Pelbagai masalah kesihatan akan timbul disebabkan obesiti ni. Antaranya ialah penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, strok dan beberapa jenis penyakit kanser.
Dalam usaha memastikan anak tidak membesar sebagai seorang obes, anda perlu bersama-sama dengannya menjaga corak pemakanan hariannya. Berikut adalah apa yang patut anda lakukan bermula daripada hari ni!
1. Terap tabiat pemakanan sihat
Amalan pemakanan sihat perlu dimulakan sejak daripada awal. Langkah bijak ini mampu membantu anak anda memahami bahawa makanan yang berkhasiat sahaja perlu diambil setiap hari kerana ia penting untuk tahap kesihatan yang baik dan berpanjangan.
2. Tingkatkan pengetahuan makanan
Hal ini dapat anda lakukan dengan membaca bahan bacaan berkaitan dan seterusnya berbincang dengan pakar kesihatan seperti doktor pakar kanak-kanak atau pakar dietetik.
3. Beri pilihan makanan sihat
Sediakan pelbagai pilihan makanan di rumah. Cara ini akan membantu anak anda belajar bagaimana membuat pilihan yang sihat. Anda boleh berbincang dengan pakar dietetik sekiranya kurang pasti tentang cara betul untuk memilih dan menyediakan hidangan makanan buat seisi keluarga. Sementara itu perlu anda tahu, sebahagian besar makanan dalam diet harian perlu datang daripada kumpulan bijirin.
Kumpulan susu dan daging perlu diambil secara sederhana. Makanan yang tinggi lemak dan gula pula harus diambil dalam kuantiti yang sedikit. Lemak pula tidak harus dihadkan dalam diet anak tetapi ada baiknya kurangkan jumlah pengambilannya.
4. Kurangkan lemak
Makanan yang mengandungi lemak harus dimakan dengan sederhana. Cara yang baik dalam mengawal kalori anak anda tanpa menghadkan nutrien lain ialah dengan menghadkan makanan bergoreng, menyediakan hidangan ayam tanpa kulit dan menggunakan daging tanpa lemak.
5. Galakkan makan secara perlahan.
Seorang kanak-kanak sangat mudah untuk berasa lapar. Apabila anda mengajarnya untuk makan secara perlahan-lahan, ia akan membantu dirinya untuk kekal rasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
6. Libatkan anak
Ketika membeli dan menyediakan makanan, libatkan sekali anak anda. Dengan melakukan aktiviti sebegini, anda boleh mengenalpasti makanan kegemarannya lantas dapat mengajarnya tentang pemakanan sihat.
7. Rancang waktu snek
Memakan snek secara berterusan boleh menyebabkan anak makan secara berlebihan. Walau bagaimanapun pengambilan snek secara berjadual tidak akan menganggu selera nakannya. Untuk itu, sediakan snek sihat tanpa buah-buahan segar, buah-buahan kering, kekacang dan lain-lain untuk sesi makan pagi dan minum petang.
8. Tunjukkan teladan yang baik
Tunjukkan teladan yang baik kepada anak anda dengan menyediakan pelbagai pilihan makanan sihat. Dalam pada itu, anda sendiri perlu kekal aktif agar dapat mengajarnya tentang gaya hidup sihat.
9. Hadkan pengambilan makanan tertentu
Kanak-kanak tidak patut dipaksa untuk mengehadkan pengambilan makanannya bagi menurunkan berat badan melainkan di atas pemantauan pakar dietetik. Adalah berbahaya sekiranya pemakanannya dihadkan tanpa ada pengetahuan yang tepat kerana ia boleh menganggu pertumbuhan dan tumbesarannya.
No comments:
Post a Comment