Lama betul blog tak berupdate. Nak kata busy tak adalah busy sangat. Haha.. Tapi Alhamdulillah diberikan umur yang panjang dan kesempatan untuk menulis lagi.
Korang tahu tak apa fenomena yang melanda sekarang ni? Especially dalam Shaklee la. Heheh. Haa tau tak? Tau tak? Tak tahulah tu.
Kalau belum tahu, fenomena hangat yang melanda sekarang adalah YOUTH SKINCARE. Alhamdulillah. Biey adalah antara orang yang berjaya beli Youth skincare ni.
Tak sangka dah 3 minggu Biey menggunakan Youth Shaklee ni. Berikut adalah review Biey sendiri tentang Youth:
Bagi yang belum tahu, Youth adalah set penjagaan kulit terbaru daripada Shaklee. Ia telah mula berada di pasaran USA tahun lepas selepas menjalani ujian selama 8 tahun! Youth juga menjalani ujian klinikal dan hasilnya.. 100% pengguna mendapat kulit yang lebih awet muda dengan Youth.
Bukan itu sahaja, Youth juga mempunyai 8 paten dan paten pending yang menjadikan ia sangat unik dan istimewa dan takkan ada satu pun skincare yang boleh meniru Youth.
Mesti korang teruja nak tahu kesannya kepada Biey kan?
Okay. Set Youth ini terdiri daripada 6 produk:
1. Youth Luminous Gel Oil Cleanser
2. Youth Perfecting Toner
3. Youth Activating Serum
4. Youth Age Defense Moisturizer SPF 50
5. Youth Advanced Renewal Night Cream - Light
6. Youth Radiance C+ E
Produk penjagaan kulit ini dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang premium seperti anggur muscadin, alga hijau, epal stem cell, lotus japonicus, shisandra chinensi dan lain-lain.
Jadi, jangan takut dan risau tentang bahan yang bakal korang tempek dekat muka korang nanti. Ia adalah gabungan tumbuh-tumbuhan terbaik.
Antara rutin harian Biey sejak berYouth ni dimulakan dengan mencuci muka dengan Youth Cleanser. Serius best sangat sebab ia adalah "soap-free". Walaupun tak berbuih ia berkesan mencuci segala kekotoran di muka dengan berkesan. Cleanser ini juga bertindak sebagai make up remover. Yang paling penting, ia tidak mengeringkan dan menegangkan muka seperti sesetengah produk skincare. Kalau guna Youth, keadaan ini pasti takkan terjadi.
Selepas itu, Biey akan apply toner. Masa mula-mula pakai, Ya Allah serius best giler okay! Rasa sejukkk je dekat muka. Macam letak ais je.
Kemudian, Biey akan letak serum. Serum ni memang lain daripada yang lain. Sebab ia mengandungi bahan aktif yang berfungsi untuk mengaktifkan kolagen yang ada di muka. Yang paling penting ia adalah serum yang berkuasa 10 kali ganda lebih cepat dalam membantu proses pembaharuan sel kulit baru.
Seterusnya, Biey akan apply moisturizer. Moisturizer Youth ni super best sebab ia mengandungi SPF 50. Sangat bagus untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA/UVB.
Pada waktu malam pula, Biey akan pakai krim malam dan Radiance C+E secara selang seli. Best sangat sebab ia berkesan untuk kembalikan tona kulit Biey lebih sekata.
Kesan sebelum guna Youth:
Kesan selepas guna Youth:
Kedua-dua gambar ini diambil tanpa sebarang mekap, tanpa sebarang filter.
Nak tahu lebih lanjut tentang Youth, testimonial Youth atau harga Youth, boleh hubungi Biey.
NABILAH (BIEY)
CALL/SMS/WHATSAPP
No comments:
Post a Comment