Senggugut ketika haid memang satu masalah normal di kalangan wanita. Yang membezakannya adalah sama ada senggugut tu teruk atau pun tidak. Dan Biey adalah termasuk dalam golongan yang teruk tu.
Memang setiap kali datang bulan, Biey akan mengalami senggugut yang teruk. Tapi tahap teruk Biey belum la sampai tahap muntah-muntah, pitam semua tu. Yang tu lagi teruk.
Cara mengatasi senggugut yang paling senang atau ubat senggugut yang selalu Biey ambil untuk bantu Biey kurangkan sakit tu adalah dengan mengambil pil menstrual yang warna pink tu. Memang yang tu jelah peneman setia Biey.
Ok. Sebelum Biey share panjang lebar mengenai senggugut ni, tahu tak senggugut tu apa? Ok. Senggugut ni adalah rasa sakit yang dialami sebelum atau semasa datang haid. Senggugut ni mungkin akan berlarutan 2-3 hari.
Terdapat dua punca senggugut iaitu:
- Senggugut primari – badan menghasilkan hormon prostaglandin yang menyebabkan rahim mengecut lebih kuat dari biasa. Ia biasa berlaku pada wanita yang belum berkahwin. Kerap menyerang pada hari pertama dan kedua haid. Anggaran lebih daripada 60% wanita mengalami senggugut primer.
- Senggugut sekunder – Senggugut jenis ini berlaku pada wanita yang sudah berumur dan masih subur. Biasanya ia disebabkan oleh penyakit endometrium, cyst ovari, tumor, fibroid ( bengkak pada rahim ), ada jangkitan pada rahim dan mereka yang menggunakan alat pencegah kehamilan.
Bagi masalah Biey, Biey adalah senggugut primari. Alhamdulillah, lepas bersalin, senggugut Biey terus hilang. Kalau tak dulu, suamilah yang tahu macam mana keadaan Biey bila kena senggugut. Siap berguling-guling semua la menahan sakit. Cara lain nak bagi kurangkan sakit tu adalah sama ada tuam dengan air panas atau tekap saterika dekat perut. Memang rasa sakit tu berkurang.
Buat pengetahuan anda, simptom-simptom senggugut juga berbeza antara setiap individu. Antara simptom-simptom senggugut adalah:
- Rasa stress, tegang, resah
- Perubahan perasaan, menangis
- Mudah marah, tertekan
- Jerawat naik (perubahan hormon dalam badan)
- Badan rasa letih, lesu
- Peningkatan nafsu makan (rasa nak makan makanan yang manis seperti kek)
- Sakit kepala, pening2
- Loya, muntah2
- Sakit otot, sendi, payudara
- Sukar fokus
- Cirit-birit
Jadi, bila anda dah tahu punca senggugut anda, boleh la cuba ikhtiar dengan Set Senggugut Shaklee ni. InsyaAllah sangat membantu anda untuk keluar dari belenggu masalah senggugut yang teruk setiap bulan.
Berminat untuk dapatkan Set Senggugut Shaklee ni? Boleh la menghubungi Biey segera.
BIEY 013-9255188
Atau tekan link di bawah
No comments:
Post a Comment