa tekanan darah dan paras kolesterol mereka daripada masa ke masa sebagai langkah berjaga-jaga.

"PESAKIT JANTUNG PATUT KURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK SEBANYAK YANG MUNGKIN"

Mitos: Memang benar anda patut makan makanan yang rendah lemak tepu dan mengelakkan lemak trans. Tetapi lemak lain, terutamanya lemak tidak tepu dalam minyak sayuran dan makanan lain adalah baik untuk diet.

"SAKIT JANTUNG SEBENARNYA MASALAH KAUM LELAKI"

Mitos: Sakit jantung menyerang tanpa mengira jantina. Malah lebih ramai wanita berbanding lelaki yang meninggal dunia setiap tahun akibat sakit jantung sejak 1984. Sepertimana penyakit ini menjadi punca kematian utama lelaki, ia juga merupakan pembunuh utama wanita berusia lebih 65 tahun.

Wednesday 22 November 2017

November 22, 2017 0

SUKANYA RIZQI MAIN DEKAT KIDZOONA AEON MALL KOTA BHARU

Assalamualaikum dan hai....

Tengah buat apa tu? Hari ni Biey rasa nak share pengalaman Biey bawa si anak soleh Ahmad Rizqi ke Kidzoona di Aeon Mall Kota Bharu beberapa minggu lepas.

Sebenarnya, tu adalah pengalaman pertama kami suami isteri bawa dia ke situ. Sebenarnya tak plan pun nak bawa di masuk situ, tapi masa tengah pusing-pusing tu, ternampak la Kidzoona. Jadi, Biey pun apa lagi? Terus cakap dekat suami  "jom bawak Rizqi main dalam tu". 

Kalau ibu-ibu nak tahu, ada peraturan tertentu tau nak masuk dalam Kidzoona ni. Bukan terus masuk macam tu je. Nak masuk dalam kena bayar tau. Ini adalah senarainya.

ENTRANCE FEE

School Holiday RM18/person
Weekday RM12/person
Stocking RM3

Masa tu, tak tahu pun akan kena pakai stoking. Nasib baik anak soleh dan ibu memang dah pakai stoking. Abi je yang takde. So, jimat duit untuk stoking RM6. Haha..

Lepas tu, kalau nak tahu bayaran RM12 tak kira jam tau. Jadi, suka hati la nak masuk dan main berapa lama pun dalam tu. Tiada masa yang dihadkan.

Rizqi bukan main happy bila masuk dalam tu. Nampak sangat dia excited. Tak tahu nak main yang mana satu.


*BabyR masa dekat Sushi Bar*

Selain, ada macam shop kecil-kecil untuk anak-anak main, banyak lagi bahagian untuk mereka main. 

Ibu pun kemain excited tengok Rizqi main..


Lepas dah puas main dekat belah shop tu, tiba masa nak main yang lain pulak..

Tadaaa... Rizqi nak naik kereta dengan Abi..

Kidzoona ni memang luas sangat. Sesuai sangat untuk anak-anak main. InsyaAllah memang selamat.

Dalam ni juga ada bahagian untuk asah skill motor anak-anak. Ada mainan yang mengeluarkan bunyi dan lain-lain. InsyaAllah anak-anak memang takkan rasa bosan. Ibu-ibu boleh tinggalkan anak sekejap dengan bapanya kalau rasa nak pergi shopping sekejap..😀

Dalam ni juga ada playground section. Macam soopa doopa pulak. Sini ibarat kolam bola. Rizqi memang seronok sangat main dalam ni sampaikan tak nak keluar.



*Cuba cari mana Rizqi?*


*Bestnye ibu*

Bagi Biey, memamg berbaloi spend masa dalam Kidzoona ni dengan anak-anak. Selain tiada had masa, harga yang dibayar memang berpatutan. 

Cuma, satu je Biey nak pesan. Kalau nak datang sini, jangan lupa bawa stoking sendiri. Dah boleh jimat dah..

Nanti, jemput la bawak anak-anak pergi sini. Gerenti dorang akan happy!!!!

