InsyaAllah hari Khamis ni kita akan menyambut bulan Ramadan. Bersediakah kita fizikal dan mental untuk bulan yang penuh keberkatan ni? Selain ganjaran yang berlipat kali ganda, kita perlu siapkan diri secukupnya supaya bulan puasa kali ni berbeza daripada bulan sebelumnya.
Puasa kali ini adalah tahun kedua bagi ibu sebagai ibu yang masih menyusukan anak. Memang rasa agak mencabar sebab anak Biey menyusu badan sepenuhnya. Fuhhh!!! InsyaAllah ibu akan kuat demi mu anak.
Jadi, antara tips kekal cergas dan bertenaga di bulan puasa sebagai ibu yang masih menyusu adalah:
1. Melewatkan waktu sahur. Ini kerana glukosa (sumber tenaga) daripada karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama.
2. Ambil makanan yang lambat dihadam semasa waktu sahur seperti sayur, oat, roti mil, nasi, capati, roti jagung dan buah-buahan.
3. Ambil 3-4 biji kurma sewaktu berbuka. Kurma sangat bagus untuk diambil kerana dapat memberikan tenaga dengan segera yang diperlukan oleh badan kita seharian setelah penat bekerja.
4. Lebihkan minum air. Air masak adalah sangat bagus untuk kesihatan. Ambil 2 gelas air sewaktu berbuka, sebelum tidur dan semasa sahur.
5. Elakkan minuman berkafein dan berkarbonat kerana minuman ini akan mempercepatkan kehilangan cecair dalam badan dan buat kita lebih kerap membuang air.
Selain amalkan semua tips diatas, Biey juga amalkan suplemen untuk pastikan nutrisi badan Biey mencukupi. Seperti tahun sebelumya, Biey dah siapkan stok ESP dan Performance Drink.
ESP (Energizing Soy Protein) adalah sumber protein yang berasaskan soya yang tidak diubah secara genetik. ESP juga mempunyai indeks glisemik yang rendah yang berperanan untuk membantu kita rasa kenyang lebih lama. Bagi yang ada masalah gastrik, Biey memang highly recommend korang ambil ESP.
Performance Drink pula adalah minuman isotonik tanpa gula, tanpa pewarna dan tanpa gas. Ia berperisa oren dan sangat sedap! Yang paling best ia berfungsi untuk memberikan tenaga dan mengekalkan bendalir dalam badan supaya badan tidak terhidrasi.
Korang juga boleh tambahkan Meal Shakes dalam suplemen pilihan untuk berpuasa sebab Meal Shakes juga berfungsi untuk bagi tenaga, buat rasa kenyang lebih lama. Dan paling penting, si manja juga pasti menggemarinya.
Biey sarankan korang standby dua jenis suplemen ni rumah!
Kalau berminat nak order, boleh hubungi Biey sekarang.
Salam Ramadan Kareem.
Love,
Biey
No comments:
Post a Comment