Alhamdulillah.. Malam ni hujan lebat bukan main. Sejuk je rasa. Memang waktu yang sesuai sangat nak lena. Tapi bukan untuk ibu. Tapi untuk anak soleh. Dah lena dibuai mimpi dah dia.
Tetiba malam ni rasa nak throwback memori dalam pantang dulu. Apa ye? Banyak sebenarnya memori best-best masa dalam pantang hari tu.
Alhamdulillah pantang anak pertama ni Biey ditemani ibu Biey. Semuanya mak yang sediakan. Daripada pakai bengkung sampai la sediakan makan minum Biey setiap hari. Best jugak bila ingat makan lauk dalam pantang dulu. Nasi panas-panas dengan ikan kering bakar atau ikan bakar. Pergghhh terangkat..
Ehhh... Melalut lebih dah Biey ni. Yang sebenarnya Biey nak share pengalaman Biey kena BENGKAK SUSU masa berpantang dulu ni dan petua tradisional menghilangkan bengkak susu paling mujarab.
Biey ingat lagi, bengkak susu ni jadi sebab Biey tak dapat susukan anak disebabkan puting Biey luka. Ya Allah.. Sakitnya Tuhan je yang tau. Memang Biey demam masa kena bengkak susu ni. Nasib baik boleh susukan anak dengan payudara sebelah lagi tu.
Maklumlah pengalaman pertama jadi ibu, banyak lagi yang Biey tak tahu. Tapi, mak adalah kongsi beberapa petua lama nak hilangkan bengkak susu ni dan alhamdulillah ia sangat berkesan.
Jom Biey kongsikan antara petua tradisional menghilangkan bengkak susu paling mujarab adalah:
1. Sikat
Caranya adalah dengan mengurut bahagian yang bengkak menggunakan sikat rambut. Urut menghala ke arah puting dan ulang beberapa kali.
2. Tuala panas
Petua ni pun pernah cuba. Caranya adalah dengan tuam menggunakan tuala yang direndam dengan air suam atau mandi dengan air suam.
3. Daun kubis segar
Petua ni Biey tak sempat cuba. Caranya adalah dengan meletakkan kubis segar pada payudara yang bengkak itu. Cara ini dipercayai dapat mengurangkan keradangan.
4. Menyusu lebih kerap
Ye. Ini adalah petua yang sangat berkesan bagi menghilangkan bengkak susu. Pastikan kita susukan bayi dengan kerap iaitu setiap 2-3 jam sekali bagi memastikan payudara kosong.
5. Pemakaian bra yang sesuai
Bra juga memainkan peranan. Pastikan ibu memakai bra menyusu untuk menyokong payudara setiap masa termasuk waktu tidur.
6. Posisi bayi dan urutan
Ketika menyusukan bayi, urut payudara dengan lembut dan perlahan-lahan bagi membantu melancarkan pengaliran susu. Pastikan juga bayi berada pada kedudukan yang betul untuk lekapan penuh.
Jadi, ini adalah antara petua-petua lama yang boleh kita amalkan. Tapi, bagi sesetengah orang, mungkin agak leceh nak biat semua ni kan? Tambah-tambah moden macam Biey ni. Hahaha..
Disebabkan itu, Biey ada satu lagi petua iaitu petua moden yang boleh diambil untuk hilangkan bengkak susu adalah dengan mengambil suplemen.
Suplemen tersebut adalah LECITHIN. Ia terbukti berkesan membantu menghilangkan bengkak susu yang dialami oleh para ibu.
Lecithin meningkatkan peratusan lemak tak tepu dalam susu badan di mana ia mengurangkan kelekitan susu badan. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan susu dapat mengalir dengan lebih lancar.
Berminat untuk dapatkan Lecithin? Boleh hubungi Biey atau boleh tekan link < http://www.wsap.my/60139255188 ni untuk order.
No comments:
Post a Comment