Plasenta merupakan organ tubuh sementara yang datang bersama janin, dan menghubungkan anda dengan janin di dalam rahim. Plasenta terdiri daripada 200 lebih pembuluh darah halus yang terbentuk sejak minggu pertama kehamilan. Bentuknya lengkap pada usia kehamilan 16 minggu. Peranannya tidak boleh dianggap mudah kerana keadaan kesihatan janin sangat bergantung kepada plasenta ini. Antara kepentingan plasenta adalah seperti berikut:
1. SUMBER NUTRISI JANIN
Plasenta menghantar zat gizi bagi proses pertumbuhan janin sejak minggu pertama hingga lahir. Plasenta mengolah bahan mentah makanan yang dibekalkan ibu sebelum mengalir ke tubuh janin. Seterusnya menghantar oksigen daripada ibu kepada janin.
2. MEMBUAT JANIN JADI LEBIH BERSIH
Plasenta menbantu membuang zat-zat sampah, seperti karbon dioksida dan air kencing dari tubuh janin.
3. MENJAGA DAYA TAHAN TUBUH BAYI
Vitamin yang dimakan oleh ibu akan masuk ke tubuh bayi melalui plasenta, sehingga bayi memperoleh kekebalan tubuh dan antibodi terhadap penyakit. Kekebalan tubuh itu dapat bertahab hingga usia bayi empat bulan setelah dilahirkan.
4. PENYARING ZAT BERBAHAYA
Zarah-zarah dari luar seperti zat toksik dan bakteria, akan ditahan oleh plasenta. Ia mampu membentuk pertahanan daripada jangkitan dan ubat-ubatan tertentu.
5. MENYEMBUHKAN PENYAKIT
Plasenta mengandungi sel induk darah tali pusat yang ketika ini disarankan untuk disimpan di bank tali pusat. Ia mampu membantu menyembuhkan penyakit bayi dan keluarganya, seperti penyakit kelainan darah dan beberapa jenis kanser.
No comments:
Post a Comment