Matlamat Utama Power Pumping
Power pumping merupakan jalan atau antara cara yang boleh membantu anda memenuhi keperluan susu ibu yang mungkin sedang merudum atau tiada. Namun ada di antara ibu-ibu yang sangat ghairah mengumpul stok susu menjadikan power pumping ini sebagai aktiviti harian mereka. Maka untuk memeriksa apakah tujuannya, mari kita semak matlamat sebenar power pumping ini.
Idea utama di sebalik melakukan power pumping ini adalah sebenarnya mimik cluster feeding bayi agar payudara dikosongkan kerap dan cepat. Tindakan pengosongan payudara dengan pantas dan kerap ini akan memberi signal kepada otak agar payudara memproses penghasilan susu dengan lebih cepat.
Seperti yang kita lebih kerap payudara dikosongkan maka lebih banyak susu dihasilkan mengikut prinsip permintaan dan pengeluaran. Power pumping adalah salah satu cara yang bermanfaat kepada ibu-ibu mengamalkan memerag secara ekslusif (exclusive pumping mother) atau ibu yang hanya memberikan susu ibu melalui teknik perahan susu dan bukan penyusuan secara terus (direct feeding). Ini kerana ibu tidak mengalami proses cluster feeding daripada bayi, maka power pumping ini amat membantu.
Perlukah power pumping?
Sebelum mengambil keputusan melakukan power pumping, anda seharusnya memeriksa punca sebenar yang menyebabkan penghasilan susu menurun serta sebab anda memerlukan power pumping. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.
Power pumping ini tidak disarankan untuk dilakukan secara sering (lebih daripada dua kali seminggu) kerana bimbang akan berlanjutan menjadi masalah lain seperti penghasilan susu berlebihan (over supply) sehingga menjadi bengkak susu dan tersumbatnya saluran susu atau juga dikenali sebagai blocked duct. Sekiranya masalah-masalah ini tidak diatasi dengan betul dan cepat, ia boleh saja menjadi mastitis (radang tisu payudara) dan mengakibatkan tisu payudara bernanah.
Sekiranya anda mengalami produksi susu yang menurun atau kurang, sebaik-baiknya perbaiki prinsip penyusuan iaitu tingkatkan penyusuan terus kepada bayi. Ia adalah rangsangan yang lebih semula jadi berbanding power pumping kerana produksi susu akan meningkatkan mengikut keperluan bayi dan bukan pam payudara. Tidak ada pam payudara yang boleh mengosongkan payudara sehebat hisapan bayi anda!
Sekiranya power pumping masih menjadi pilihan, sebaik-baiknya ia dilakukan sebelum tidur dan bukan bangun di tengah malam semata-mata untuk melakukan power pumping. Ini kerana badan ibu juga memerlukan istirihat yang cukup. Badan yang tidak cukup rehat juga akan menyebabkan menurun susu kerana ibu berada di dalam keadaan stres fizikal.
Teknik power pumping
Kebanyakan ibu-ibu sering melakukan power pumping pada waktu malam kerana kadar hormon prolaktin yang lebih tinggi berbanding siang. Power pumping mengambil kira-kira satu jam untuk melengkapkan satu sesi. Power pumping perlu dilakukan dengan pam payudara elektrik sahaja (sama ada tunggal atau berganda).
MENGGUNAKAN PAM PAYUDARA BERGANDA
Teknik ini ialah untuk anda yang menggunakan mesin perahan elektrik berganda (double pumping).
- 20 minit memerah susu daripada payudara kiri dan kanan
- 10 minit rehat daripada memerah
- 10 minit memerah susu daripada payudara kiri dan kanan
- 10 minit rehat daripada memerah
- 10 minit memerah susu daripada payudara kiri dan kanan
Sekiranya ibu menggunakan mesin perahan elektrik tunggal (single), tekniknya adalah seperti di bawah.
MENGGUNAKAN PAM PAYUDARA TUNGGAL
- 10 minit perahan susu payudara kanan
- 10 minit perahan susu payudara kiri
- 10 minit perahan susu payudara kanan
- 10 minit perahan susu payudara kiri
- 10 minit perahan susu payudara kanan
- 10 minit perahan susu payudara kiri
Credit To: Pa & Ma
No comments:
Post a Comment