Wednesday, 16 August 2017

PERSEDIAAN SEBELUM HAMIL

Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang suami isteri. Termasuklah Biey dan suami.

Kalau diikutkan tempoh kami untuk dapatkan zuriat agak lama juga iaitu hampir 2 tahun menanti. Tapi kalau dibandingkan dengan orang lain yang lebih lama, kami rasa bersyukur sangat-sangat.

Bila kami suami isteri dah ambil keputusan untuk dapatkan anak, fizikal dan mental perlu berada dalam keadaan bersedia.

Antara yang Biey lakukan sebagai persediaan untuk mengandung adalah:

1. MEMPERBAIKI DIET

Mula amalkan pemakanan yang sihat dan kurangkan makanan diproses, junk food dan makanan yang bergula dan berlemak.

Biey lebihkan makan sayur, buah-buahan, bijiran dan yogurt setiap hari.

2. DIET YANG PERLU DIELAKKAN

Antara diet yang perlu dielakkan adalah seperti alkohol, dadah dan rokok. Ketiga-tiga ini adalah perlu dihentikan serta merta kerana ia boleh merencatkan pertumbuhan normal dan seterusnya membahayakan fetus.

Selain itu, Biey juga seboleh-bolehnya cuba untuk elakkan minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Tak elok untuk baby tau sebab kafein boleh menghalang penyerapan zat berkhasiat secara berkesan ke dalam sistem badan ibu. Jadi, siapa yang tengah cuba untuk dapatkan anak, better stop atau kurangkan kafein tu ye.

3. AMBIL MAKANAN TAMBAHAN

Memang kita dah amalkan pemakanan yang sihat dalam diet kita seharian, tapi ia belum mencukupi. Jadi, adalah penting untuk topup nutrien yang belum mencukupi tu dengan mengambil makanan tambahan. 

Jadi, sekarang Biey nak cadangkan anda cuba SET HAMIL SHAKLEE ni. Set ini mempunyai nutrien dan zat yang diperlukan oleh seorang bakal ibu. 




4. AMBIL ASID FOLIK SECUKUPNYA

Tahu tak, Asid Folik adalah sangat penting untuk diambil lebih kurang 3 bulan lebih awal sebelum mengandung? 

Asid Folik telah terbukti dapat mengurangkan risiko bayi terkena kecacatan saraf tulang belakang atau lebih dikenali dengan nama spina bifida.

400 mikrogram(mcg) Asid Folik diperlukan  setiap hari oleh seorang wanita yang layak hamil.

Sebab tulah, sebelum 3-6 bulan sebelum mengandung, Biey dah ambil Asid Folik yang secukupnya. 

5. KEKALKAN BERAT BADAN IDEAL

Berat badan yang ideal juga mempengaruhi persediaan untuk mengandung. Sebelum mengandung, pastikan berat badan tu kena dikurangkan atau kena tambah.

Wanita yang obesiti lebih berisiko mengalami komplikasi kehamilan. Wanita yang kurang berat badan pula selalunya melahirkan bayi yang rendah berat badan.

Jadi, pastikan berat anda betul-betul ideal ya.

All the best kepada mommies dan pasangan yang merancang untuk dapatkan zuriat. Semoga impian anda akan tercapai.

Kepada yang nak dapatkan suplemen ikhtiar untuk hamil dan kesuburan, boleh hubungi Biey di 013-9255188.

Good luck dan enjoy your pregnancy!!! 😊

BIEY
CALL/SMS/WHATSAPP

No comments:

Post a Comment