November 22, 2017 0

POWER PUMPING: KETAHUI TEKNIK YANG BETUL





Power pumping bukanlah satu perkara baru bagi anda yang sedang menyusukan. Namun begitu, masih ada lagi yang belum memahami teknik ini sepenuhnya. Antara persoalan yang sering diajukan ialah berapa kali perlu buat power pumping, bila masa yang sesuai, bagaimana untuk melakukan power pumping dan banyak lagi.

Matlamat Utama Power Pumping

Power pumping merupakan jalan atau antara cara yang boleh membantu anda memenuhi keperluan susu ibu yang mungkin sedang merudum atau tiada. Namun ada di antara ibu-ibu yang sangat ghairah mengumpul stok susu menjadikan power pumping ini sebagai aktiviti harian mereka. Maka untuk memeriksa apakah tujuannya, mari kita semak matlamat sebenar power pumping ini.

Idea utama di sebalik melakukan power pumping ini adalah sebenarnya mimik cluster feeding bayi agar payudara dikosongkan kerap dan cepat. Tindakan pengosongan payudara dengan pantas dan kerap ini akan memberi signal kepada otak agar payudara memproses penghasilan susu dengan lebih cepat.

Seperti yang kita lebih kerap payudara dikosongkan maka lebih banyak susu dihasilkan mengikut prinsip permintaan dan pengeluaran. Power pumping adalah salah satu cara yang bermanfaat kepada ibu-ibu mengamalkan memerag secara ekslusif (exclusive pumping mother) atau ibu yang hanya memberikan susu ibu melalui teknik perahan susu dan bukan penyusuan secara terus (direct feeding). Ini kerana ibu tidak mengalami proses cluster feeding daripada bayi, maka power pumping ini amat membantu.

Perlukah power pumping?

Sebelum mengambil keputusan melakukan power pumping, anda seharusnya memeriksa punca sebenar yang menyebabkan penghasilan susu menurun serta sebab anda memerlukan power pumping. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

Power pumping ini tidak disarankan untuk dilakukan secara sering (lebih daripada dua kali seminggu) kerana bimbang akan berlanjutan menjadi masalah lain seperti penghasilan susu berlebihan (over supply) sehingga menjadi bengkak susu dan tersumbatnya saluran susu atau juga dikenali sebagai blocked duct. Sekiranya masalah-masalah ini tidak diatasi dengan betul dan cepat, ia boleh saja menjadi mastitis (radang tisu payudara) dan mengakibatkan tisu payudara bernanah.

Sekiranya anda mengalami produksi susu yang menurun atau kurang, sebaik-baiknya perbaiki prinsip penyusuan iaitu tingkatkan penyusuan terus kepada bayi. Ia adalah rangsangan yang lebih semula jadi berbanding power pumping kerana produksi susu akan meningkatkan mengikut keperluan bayi dan bukan pam payudara. Tidak ada pam payudara yang boleh mengosongkan payudara sehebat hisapan bayi anda!

Sekiranya power pumping masih menjadi pilihan, sebaik-baiknya ia dilakukan sebelum tidur dan bukan bangun di tengah malam semata-mata untuk melakukan power pumping. Ini kerana badan ibu juga memerlukan istirihat yang cukup. Badan yang tidak cukup rehat juga akan menyebabkan menurun susu kerana ibu berada di dalam keadaan stres fizikal.

Teknik power pumping

Kebanyakan ibu-ibu sering melakukan power pumping pada waktu malam kerana kadar hormon prolaktin yang lebih tinggi berbanding siang. Power pumping mengambil kira-kira satu jam untuk melengkapkan satu sesi. Power pumping perlu dilakukan dengan pam payudara elektrik sahaja (sama ada tunggal atau berganda).

