Monday 11 September 2017

TIP JAGA ANAK KENA CHICKEN POX DAN CARA MERAWAT CHICKEN POX DENGAN BERKESAN





Munculnya bintik-bintik kemerahan pada badan anak disertai dengan suhu badan yang panas secara tiba-tiba mungkin menandakannya terkena chickenpox atau jangkitan cacar air. Lazimnya, hanya ada sebiji bintik merah di mana-mana bahagian badan anak anda. Pada masa yang sama, suhu badannya secara tiba-tiba naik ke paras 38°C menandakan dia diserang demam.

Memasuki hari kedua atau ketiga, bintik merah semakin banyak di seluruh badan yang akhirnya bertukar menjadi lepuh air. Jangan ambil mudah. Ada cara merawat chickem pox ni.

 Jika ini pengalaman pertama anak anda diserang chickenpox, tip-tip ini dapat dijadikan panduan tentang apa yang patut dilakukan.

1. Segera berjumpa doktor

Jika mengesyaki anak mungkin diserang chickenpox, segera bawa dia berjumpa doktor untuk pengesahan dan mendapatkan rawatan sewajarnya.

2. Minum air kelapa

Petua orang tua-tua ini sangat berkesan untuk merawat chickenpox. Jadi, beri anak minum air kelapa. Ia dikatakan membantu mengeluarkan chickenpox ke seluruh badan. Air yang sama juga bagus dibuat sebagai mandian.

3. Kuarantin daripada pengasuh/Taska

Anak anda wajib dikuarantin. Jika ditinggalkan di rumah pengasuh atau Taska semasa anda keluar bekerja, dia tidak boleh ke sana sepanjang tidak sihat. Chickenpox mudah berjangkit.

4. Bergilir-gilir jaga anak

Inilah masanya ibu dan ayah perlu berkorban. Anda berdua perlu bergilir-gilir mengambil cuti untuk menjaga anak di rumah.

5. Sapu losyen calamine

Doktor akan membekalkan anda dengan losyen calamine. Anda perlu sapu losyen ini dengan kerap pada badannya untuk mengurangkan kegatalan. Mengkiut kepada petua orang lama, disarankan pesakit chickenpox tidur beralaskan daun semambu. Namun, rawatan dengan menggunakan losyen calamine lebih mudah dan cepat.

6. Ambil paracetamol

Pastikan anda mempunyai termometer untuk memantau suhu badan anak. Jika badannya panas, beri sirap paracetamol khusus untuk kanak-kanak untuk mengurangkan demam yang kadangkala boleh mencecah suhu sehingga 39°C.

7. Pakaikan lampin sahaja

Jika anak anda masih memakai lampin pakai buang, biarkan dia hanya berlampin sepanjang di rumah. Hal ini dapat mengelakkan badannya cepat berpeluh. Badan yang berpeluh dan panas akan menyebabkan anak anda mudah gatal.

8. Minum banyak air

Anak anda mungkin tiada selera makan. Bagi mengelakkan dehidrasi, beri dia minum banyak air berserta makanan atau minuman berbentuk cecair seperti sup, jus buah atau yogurt.

9. Kerapkan penyusuan susu ibu

Bayi berusia enam bulan ke bawah tidak boleh diberi makanan lain selain susu ibu. Jadi, ibu yang menyusukan anak boleh minum atau makan makanan yang berkhasiat. Untuk itu, kerapkan penyusuan susu ibu kerana susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak.

10. Elak makanan laut

Jangan bagi anak makan makanan laut selagi dia belum sembuh daripada chickenpox. Begitu juga bagi ibu yang menyusukan anak. Elak daripada makan makanan laut.

11. Banyak bersabar

Anak anda akan kerap merengek, menangis dan meragam. Jangan cepat hilang sabar. Dia terlalu kecil untuk menahan kesakitan yang dialami. Layanlah kerenah dan kemahuannya dengan banyakkan peluka dan memberi perhatian.

12. Banyakkan berdoa

Sebagai seorang Muslim, doa adalah ‘ubat’ paling mujarab apabila menghadapi musibah penyakit sebegini. Selain berusaha dengan rawatan moden dan tradisional, jangan lupa banyakkan berdoa memohon kepada Allah. Antara doa yang boleh diamalkan ialah surah Al-Fatihah, Selawat Syifa' dan surah Al-Hasyr ayat 21-24 (ayat bermula dengan Lau an zalna).

13. Hilangkan parut

Selepas anak sembuh daripada chickenpox, ia akan meninggalkan kesan parut di badan anak. Tentu anda susah hati melihat parut tersebut. Anda boleh cuba menggunakan kapsul Vitamin E dengan cara mengeluarkan cecair kapsul itu dan lumurkan pada parutnya. Minyak tea tree juga dikatakan boleh membantu menghilangkan parut. 

14. Rawat dengan Set Chicken Pox Shaklee


Berminat untuk dapatkan Set Chicken Pox Shaklee ni boleh hubungi Biey sekarang.

CALL/SMS/WHATSAPP
Email: nabieylahazhar@gmail.com





No comments:

Post a Comment