Salah satu rutin yang perlu dititikberatkan dalam penjagaan berpantang ialah aspek pemakanan. Ia perlu dijaga dengan teliti agar proses penyembuhan dapat berjalan lancar sekali gus membantu meningkatkan tahap kesihatan anda.
Digalakkan jenis makanan ini!
JAMU
Kebanyakan ibu berpantang mengamalkan pemakanan jamu bagi memulihkan semula tenaga dan memperbaiki bentuk badan agar kembali asal. Namun, kadang kala jamu tidak sesuai dimulakan pada awal tempoh berpantang kerana mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi yang disusukan dengan susu ibu.
REMPAH RATUS
Rempah ratus yang digunakan di dalam masakan dikatakan mampu mengurangkan berat badan dan memulihkan tahap kesihatan ibu.
BAWANG PUTIH
Berfungsi untuk mengembalikan tenaga yang hilang ketika bersalin, mampu membuang angin dan melancarkan peredaran darah di dalam tubuh juga.
HALIA
Halia bagus ditambah dalam masakan kerana ia boleh memecahkab angin di dalam badan, memanaskan badan dan melancarkan proses penghadaman.
KUNYIT
Kunyit sering dijadikan sebagai minuman kerana dikatakan mampu mengecutkan rahim dan mencuci darah.
ASAM JAWA
Membantu dalam mengatasi masalah membuang air besar selain menyegarjan tubuh.
SAWI
Sayur sawi dipercayai dapat membuag angin di dalam tubuh ibu.
PEGAGA
Daun pegaga dipercayai mampu menambahkan ingatan dan merehatkan minda. Ia dapat mengatasi masalah kemurungan dan kerap lupa lepas bersalin.
PERIA
Peria sangat membantu untuk mengatasi masalah sembelit. Secara tidak langsung, ia dapat mengelakkan masalah buasir yang mudah menyerang ibu ketika berpantang. Peria juga dipercayai dapat meningkatkan penghasilan susu ibu serta melancarkan peredaran darah.
IKAN TENGGIRI DAN HARUAN
Pemakanan ikan tenggiri dah haruan dapat membantu menyembuhkan luka dalaman dan luaran serta membantu menegangkan kulit tubuh. Ia juga menaikkan seri wajah.
AYAM DAN DAGING
Ia merupakan sumber protein haiwan yang penting untuk memulihkan tenaga ibu selepas bersalin.
Hindari Jenis Makanan Ini!
IKAN YANG PERLU DIELAKKAN
Ibu berpantang mengambilnya ikan yang mengandungi bisa kerana ia boleh menyebabkan masalah turun darah dan bentan. Ini termasuklah:
- Keli
- Patin
- Sembilang
- Pari
- Duri
- Cencaru
- Kembung
- Tongkol
- Bawal hitam
- Terubuk
- Parang
SAYUR YANG PATUT DIHINDARI
Mengambil sayur-sayuran bersifat sejuk boleh menyebabkan ibu dan bayi mengalami masalah kembung selain dari sakit badan.
- Timun
- Brokoli
- Kubis
- Terung
- Keladi
- Petola
- Kangkung
- Bayam
- Pucuk ubi
- Pucuk paku
BUAH YANG PERLU DIJAUHI
Ada sesetengah jenis buah bersifat sejuk dan tidak sesuai diambil oleh ibu berpantang.
- Nenas
- Tembikai
- Epal hijau
- Pisang
- Cempedak
- Nangka
- Manggis
- Langsat
- Betik
- Ciku
No comments:
Post a Comment