MENGGUNAKAN PAM PAYUDARA BERGANDA

Teknik ini ialah untuk anda yang menggunakan mesin perahan elektrik berganda (double pumping).
  • 20 minit memerah susu daripada payudara kiri dan kanan
  • 10 minit rehat daripada memerah
  • 10 minit memerah susu daripada payudara kiri dan kanan
  • 10 minit rehat daripada memerah
  • 10 minit memerah susu daripada payudara kiri dan kanan
Sekiranya ibu menggunakan mesin perahan elektrik tunggal (single), tekniknya adalah seperti di bawah.

MENGGUNAKAN PAM PAYUDARA TUNGGAL
  • 10 minit perahan susu payudara kanan
  • 10 minit perahan susu payudara kiri
  • 10 minit perahan susu payudara kanan
  • 10 minit perahan susu payudara kiri
  • 10 minit perahan susu payudara kanan
  • 10 minit perahan susu payudara kiri

Credit To: Pa & Ma

Tuesday 21 November 2017

November 21, 2017 0

VITAMIN UNTUK ORANG MENGANDUNG YANG SUPER BEST

Tahniah kepada bakal ibu dan bapa tak lama lagi!!!



Anda pasti tahu kan yang kehamilan adalah bukan berkaitan dengan diri sendiri sahaja tetapi juga bayi di dalam kandungan. Bukan ibu sahaja yang perlukan nutrien secukupnya tetapi bayi perlukan dapatkan nutrien yang secukupnya bagi perkembangan fizikal dan mentalnya. 

Ada kajian yang menyatakan bahawa yang kekurangan zat semasa dalam kandungan memberi kesan terhadap perkembangan minda apabila anak itu sudah besar nanti. Jadi, sebagai ibu bapa, sudah tentu kita mahukan berikan yang terbaik untuk anak kita kan?

Bekalkan kandungan dengan vitamin untuk orang mengandung yang super best daripada Shaklee ni. Sesiapa yang amalkan Shaklee memang pasti akan beri 10 bintang. Sebab apa? Sebab tiada vitamin lain yang terbaik seumpamanya.

Vitamin Shaklee sememangnya dibuktikan dengan kajian dan dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang memberi kesan terbaik kepada kesihatan. Kita sendiri sudah pasti tidak mahu bekalkan anak dalam kandungan bahan-bahan kimia kan?



Set Kehamilan Shaklee dah bantu ramai ibu mendapat kesan yang terbaik daripada pelbagai masalah kesihatan semasa hamil seperti kurang bertenaga, simpul biawak, kejang kaki, lenguh-lenguh badan, emosi tak stabil, muka yang bermasalah dan sebagainya. Alhamdulillah, dengan pengambilan yang konsisten, ibu-ibu tidak lagi mengalami peristiwa pedih ketika mengandung. Tempoh mengandung dijalani dengan perasaan teruja dan gembira.

Nak order? Whatsaplah ke 013-9255188 untuk terus tekan link di bawah:


November 21, 2017 0

PSORIASIS: PUNCA DAN CARA MENGAWALNYA

Psoriasis ni penyakit kulit dimana sel kulit menghasilkan lebihan kulit yang tebal, warna perak dan gatal, kering, dan bertompok merah.




Punca Psoriasis

Banyak kajian mengatakan punca kepada penyakit ini adalah genetik. Bermakna jika kita mempunyai penyakit ini, anak atau susur galur kita kemungkinan besar akan dapat jugak penyakit ini. Cuma yang membezakan teruk atau tidak sahaja.

Selain itu, ia juga berpunca daripada:

1) infeksi
2) alah kepada beberapa jenis ubatan kimia
3) mengalami tekanan
4) cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
5) perokok atau peminum arak tegar
6) Namun, pesakit psoriasis sangat bernasib baik kerana penyakit ini tidak menjejaskan hubungan intim suami isteri.

Gejala-gejala umum psoriasis meliputi bahagian kulit memerah yang terasa tebal kering dan bersisik, kulit pecah-pecah yang kadang-kadang boleh berdarah, kuku yang menebal dengan tekstur tidak rata serta sendi-sendi yang bengkak dan kaku.

