Orang yang baru lepas bersalin ni banyak pantang larangnya. Mana taknya, nak tanggung luka akibat bersalin lagi. Nak jaga anak kecik lagi.
Baru-baru ni kecoh bila seorang sanggup mengelar anak yang baru dilahirkan. Kita tak tahu penyebab sebetulnya adalah apa. Tapi, adalah penting seorang ibu berpantang menjaga kesihatan sebaiknya.
Antara perkara-perkara yang menjadi dilema ibu berpantang adalah:
- Sembelit kerana kurang minum air dan sukar untuk meneran
- Sakit di bahagian faraj kerana jahitan episiotomi atau koyak sebab kepala bayi besar
- Sakit di bahagian faraj akibat jangkitan kuman
- Faraj berbau
- Pendarahan post partum dengan simptom seperti denyutan nadi yang pantas, pening kepala.
- Sakit kepala akibat kesan sampingan epidural atau pra-eklampsia bersama dengan penglihatan kabur dan/atau berasa loya
- Imsomnia akibat jadual tidur yang berubah mengikut peel bayi
- Demam panas
- Kemurungan
- Berfikir hendak bunuh diri
- Sakit rengat
- Bengkak susu
- Rambut keguguran
- Kulit muka pucat
- Wajah kurang berseri
TIPS KEKAL SIHAT DAN CERGAS DALAM PANTANG
1. Makan makanan yang seimbang dan berkhasiat
Banyakkan makanan tinggi protein ikan, ayam, susu atau pun telur. Jangan lupa sayur yang tinggi fiber dan mineral. Elakkan sayuran sejuk seperti kangkung, terung dan cili.
2. Minum air putih secukupnya
Orang tua-tua dulu pesan kata tak boleh minum air banyak sebab takut perut buncit. Tapi air putih sangat bagus untuk elakkan masalah sembelit, elakkan jangkitan kuman, bantu rahim cepat kecut dan banyakkan susu badan.
3. Menjaga pantang larang orang tua
Pantang larang orang tua masih lagi relevan dan diterima pakai. Antaranya amalan bertungku untuk melancarkan perjalanan darah. Berurut juga penting untuk membetulkan semula urat-urat dalam badan. Pakailah stokin dan baju yang tebal untuk mengelakkan badan sejuk dan masuk angin.
4. Memakai bengkung
Haa kalau siapa nak bentuk badan yang cantik semula, memang wajib berbengkung. Biey dulu pun berbengkunh. Nasib baik ada untuk tolong pakaikan bengkuk. Bengkung ni bukan je bagus untuk menyokong pembentukan badan, boleh mengempiskan perut, malah menjaga kedudukan rahim.
5. Memilih set produk yang sesuai semasa bersalin
Di pasaran memang terlalu banyak set bersalin yang ditawarkan. Ada set bersalin yang cara tradisional dan ada juga set bersalin cara moden. Tapi Biey amalkan kedua-duanya sekali. Untuk set bersalin, Biey pilih Set Bersalin Shaklee dan sedikit minyak herba daripada set bersalin cara tradisional. Set bersalin ni sangat penting untuk membantu proses pemulihan secara dalaman dan luaran.
Jadi, jangan ambil mudah ye sayang semua. Badan kita ni nak pakai lama. Jadi, jagalah sebaiknya.
Untuk dapatkan info mengenai Set Bersalin yang Biey amalkan, boleh hubungi Biey ya.
Bagaimana untuk mendapatkan produk shaklee?
Hubungi saya,
Nabilah Azhar (Biey)
nabieylahazhar@gmail.com
Pengedar Sah Shaklee
Area COD: Machang, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kota Bharu dan kawasan sekitar Kelantan
Pos ke seluruh Malaysia
Dapatkan konsultasi ekslusif produk secara berterusan setelah anda membuat pembelian produk shaklee melalui saya.
No comments:
Post a Comment