Tuesday 15 August 2017

SUBJEK KESUKAAN MASA SEKOLAH

Masa zaman sekolah rendah dulu, Biey minat sangat dengan subjek Bahasa Inggeris. Sebabnya, cikgu yang ajar masa tu memang BEST. Dan Biey suka belajar Bahasa Inggeris dengan banyak tengok cerita kartun omputih. Dulu cerita Totally Spies tu memang cerita feveret. Pagi-pagi mesti tunggu depan TV siap-siap dah.

Bila masuk sekolah menengah, Bahasa Inggeris tetap jadi feveret. Tapi bila berkenalan dengan subjek Akaun, Biey jatuh cinta pulak dengan subjek ni. Suka pulak buat kunci kira-kira, lejar, imbangan duga, penyata pendapatan dan lain-lain tu.

Bila masuk matrikulasi pun tak lari bidang sebab dapat aliran akaun jugak. So, sedikit sebanyak tak adalah sangat membantu Biey.

Masa dekat universiti pula, Biey berpeluang lanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dengan  jurusan Kewangan. Ok la sebab masih ada nombor macam akaun.

Seronoknya bila ingat zaman belajar masa dekat sekolah, matrikulasi dan universiti dulu. 

No comments:

Post a Comment