Psoriasis Plak/Plaque
- Ini adalah jenis psoriasis yang paling umum terjadi.
- Jenis ini boleh menyebabkan ruam atau bahkan luka kering, merah, dan bersisik pada kulit yang disebut plak.
- Plak ini juga boleh terasa sangat gatal atau perih.
- Plak boleh muncul di bahagian tubuh mana-mana, terutama pada kulit lutut, siku, dan kulit kepala.
- Dalam kes yang teruk, kulit di sekitar sendi akan pecah-pecah dan boleh berdarah.
Psoriasis..

Psoriasis terjadi kerana gangguan sistem imun badan yang menyebabkan pertumbuhan sel-sel kulit lebih cepat iaitu 2 hingga 3 hari berbanding 21 hingga 28 hari dalam keadaan biasa. Proses ini menyebabkan sel-sel ini bergerak ke atas kulit dengan cepat

Walaupun psoriasis ni nampak macam boleh berjangkit tapi sebenarnya tak berjangkit ya. 

Biasanya ini akibat genetik tapi juga tidak mustahil disebabkan oleh persekitaran dan pemakanan.

Penjagaan diri dan pemakanan sangat penting utk penghidap psoriasis ni. Sebab kalau tidak  akan jadi teruk sampai masuk hospital dan kulit semua rosak.

Psoriasis adalah penyakit kulit tidak berjangkit. Punca sebenar penyakit ini, tidak diketahui tetapi kombinasi genetik dan persekitaran dikaitkan dengan penyakit psoriasis. Adakalanya (tetapi tidak semestinya) penyakit itu dibawa turun-temurun. Faktor-faktor yang menerukkan keadaan psoriasis adalah trauma (kecederaan dan selaran matahari), jangkitan (streptococcal, HIV), ubat-ubatan (lithium, perencat ACE, perencat beta, antimalaria, NSAIDS), merokok, alkohol, dan tekanan emosi.

Penyakit tidak boleh sembuh sepenuhnya tetapi ia boleh dikawal. Salah satu cara untuk mengawalnya adalah dengan mencuba Set Psoriaris Shaklee.



👉🏻 Omega Guard
membantu mengurangkan keradangan untuk mengawal rasa gatal, dan baik untuk memperbaiki struktur kulit. Disamping itu Omega Guard membantu mengurangkan risiko darah tinggi dan arthritis yang merupakan risiko kepada pesakit psoriasis.

👉🏻 GLA Complex
Membantu melegakan keradangan dan kegatalan kulit. GLA juga terbukti berkesan mengurangkan masalah kepada pesakit psoriasis, ekzema dan keradangan kronik. GLA juga mempromosi kesihatan kulit, kuku dan rambut.

👉🏻 B Complex
diperlukan kerana pesakit psoriasis kekurangan vitamin B untuk anti-stress (tekanan menambahkan gejala psoriasis), mengelak kegelisahan dan menyokong emosi lebih stabil.

👉🏻 Ostematrix
Psoriasis menyebabkan pertumbuhan sel-sel kulit yang terlebih aktif. Vitamin D boleh mengubah cara sel berkembang dan membantu melambatkan pertumbuhan mereka. Vitamin D membantu mengatasi tindak balas badan untuk keradangan yang berkaitan psoriasis.

👉🏻 ESP
membekalkan protein untuk pertumbuhan sel yang sihat.


👉🏻 Herbal Blend
Sapuan krim herba untuk kegunaan luaran. Membantu menjaga kelembapan kulit dan meredakan keradangan dan kerengsaan kulit.

👉Vivix

Vivix merupakan supplemen yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Ia membantu melindungi hingga ke tahap DNA & membantu penghasilan sel-sel baru yang lebih sihat.

Jom tengok kesan mereka yang cuba Set Psoriasis ni.



Jika anda masih tercari-cari produk yang sesuai bagi membantu mengawal penyakit psoriasis ni, cubalah ikhtiar dengan Shaklee.

Berminat untuk dapatkan Set Psoriasis? Hubungi Biey segera.

CALL/SMS/WHATSAPP


Cod Machang, Tanah, Merah dan sekitarnya.

Pos ke seluruh Malaysia