Jeragat yang teruk boleh mengurangkan keyakinan diri seseorang untuk berdepan dengan orang ramai.
APA ITU JERAGAT?
Jeragat juga dipanggil sebagai adik kepada jerawat di mana ia kelihatan seperti lekukan kecil pada kulit muka. Ia berlaku disebabkan oleh pembentukan minyak, sel-sel kulit yang mati dan juga bakteria di bahagian liang-liang muka terutamanya di bahagian hidung, pipi, dahi dan dagu.
TIPS & PETUA HILANGKAN JERAGAT
Dah tahu apa itu jeragat kan? Jadi, jom Biey kongsikan antara tips dan petua yang boleh diambil untuk hilangkan jeragat ni.
1. Oatmeal
Oatmeal bukan sahaja bagus untuk dimakan tapi juga berperanan sebagai agen pengelupasan semulajadi untuk menghilangkan kulit mati dan kotoran yang terkumpul. Ia juga membantu menyerap minyak berlebihan dan membuka liang.
Caranya, dua sudu yogurt dicampurkan dengan madu dan setiap jus lemon dan empat susu besar oat. Boleh tambah juga cuka epal cider. Lembapkan kulit dan kemudian letakkan pes ini pada muka anda. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas.
2. Cuka Epal Cider
Cuka epal cider berfungsi sebagai astringen dan ia dapat mengeluarkan minyak berlebihan daripada kulit. Ia juga mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti bakteria yang membantu melawan jerawat.
Caranya, campurkan satu cawan air dengan satu sudu cuka epal cider. Biarkan selama kira-kira 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.
3. Jus Lemon
Ia terkenal kerana kaya dengan asid alpha hydroxy, jus lemon membantu menggelupaskan kulit dan juga memudahkan pertumbuhan semula sel. Ia bersifat astringen yang membantu menghilangkan minyak berlebihan.
Caranya, celupkan bola kapas dalam jus lemon dan letakkan jus pada muka anda. Biarkan selama 15-20 minit kemudian cuci muka dengan air sejuk. Ulang setiap hari sebelum tidur. Teruskan sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan.
4. Amalkan suplemen khas untuk jeragat.
Suplemen boleh diambil untuk mengatasi jeragat daripada dalaman.
Antara suplemen yang dicadangkan adalah:
GLA Complex
- Ia berfungsi untuk pulihkan jeragat/ bintik penuaan
- Dapat membantu melambatkan penuaan, memberi tona kulit yang lebih sekata
- Melambatkan menopaus dan melegakan simptom menopaus
B Complex
- Jeragat juga terjadi disebabkan oleh stress.
- B Complex penting untuk kestabilan hormon
- Ia juga mengurangkan stress yang menyebabkan terjadinya jerawat dan jeragat.
Vitamin C
- Penting untuk merangsang pembentukan kolagen
- Membantu dapatkan kulit yang lebih cerah sekata
- Melambatkan proses penuaan, menyekat pembentukan pigmentasi dan membantu mengurangkan jeragat
Vitamin E
- Dikenali sebagai vitamin awet muda
- Membantu keseimbangan hormon
- Dapat mengawal kadar minyak dalam liang kulit
Carotomax (Vitamin A)
- Vitamin yang mempunyai kadar antioksida yang tinggi yang dapat menghalang pembentukan jeragat
- Ia juga meredakan penyakit kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit gugur, kulit kering dan jerawat
Untuk dapatkan konsultansi lebih lanjut mengenai vitamin yang dicadangkan, boleh terus whatsapp 013-9255188.
No comments:
Post a Comment